Monday, December 18, 2023

Ini jambatan Thai, siapa untung, Thai-M'sia-S'pura? & LKS biadap..

 


Jambatan darat Thai, KXP dan industri kargo

HARI itu aku ada tulis gambaran kasar mengenai Jambatan Darat Thailand yang akan mengembangkan sektor penghantaran kargo selain sektor perkapalan dan pelabuhan. 

Sebenarnya idea Kedah Aerotropolis terutamanya Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) juga menjurus kepada perkhidmatan perindustrian kargo pada skala yang besar dan tidak terhad kepada eksport-import kargo.

Isu ni aku dah pernah ulas sebelum ni. KXP sudah memperkenalkan model bisnes baharu yang bukan lagi tumpu kepada penerbangan penumpang mahupun belly cargo.

Model bisnes KXP sudah menapak satu tapak jauh ke hadapan dalam aspek perkhidmatan pengendalian kargo iaitu untuk menjadi transhipment cargo hub sebagai pangkalan utama di Asia Tenggara (full-fledged freighter service). 

Transhipment cargo hub ini fokus dia sebagai transit untuk penghantaran kargo daripada China, Luxembourg (pasaran kargo utama di Eropah), Afrika Utara, Timur Tengah dan sebagainya.

Kargo-kargo ini akan transit di KXP sebelum bergerak ke region Asia Pasifik dalam kalangan negara ASEAN sendiri termasuklah Australia dan New Zealand. 

Kapasiti KXP diunjurkan boleh kendalikan sehingga 300,000 tan kargo dalam tempoh 3 tahun dan sasaran 500,000 tan untuk 5 tahun ke depan. 

Kalau Henan Province Airport Group pula kendalikan kira-kira 1 juta tan kargo setiap tahun. KXP AirportCity Holding ada buat MoU dengan Henan Province Group masa LIMA baru-baru ni untuk cawangan baharu Henan di Kedah Aerotropolis. 

Setakat ini Kerajaan Negeri di bawah KXP Airport City Holdings Sdn Bhd bersama-sama Tahira Air Sdn Bhd sudah menubuhkan syarikat berkeperluan khas (SPV) iaitu Kedah Aerotropolis Sdn Bhd. 

Tahira Air ada hubungan strategik dengan Henan Province Airport Group yang juga kendalikan transhipment cargo dan menjadi antara pemain utama dalam industri kargo selain yang ada di Luxembourg. 

Syarikat Tahira ini juga mengendalikan bisnes dalam rantaian bekalan logistik bersempadan (integrated logistics supply chain). 

Jadi, soal kredibiliti bukan lagi isu untuk Tahira Air Sdn Bhd yang akan menjadi main operator untuk KXP dan Kedah Aerotropolis bersama-sama KXP AirportCity Holdings Sdn Bhd.

Fungsi lain yang menjadi tarikan utama kepada Kedah Aerotropolis ini adalah komponen MRO, SLAM dan Centre of Excellence. 

MRO ni adalah penyelenggaraan, pembaikan dan overhaul penerbangan. 

SLAM adalah hub Logisitik, Aeroangkasa dan Pembuatan Sidam. 

Centre of Excellence memfokuskan tenaga kerja mahir. 

Jadi, pakej fasiliti yang ada dalam Kedah Aerotropolis ni cukup lengkap. Komprehensif untuk perkhidmatan bukan sahaja tranship kargo, tetapi juga perkhidmatan aviation, logistics dan sebagainya.

Tambah lagi boleh bantu jadi catalyst untuk perindustrian di Kulim Hi Tech Park. 

Point aku adalah, Kedah Aerotropolis ni boleh angkat Malaysia menjadi hub kargo udara terkemuka. 

Kalau Thailand kata Land Bridge boleh majukan pengangkutan kargo dalam sektor perkapalan, kita boleh jadikan Kedah Aerotropolis sebagai hub transhipment kargo penerbangan yang utama di Asia Tenggara.

Selain daripada kita melihat kepada sektor perkapalan dan pelabuhan, elok kita bagi tumpuan yang seimbang untuk merealisasikan Kedah Aerotropolis sebagai transhipment cargo hub tadi. Kan na?  

HAFIZ MANSOR – HARAKAHDAILY 14/12/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini jambatan Thai, siapa untung, Thai-M'sia-S'pura? & LKS biadap..

Lihat komen ini..

(i) Mudahnya jadi warganegara M'sia. Kerana kewarganegaraan satu generasi terpakai buat anak, cucu.. Lihat penjelasan ini.

Hussin Ismail

Di KL, persoalan sama ada kewarganegaraan diberikan kepada satu generasi dalam negara ini juga melibatkan anak dan cucu ditimbulkan dalam hari terakhir sidang Dewan Negara.

Senator Hussin Ismail yang mengutarakan persoalan tersebut meminta penjelasan daripada kerajaan sambil menambah bahawa satu daripada syarat untuk menjadi warganegara negara ini ialah penggunaan bahasa.

Menjawab soalan tersebut, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail menyatakan bahawa satu generasi akan mendapat warganegara melalui penguatkuasaan Undang-Undang 14.1B.

(Ikuti penjelasan lanjut 'Kewarganegaraan satu generasi terpakai buat anak, cucu?' -HARAKAHDAILY 14/12/2023)

(ii) Benarkah 'Kenyataan Kit Siang biadap, Melayu Islam perlu sedar' kata WAN MUHAMMAD ARIF WAN BAZLI FARIZ selaku Presiden GAMIS.

Wan Muhammad Arif Wan Bazli Fariz

Ringkasnya, menurut beliau, GAMIS mengecam satu kenyataan biadap pimpinan veteran DAP, Lim Kit Siang pada 29 November lalu yang menyebut ‘Tiada sekatan dalam Perlembagaan untuk bukan Melayu menjadi Perdana Menteri,’ selain berharap Malaysia tidak memerlukan 230 tahun lagi untuk melihat seorang bukan Melayu berpeluang menjadi Perdana Menteri.

Biarpun tiada sekatan khusus yang menyatakan seorang Perdana Menteri perlu dari kalangan orang Melayu, dan Perkara 43(2) hanya menyatakan YDPA boleh melantik mana-mana ahli Dewan Rakyat yang pada hemat Baginda mempunyai kepercayaan majoriti ahli dewan tersebut, GAMIS menyelar kenyataan LKS dengan membawakan empat hujah berdasarkan perlembagaan, adat politik dan logik:

1. Apabila perlembagaan sendiri mengangkat agama Islam sebagai agama Persekutuan, sewajarnya perdana Menteri sebagai Ketua Kerajaan juga beragama Islam.

2. Terdapat perlembagaan negeri yang meletakkan Melayu Islam sebagai syarat untuk Menteri Besar, contohnya:

a. Perkara 51 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Selangor 1959.
b. Perkara 37 (2), Undang-Undang Tubuh Negeri Perlis 1959.
c. Perkara 35(2), Undang-Undang Tubuh Kerajaan Kedah 1959.
d. Fasal 2 dan fasal 24, Itqan Al-Muluk Bi Ta’dil As-Suluk (Perlembagaan Negeri Terengganu)

Maka, amalan melantik perdana Menteri daripada kalangan bukan Melayu di kala sebahagian negeri-negeri mensyaratkan orang Melayu dan beragama Islam untuk Menteri Besar, adalah jelas bertentangan dengan semangat federalisme yang patut diamalkan di Malaysia.

3. Menurut pakar undang-undang Malaysia Prof. Datuk Shad Saleem Faruqi, ia merupakan konvensyen (amalan politik kebiasaan) bahawa Perdana Menteri Malaysia yang dilantik haruslah lelaki, Melayu, dan beragama Islam. Biarpun pelanggaran terhadap konvensyen tidak akan menjadikan seseorang itu dihadapkan ke mahkamah, namun konvensyen mempunyai nilai yang penting dalam menafsirkan perlembagaan. Malah, peguam British Sir Ivor Jennings juga mengibaratkan konvensyen itu umpama “The flesh that clothes the dry bones of the law”

4. Pakar Sejarah Negara, Prof. Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim sendiri berkata bahawa Perdana Menteri haruslah orang Melayu kerana kaum Majoriti negara ini ialah orang Melayu (57.7%) diikuti oleh bangsa Cina (22.8%), India (6.6%) dan kaum lain-lain (12.9%). Oleh itu, pelantikan pemimpin negara mestilah dilantik dalam kalangan kaum yang paling dominan atau berpengaruh.

(Lanjut sila rujuk ''Kenyataan Kit Siang biadap, Melayu Islam perlu sedar' – HARAKAHDAILY 11/12/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails