Monday, December 18, 2023

'Persempadanan terpilih', DAP dominasi Parlimen. Ini..

 

Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir pada Perhimpunan Agung Tahunan Parti Pribumi Bersatu Malaysia 2023 di Ideal Convention Centre (IDCC) Shah Alam, Selangor. Foto WAN NABIL NASIR, 23 NOVEMBER 2023.

Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya, DAP jadi parti amat berkuasa – Muhyiddin

KUALA LUMPUR – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin menegaskan keyakinannya bahawa Melayu akan hilang kuasa selama-lamanya apabila persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan.

Katanya, ahli Parlimen DAP telah bercakap dengan lantang di Dewan Rakyat baru- baru ini tentang perlunya proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan, terutamanya untuk menambah kerusi-kerusi Parlimen di kawasan bandar.

Malah, menurut beliau, Timbalan Menteri di-Jabatan Perdana Menteri telah mengesahkan bahawa proses persempadanan semula kawasan pilihan raya telah dimulakan bagi negeri Sarawak pada tahun ini, Sabah pada tahun 2025 dan Semenanjung Malaysia pada tahun 2026.

Rentetan daripada itu, Muhyddin menjangkakan kerusi DAP akan bertambah sekali ganda jika proses persempadanan semula kawasan pilihan raya dilaksanakan oleh kerajaan Pakatan Harapan.

Katanya, Daripada 40 kerusi yang dimiliki oleh DAP sekarang mungkin akan bertambah menjadi 80 kerusi tidak termasuk “gerrymandering” yang akan dibuat di kawasan-kawasan Parlimen sedia ada untuk memberi kelebihan kepadaparti DAP dan rakan-rakan sekutunya di dalam PH.

“Jika ini berlaku, DAP akan menjadi sebuah parti yang amat berkuasa di dalam kerajaan. Saya percaya, pada masa itulah cita-cita utama DAP yang memperjuangkan kesamarataan hak dan penghapusan dasar-dasar pro-Bumiputera seperti yang terkandung di dalam Deklarasi Setapak 1967 dan Perlembagaan DAP akan dilaksanakan.

“Adakah kita sanggup biarkan perkara ini berlaku saudara- saudara?? Adakah kita sanggup biarkan ia berlaku?? Adakah kita sanggup biarkan ia berlaku?” soal Muhyiddin ketika menyampaikan ucapan dasar di Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu di Shah Alam.

Sehubungan dengan itu, Muhyiddin mahu usaha mesti digerakkan segera untuk menyatu padu parti-parti Melayu.

“Janganlah sengketa sesama kita menyebabkan bumi yang kita pijak ini menjadi milik orang. Masa tidak menyebelahi kita lagi kerana kuasa pun sudah tiada di tangan kita.

“Usaha juga mesti dilakukan segera untuk Perikatan Nasional kembali ke Putrajaya sebelum nasi menjadi bubur. Hanya dengan cara inilah, cita-cita songsang mereka itu boleh kita halang,” katanya. – MalaysiaGazette

Komen Weblog Ibnu Hasyim: 'Persempadanan terpilih', DAP dominasi Parlimen.

Lihat komen ini..

(i) Awas, DAP akan menang 63 kerusi PRU16, jika berlaku dominasi Parlimen.


Di KL, DAP akan boleh menang dengan selesa ke atas 63 kerusi Parlimen pada PRU16 sekiranya berlaku persempadanan semula secara terpilih, demikian kata Presiden BERJASA, Ustaz Zamani Ibrahim.

Menurutnya, idea daripada DAP itu disebut ‘terpilih’ kerana akan melibatkan kawasan-kawasan bandar yang padat penduduk di mana terdapat 29 kawasan Parlimen seperti itu di seluruh negara.

Jelas beliau, sekiranya persempadanan semula secara terpilih tersebut dilaksanakan di 29 kawasan Parlimen itu, akan timbul 30 kawasan Parlimen baharu hasil pecahan kepada 70,000 pengundi bagi setiap Parlimen.

Beritahunya, pada ketika ini iaitu hasil keputusan pada PRU15 lalu, daripada 29 kerusi Parlimen tersebut, terdapat 11 kawasan seperti itu sudahpun dikuasai DAP, 14 lagi daripada PKR dan empat lagi oleh PAN.

(Selanjutnya sila rujuk 'DAP akan menang 63 kerusi PRU16, dominasi Parlimen' – HARAKAHDAILY 7/12/2023)


(ii) Oo, tidak perlu patah semangat satukan parti Melayu.. Menurut ADUN Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi.


Di KL, semua pemimpin parti-parti teras Melayu Islam harus berlapang dada membina kekuatan bersama demi menjaga negara Malaysia daripada dijajah oleh kuasa asing.

ADUN Sijangkang, Dato’ Dr Ahmad Yunus Hairi berkata demikian, susulan kenyataan media yang dikeluarkan semalam oleh Ahli Majlis Tertinggi UMNO, Datuk Dr. Mohd Puad Zarkashi bahawa ‘Umno tidak perlu lagi memikirkan kerjasama parti itu dengan PAS’. 

Sementara itu, Pengerusi Gerakan Pembela Ummah (UMMAH), Mohd Zai Mustaffa mengatakan bahawa seruan kepada penyatuan dan perpaduan ummah sangat dititikberatkan untuk memperkuatkan umat Islam bagi menghadapi pelbagai cabaran terhadap ajaran Islam. 

Sudah sampai masanya pemimpin-pemimpin Islam dan parti-parti Melayu Islam di negara ini duduk di meja perundingan bagi membincangkan kekuatan bersama bagi mempertahankan Islam sebagai agama Persekutuan, Raja-Raja Melayu Berpelembagaan dan hak istimewa orang Melayu dan Bumiputra di Malaysia.

(Sila rujuk 'Tidak perlu patah semangat satukan parti Melayu' -HARAKAHDAILY 7/12/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails