Sunday, July 16, 2023

Perlis-Kedah, gerak ekonomi. S'gor bagaimana?

 

MB Perlis Mohd Shukri Ramli, baru 7 bulan tadbir, mampu tarik pelaburan bernilai RM2.5 bilion.

Perlis tarik pelaburan bernilai RM2.5 bilion

KANGAR: Dalam tempoh tujuh bulan Kerajaan PERIKATAN NASIONAL (PN) Perlis berjaya menarik pelaburan mencecah lebih RM2.5 bilion ke negeri itu.

Menteri Besar Mohd Shukri Ramli berkata, kejayaan tersebut dianggap begitu memberangsangkan bagi mempertingkatkan lagi ekonomi negeri.

“Penting usaha kerajaan negeri menarik sebanyak mungkin pelaburan yang berpotensi menyediakan peluang pekerjaan kepada rakyat, di samping mengukuhkan ekonomi negeri.

“Insya-Allah, sikit masa lagi ekonomi negeri Perlis dapat seiring dengan negeri-negeri yang lain,” katanya di sini.

Beliau juga berkata, pentadbiran kerajaan PN Perlis sentiasa dipantau Mursyidul Am PAS Dato’ Tuan Guru Hashim Jasin dan Ahli Majlis Syura Ulamak PAS, Tuan Guru Ahmad Ali.

Menurutnya mereka sentiasa menjadi rujukan dan penasihat kepadanya sebagai ketua kerajaan dalam menjalankan amanah mentadbir Perlis.

“Saya bersyukur dengan adanya dua tokoh ulama tersebut sentiasa disanjungi dan disayangi rakyat,” katanya.

PN mentadbir Perlis selepas memenangi 14 daripada 15 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Umum ke1-15 (PRU15) November lepas.

Hanya DUN Indera Kayangan terlepas ke tangan Pakatan Harapan (PH) yang dimenangi Gan Ay Ling.

Perlis sebelum ini merupakan kubu kuat Barisan Nasional sejak merdeka. – HARAKAHDAILY 10/7/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Perlis-Kedah, gerak ekonomi. S'gor bagaimana?

Ya, jom lihat seterusnya.

(i) Kedah mahu berada sebaris negeri maju di Lembah Klang, insya Allah!   

MB Kedah di program Libat Urus dan Road Show Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli di Kedah Royal Club di sini semalam. 

Lapangan Terbang Antarabangsa Kulim (KXP) yang dirancang kerajaan negeri sebagai ‘cargo airport’ dan bukan lapangan terbang berasaskan penumpang.

KXP juga tidak akan menjadi saingan kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (PIA) kerana fungsinya berbeza.

Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berkata, KXP tidak akan menjadi saingan, sebaliknya pelengkap kepada Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang.

Malah ia juga berpotensi untuk menjadi ‘economic game changer’ pada masa hadapan.

“Pembangunan KXP amat signifikan dalam konteks pembangunan ekonomi Wilayah Utara,” katanya pada program Libat Urus dan Road Show Menteri Ekonomi, Mohd Rafizi Ramli di Kedah Royal Club di sini semalam. 

Oleh itu Sanusi berkata, kerajaan negeri amat berharap beliau diberi peluang menjelaskan kepentingan projek tersebut kepada Perdana Menteri Dato’ Seri Anwar Ibrahim dan jemaah menteri.

Begitu juga pembangunan Kedah Aerotropolis perlu mendapat pertimbangan kerajaan Persekutuan bagi mengukuhkan lagi ekosistem industri dan pengangkutan di negeri itu.

Aerotropolis merangkumi Aerocity dan Sidam Logistics, Aerospace & Manufacturing Hub (SLAM) selain KXP sendiri.

“Kedah bercita-cita untuk meletakkan negeri ini sebaris dengan negeri-negeri maju lain terutamanya di sekitar Lembah Klang.

“Saya yakin Kedah juga mampu duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi dengan negeri-negeri maju lain,” ujarnya.

Menurutnya juga kawasan Kulim Hi-Tech Park (KHTP) sekarang dalam proses pembesaran kepada Fasa 4A dan Fasa 5.

Beliau juga berkata, bermula tahun 2021 hingga suku tahun pertama 2023, Kedah berjaya meraih secara komulatif pelaburan bernilai RM82.57 bilion dalam sektor pembuatan dan perkhidmatan.

“Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) berkembang positif pada kadar 3.2 peratus (2021) dan meningkat kepada 7.2 peratus pada 2022,” jelas beliau.


(ii) Tapi jumlah pelaburan S'gor merosot suku pertama 2023.. 


Selangor merosot kepada kedudukan ketiga berkaitan jumlah pelaburan bagi tiga bulan pertama tahun ini. Kedudukan itu berdasar perangkaan dikeluarkan Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM) Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA). 

Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali berkata, dalam tempoh tersebut Wilayah Persekutuan mencatat jumlah pelaburan tertinggi iaitu RM22 bilion dan diikuti Johor RM11 bilion.

“Belum pernah Selangor jatuh ke kedudukan seperti itu, namun ia berlaku di bawah kerajaan Pakatan Harapan (PH),” katanya pada Program Jelajah Selangor Baharu Kita Bangkit! Selayang di Simpang 4 Taman Selayang Mutiara Kampung Bendahara malam tadi.

Turut hadir Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Ahmad Yunus Hairi, mantan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Tan Sri Noh Omar dan Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Menurut laporan Jabatan Perangkaan Malaysia dan MIDA, Selangor mencatatkan pelaburan sebanyak RM7 bilion sepanjang tempoh tersebut.

Azmin yang juga bekas ahli parlimen Gombak berkata, apabila pelaburan merosot, anak-anak muda akan hilang peluang pekerjaan.

Kesimpulan:

Jom tinggalkan dan jangan undi PMX Malaysia serta kumpulannya.

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Perlis-Kedah, terus gerakkan ekonomi. Dalam tempoh tujuh bulan Kerajaan PN pimpin Perlis, telah berjaya menarik pelaburan mencecah lebih RM2.5 bilion ke negeri itu.

Kepada rakyat Malaysia, tungggu apa lagi, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

10 comments:

Anonymous said...

Bmx ngaku dia yg tubuh uia. Ngaku tubuh bank islam.
Aduuuh. Kuat betul temberang.
Ni bukan sembang kari.
Itu temberang.

Ngaku lupuskan hutang felda.
Tak ngaku capok derma parti untuk belanja rumah.
Tak berani angkat sumpah pasal lewat.
Sampai hari ni.
Dosa tu masih melekat.

Nak pegi kedah.
Nak tabur fitnah lagi.

Anonymous said...

Jika mahukan negara maju
Pilih pemimpin yang pandai buat kerja
Bukan pemimpin yang cari nama
Ceramah sana ceramah sini
Temu sana temu sini
Pejabat dibiar kosong.

Jika mahu negara sejahtera
Pilih pemimpin yang bersih rasuah
Bukan pemimpin yang ada 47 kes
Bukan pemimpin yang kaya dengan harta gelap
Atau pemimpin yang suka berpoya poya
Lewat sana lewat sini.

Jika mahu rakyat jujur
Pilih pemimpin yang cakap serupa bikin
Bukan pemimpin yang kaki temberang
Ngaku buat yang orang lain selesaikan
Hutang felda
Janji yang dikhianati

Jika mahu negara punya jati diri
Pilih pemimpin yang bukan khadam
Kerana jawatan sanggup gadai maruah
Gadai tanah rizab
Tibai bangsa sendiri

Jika mahu negara berperaturan
Pilih pemimpin yang akur undang undang
Bukan pemimpin yang derhaka kepada raja
Bukan pemimpin yang ceroboh airport
Bukan pemimpin yang ceroboh ros
Bukan pemimpin yang cabul kalimah Allah.

Anonymous said...

Kes ceroboh KLIA, kenapa lama sangat nak selesaikan siasatan?

Atau sengaja cari jalan nak selamatkan menteri Pakatan Hancing?

Tak salah bertanya!!

Anonymous said...

Polis menjalankan siasatan lanjut berhubung tiga keping gambar tular di Facebook yang memaparkan dua batu tertera ayat al-Quran dijadikan pelapik tempat anjing tidur.

(C&P)

Kalau yang tu orang melayu, cepat jer bmx arah ambik tindakan.

Anonymous said...

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi) Azalina Othman Said berkata permohonan maaf bukan pembelaan dari segi undang-undang dalam perundangan jenayah.
Menurutnya, kerajaan menjamin kebebasan bersuara di bawah Perkara 10(1)(a) Perlembagaan Persekutuan, bagaimanapun ia tertakluk kepada Perkara 10(2) bagi memastikan ketenteraman dan keamanan terjamin.

(C&P)

Poooh!
Letih dengan pimpinan ameno.
Kuat hipokrate.
Boss tu tipu agong.
Tu derhaka.

47 kes pun layak memimpin.
Kotor betul.


Pimpinan pun tak sejahtera.
Janji nak bagi negara sejahtera.
Janji nak bagi rakyat sejahtera.

Anonymous said...

Akar umbi Gerakan dikatakan berbelah bahagi tentang menjadi komponen Perikatan Nasional kerana PAS semakin lantang memainkan retorik berbaur perkauman dan keagamaan.

(C&P)

Akar umbi ameno pun belah bagi. Ramai yang tak follow jadi gundek komunis dapig. Ramai yang hijrah bersama pimpinan yang bersih dan tidak rasuah.

Anonymous said...

Jom pakat pakat sokong pas.
Ameno gagal setelah diberi mandat lebih 60 tahun.
Akhirnya rakyat tolak secara gerombolan ameno.
Bmx pun ditolak.
Berat sebelah.
Tibai melayu di tanah melayu.
Angkat komunis dapig, tindas melayu.

Anonymous said...

Semakin hari rakyat jelata semakin kasih dan sayang kepada MB Kedah.

Satu2nya MB yang berani menerangkan sejarah Tanah Melayu kepada generasi baharu.

Yang lain semua takut2? Apatah lagi nak menerangkan sejarah keganasan pengganas komunis diTanah Melayu?

Anonymous said...

Presiden Umno Zahid Hamidi menyeru pengundi Kedah memanfaatkan undi mereka dengan memilih pemimpin yang serius untuk menjaga kepentingan rakyat.

Sambil menyifatkan menteri besar sedia ada, Sanusi Md Nor sebagai ‘pelawak’ yang mempunyai ramai pengikut, Zahid berkata Kedah perlukan kerajaan yang berwibawa.

(C&P)

Zahid sebenarnya beban. Sapa nak sokong yang ada 47 kes. Bodoh sangat kalau sokong zahid. Dunia teruk, akhirat pun teruk.

Anonymous said...

Mula mula bmx masuk ofis, dengan capal.
Terus tibai usahawan berbangsa melayu.
Lepas tu rompak geran negeri yang diperintah oleh orang melayu.
Lagi rompak royalti negeri yang diperintah oleh orang melayu.
Bila mb nak bangun kedah dia bantah.
Bila km nak bangun pulau pinang, dia tambah peruntukan.

Dengan komunis dapig dia sanjung.
Jho low pun bmx belum tangkap.
Eng guan pun dia sokong hina raja melayu melalui 3r.
Mentri kecoh kat airport pun dia buat derk.
Kat nga kock meng tibai majlis perbandaran k baru pun dia redha.

Ini contoh melayu yang belot dengan bangsa melayu.
Lagi lama dia hidup dlm politik, lagi terpinggir orang melayu.

Hapuskan politik pembelot, semarakkan politik yang bukan pembelot.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails