Tuesday, December 19, 2023

Projek hiburan mega Saudi, bersama Islamkah?


Putera Mahkota Saudi mendedahkan perincian projek hiburan mega, Qiddiya bernilai kira-kira AS$2.7 bilion (RM12.6 juta). (FOTO: Arab News)

Saudi bangunkan projek hiburan mega, Qiddiya

RIYADH: Putera Mahkota Arab Saudi Mohammed bin Salman mendedahkan butiran terpernci tentang  perancangan bandar dan penjenamaan global untuk Qiddiya City, sebuah projek hiburan besar-besaran yang sedang dalam pembinaan di pinggir Riyadh.

Putera Mahkota, yang mempengerusikan lembaga pengarah Syarikat Pelaburan Qiddiya, berkata  pada Khamis (7 Dis), bandar raya  itu menyasarkan untuk segera diperkasakan sebagai destinasi global terkemuka untuk hiburan, sukan dan budaya, yang akan memberi manfaat kepada kerajaan Saudi dengan membantu meningkatkan pertumbuhan ekonomi dan kedudukan strateginya di peringkat antarabangsa.

Ia juga direka untuk meningkatkan kualiti hidup, tambah Putera Mohammed, dan meletakkan Riyadh sebagai salah satu daripada 10 ekonomi teratas di dunia, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA).

“Pelaburan dalam projek Qiddiya merupakan asas Wawasan Saudi 2030  yang bertujuan untuk membangunkan dan mempelbagaikan ekonomi Arab Saudi, mengurangkan pergantungan negara kepada hasil minyak dan mewujudkan beribu-ribu peluang pekerjaan untuk belia Saudi,” titahnya.

Qiddiya, tambah baginda, merupakan salah satu projek utama yang diselia oleh Dana Pelaburan Awam, dibayangkan sebagai sumber sokongan penting untuk matlamat pelancongan dan ekonomi kerajaan Saudi  yang bercita-cita tinggi, selain meningkatkan kualiti hidup penduduk dan pelawat. Ia dijangka membantu menarik pelabur tempatan, serantau dan antarabangsa, yang seterusnya akan memberikan sokongan kepada Riyadh.

“Kerja-kerja projek Qiddiya, dalam bentuk kira-kira AS$2.7 bilion (RM12.6 juta) yang dilaburkan dalam projek pembinaan, bermula pada 2019.

“Penjenamaan untuk Qiddiya akan menerima pakai konsep ‘permainan’ sebagai motif utamanya, berdasarkan penyelidikan berdekad-dekad yang menunjukkan ini penting untuk perkembangan kognitif, ekspresi emosi, kemahiran sosial, kreativiti dan kesihatan fizikal.

“Kajian juga menunjukkan kesan positif aktiviti rekreasi terhadap masyarakat, termasuk keupayaan mereka untuk membantu mengatasi perbezaan dan merapatkan perpecahan antara individu, dan meningkatkan empati dan perpaduan sosial,” titah Putera Mahkota lagi.

Projek Qiddiya bakal menjadi sumber sokongan penting untuk matlamat pelancongan dan ekonomi masa depan kerajaan Arab Saudi.

Bandar Qiddiya, yang digambarkan sebagai destinasi satu-satunya yang menjanjikan untuk memberikan keseronokan yang tidak berkesudahan untuk penduduk dan pelawat melalui hiburan, acara dan aktiviti sukan, budaya dan kehidupan bandar yang luar biasa yang tiada tandingannya itu  akhirnya akan merangkumi 600,000 penduduk dan 60,000 bangunan di kawasan seluas 360 kilometer persegi.

Ia dijangka mewujudkan lebih 325,000 pekerjaan, menjana keluaran dalam negara kasar nominal sebanyak SR135 bilion setahun, dan menarik 48 juta pelawat setiap tahun.

Terletak kira-kira 40 minit dari pusat Riyadh, menghadap ke pemandangan pergunungan Tuwaiq yang menakjubkan, tarikan Bandar Qiddiya termasuk daerah permainan dan sukan, litar lumba sukan permotoran, padang golf, taman air yang besar dan taman tema Six Flags Qiddiya. 

Ia juga akan menjadi rumah kepada stadium sukan yang merangkumi muzium Olimpik terbesar di dunia. Kemudahan pertamanya dijangka dibuka dalam tempoh dua tahun.  HARAKAHDAILY 8/12/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Projek hiburan mega Saudi, bersama Islamkah? 

Sila lihat komen ini..

(i) Al-hamdulillah, garis panduan program hiburan di M'sia akan diselaraskan – Na’im (JKIM)

 

KUALA LUMPUR – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan membuat penyelarasan berkaitan garis panduan penganjuran program hiburan di negara ini.

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd Na’im Mokhtar, perbincangan akan diadakan bersama-sama dengan Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI)

“Garis panduan ini nanti tentunya akan menerima pandangan mereka yang pakar daripada sudut hukum. Kita berharap agar garis panduan ini nanti diberi perhatian oleh kerajaan negeri dan kita berharap tiada lagi pelanggaran garis panduan pada masa akan datang,” katanya.

Terdahulu, tular di media sosial satu konsert yang memaparkan kumpulan penyanyi wanita dikenali sebagai Thungpang yang berasal dari Thailand, dalam satu konsert Kampung Balai, Bachok.

Kerajaan Negeri Kelantan mengesahkan konsert berkenaan mempunyai permit namun mengakui pihak penganjur gagal mematuhi sebahagian peraturan yang ditetapkan.

Pengerusi Kerajaan Tempatan, Perumahan, Kesihatan dan Alam Sekitar, Hilmi Abdullah berkata, antara kesalahan yang dikenal pasti adalah menampilkan penyanyi dari Thailand yang tidak mematuhi etika pemakaian selain membenarkan pengunjung Muslim ke konsert berkenaan.

Menurut beliau, konsert itu tidak melanggar Enakmen Kawalan Hiburan Kelantan sebagaimana yang didakwa pihak tertentu memandangkan ianya mempunyai permit.-MalaysiaGazette

(ii) Di M'sia, lanjut sila lihat Enekmen Kawalan Hiburan 

Konsert Jom Heboh di Kelantan didakwa tidak mematuhi Enakmen Kawalan Hiburan 1998..

a. Negeri Kelantan

https://jkr.kelantan.gov.my/images/PDF/enakmenkawalanhiburan.pdf

b. Negeri Terengganu 

https://suk.terengganu.gov.my/files/FINAL%20Garis%20Panduan%20Negeri%20Terengganu%20(Dokumen%20Penuh)%20(2)%20TERKINI.pdf

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails