Sunday, December 17, 2023

PAS ambil alih UMNO? Tapi PH-DAP mahu..

 

Tan Sri Annuar Musa

PAS ambil alih tempat Umno di hati rakyat

KOTA BHARU: Umno di bawah pimpinan Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi disifatkan mengekal sikap sombong, mempertahankan jajaran baru dan mengheret parti itu semakin jauh daripada naluri orang Melayu dan Islam.

Bekas Setiausaha Agung Umno Tan Sri Annuar Musa berkata, pemecatan ahli Majlis Tertinggi Umno Isham Jalil boleh menggambarkan bentuk Umno era sekarang.

Katanya Umno akan terus terjerat dalam mainan presidennya sendiri yang kekal dalam sindrom penafian.

“Umno pimpinan Zahid lambang kejayaan terbesar DAP dan PKR, sekali gus menguburkan parti itu buat selamanya.

“Mereka tidak akan mendengar isyarat daripada orang Melayu dan umat Islam, malah lebih bersedia melipatgandakan usaha menjual naratif pro liberalisme, pluralisme dan sosialis DAP,” katanya yang juga AJK PAS Pusat pada kenyataan di laman sosialnya.

Kata beliau juga kelompongan politik Melayu Islam yang ditinggalkan Umno boleh diisi bersama dengan dokongan kuat rakyat seperti dibuktikan pada pilihanraya lalu.

Menurutnya PAS, PERIKATAN NASIONAL (PN) dan NGO yang sealiran menumpukan perhatian mengukuhkan muafakat di akar umbi termasuk bersama ahli Umno untuk memantapkan solidariti politik orang Melayu dan umat Islam.

Annuar juga berkata, PAS terus istiqamah dengan dasar kesederhanaan, terbuka, mendahulukan muafakat serta prinsip Islam dalam bertaawun, bertahaluf dan bertaayush.

“PN sudah mengambil alih peranan BN dan PAS sudah mengambil alih tempat Umno di hati rakyat.

“Masanya sekarang untuk bergerak mengisi aspirasi rakyat. Lupakan mereka yang bersama politik kleptokrasi, kakistokrasi, manipulasi serta dasar dasar pluralis dan liberalis,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 12/12/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: PAS ambil alih UMNO? Tapi PH-DAP mahu..

Lihat komen ini..

(i) PH-DAP mahu jadikan Umno parti suruhan mereka -ISHAM JALIL 

ISHAM JALIL 

"Beberapa hari lepas Presiden Umno DS Zahid Hamidi telah mengambil keputusan untuk memecat saya. Keputusan ini dibuat tanpa melalui Lembaga Disiplin. Dia berselindung di belakang Majlis Tertinggi Umno dan berkata ini adalah keputusan Majlis Tertinggi dan kononnya bukan keputusan dia. 

Zahid juga berkata sebab kekalahan Umno di Kemaman adalah kerana 10,000 pengundi putih Umno tidak keluar mengundi. Dia masih tidak mahu ambil tanggungjawab dan kerap menyalahkan orang lain atas kegagalan demi kegagalan, kali ini dia salahkan pengundi putih Umno. Sebagai Presiden dia sepatutnya mengambil tanggungjawab dan sebaliknya bertanya mengapa beribu-ribu pengundi putih ini tidak keluar." Menurut Isham Jalil. 

(Selanjutnya sila rujuk 'PH-DAP mahu jadikan Umno parti suruhan mereka' – HARAKAHDAILY 12/12/2023)


(ii) Al-hamdulillah,memang wajar 
MP PAS suarakan pembebasan Palestin di Afrika Selatan.


Di KL, PAS konsisten menyuarakan kebersamaan kepada perjuangan kemerdekaan dan pembebasan Palestin, serta mendesak Israel dibicarakan atas jenayah perang di Mahkamah Antarabangsa.

Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi Sulaiman dan Ahli Parlimen Kuala Krai, Ustaz Abdul Latiff Abdul Rahman telah mewakili PAS meneruskan komitmen tersebut sekali lagi di pentas antarabangsa.

Kehadiran mereka mewakili hasrat rakyat Malaysia itu disuarakan pada Persidangan Antarabangsa Ke-5: Pembebasan Palestin Melawan Perkauman Aparteid Isreal – Pengalaman Perjuangan Nelson Mandela di Qurtuba Convention Centre, Johannesburg, Afrika Selatan.

Persidangan tersebut telah dibuka dengan ucapan dari Ahli Parlimen Afrika Selatan, Nkosi Zwelivelile Mandela mewakili Royal House of Mandela yang juga cucu Mandela di mana lebih 20 negara menyertai persidangan tersebut. 

Ahli Parlimen Sik, Ustaz Ahmad Tarmizi juga turut menyeru agar pakatan yang besar dibentuk dalam kalangan negara-negara di seluruh dunia untuk menyumbang kepada pembinaan semula Gaza menerusi peruntukan berbilion-bilion dolar untuk memulihkan.

(Lanjut sila rujuk 'MP PAS suarakan pembebasan Palestin di Afrika Selatan'– HARAKAHDAILY  6/12/2023)

Akhirnya, di M'sia, hanya tinggal pemimpin-pemimpin ekstrem mentadbir negara seperti DAP-madani yang masih bodoh sombong, degil tak mahu mengikut perkembangan keadilan dan kemanusiaan sejagat.

Sekian.

Kesimpulan:

Terima kasih tuan-tuan pengundi. Tuan telah menggunakan tugas tuan sebaik-sebaiknya, bila menyokong perjuangan parti Islam/PN dan rakan-rakan. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam.

Namun, hak orang bukan Islam di negara ini pun wajib dilindungi oleh kerajaan Islam yang memerintah. Sila lihat peraturan dan hukum 'Hak orang bukan Islam dalam negara Islam' yang sebenar. Lihat negeri Kelantan sebagai contoh awalnya. 

Terima kasih juga kepada kawan-kawan kita yang bukan dan belum Islam.

Sekian. Wassalam. 

1 comment:

Anonymous said...

Salute to Indonesia Army... Bantuan Indonesia sudah sampai dan kepal terapung hospital Indonesia pun sudah tiba di sempadan Palestine Lubnon

Tentera Malaysia lansung tak membantu Gaza Palestine..!! Kapal terapung Malaysia Jadi Berak terapung oleh Kerajaan Bapok Tua Papanon

Tentera Indonesia buat pangkalan di Lubnon untuk membantu kemanusiaan Gaza dan Palestine....

Tahniah dan bangga pada kerajaan Indonesia dan amat memalukan kerajaan Malaysia Lansung tidak membantu Gaza dan Palestine di bawah kerajaan Papanon....

Terpekik terlolong pasal Palestine hingga bergegar bumbung stadium tapi Anak papa ekor bergelumang dengan taik Yahudi.. puiii..!!

Lebih malang bila bakal jadi pemimpin utama pula layan News Straits Times Singapura (NST) untuk di wawancara visi dan misi bila Jadi pemimpin utama nanti.

Kalau dah tak menyumbang helok sekurang kurangnya jaga lah sikit sensitivity dan perasaan pada Rakyat Palestine dan Gaza yang hari hari dibunuh dengan kejam dan di bom dengan bom phosphorus...!!

NST itu lidah utama Pengarah kerajaan Singapura yang 100% menyokong genosid kanak kanak dan rakyat Palestine Gaza. Singapura itu dikenali Little Isreal Zionis Asia Tenggara dibawah kerajaan PAP@DAP di Malaysia. Lansung tak Ada sensitivity pada Rakyat Palestine

Sepatutnya kerajaan Malaysia dah lama lupakan dan putuskan hubungan diplomatic dengan Singapura...!!

Pelik bila kerajaan Malaysia lansung tak Ada sensitivity dan lansung tak ada rasa malu saudara Islam di Gaza Palestine...!!

..dah lah kerajaan tak membantu lagi nak menyusahkan rakyat jelata ..

Banganggg...!!

#sebenarnyabapoktuaituyangbangang

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails