Tuesday, July 18, 2023

Anak muda Ke Makkah percuma, begini.. Walau kakistokrasi?

 

Ean bersyukur kerana dapat menjejakkan kaki di Makkah dan Madinah pada usia muda.

Anak muda jejak kaki di Makkah secara percuma

Mahu jejakkan kaki ke Makkah secara percuma dalam usia muda? Ada, namun bagaimanakah caranya?

Dua anak muda yang masing-masing baru berusia 21 tahun, Ean dan Aishah ada jawapannya. Caranya adalah dengan menyambung pelajaran dengan mengambil Diploma Pengurusan Haji dan Umrah, sekali gus menjadi mutawwif dan mutawifah. 

Ean atau nama sebenarnya, Muhammad Aries Sofean Mohd Nor memilih pengajian berkenaan kerana minat selain menyifatkan pekerjaan sebagai seorang mutawwif adalah kerjaya yang mulia. 

Ean yang merupakan pelajar kumpulan pertama pengajian tersebut di YEG Academy (M) Sdn. Bhd. (YEG Academy) berkata, pengalaman manis yang tidak dapat dilupakan adalah menjalani latihan praktikal selama tiga bulan di Makkah dan Madinah. 

Sejak kecil lagi, Aishah sudah menanam cita-cita untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

“Tempoh pengajian adalah dua tahun setengah. Tempoh dua tahun hanya belajar teori selebihnya praktikal di sana. Saya masih ingat, saya merupakan pelajar pertama yang dihantar ke Makkah pada Februari 2022.

“Waktu itu, sempadan negara baru sahaja di buka selepas pandemik Covid-19. Perasaan ketika itu saya tidak boleh gambarkan kerana tidak tahu keadaan di sana; dan ada atau tidak pekerjaan di tanah air selepas menjalani praktikal di sana memandangkan keadaan pasaran industri haji umrah yang tidak menentu akibat penularan wabak berkenaan di seluruh dunia.

“Namun alhamdulillah, semuanya dipermudahkan. Sepanjang tiga bulan saya merasai sendiri realiti pekerjaan seorang mutawwif, ada manis dan pahitnya,” ujarnya.

Menurut Ean lagi, pengalaman paling berharga adalah dia dapat menimba ilmu pengurusan jemaah, pengangkutan, penginapan dan ilmu sirah Nabawiah dalam dalam tempoh tiga bulan di Makkah dan Madinah).

Sejak kecil lagi, Aishah sudah menanam cita-cita untuk menjejakkan kaki ke Tanah Suci.

Selepas menjalani praktikal, Ean lalu bertekad untuk bekerja sebagai seorang mutawwif dan selepas hanya 15 hari menamatkan latihan praktikal, anak muda ini  terus ditawarkan pekerjaan tetap syarikat pengendali pakej ibadah haji dan umrah ternama, Andalusia Travel & Tours Sdn. Bhd. (Andalusia Travel).

“Biasanya kita dengar keluhan graduan yang sukar dapat kerja selepas tamat belajar, tetapi saya bersyukur Allah SWT beri rezeki untuk saya terus mendapat pekerjaan pada usia 21 tahun.

“Cuma saya ingin pesan kepada mereka yang bercita-cita untuk menjadi mutwawif, jangan melihat pada gaji lumayan semata-mata, sebaliknya lihatlah pada kemuliaan dan keberkatan yang diperoleh menerusi pekerjaan ini.

“Bagi saya, perkara yang sangat mahal ialah saya dapat bekerja dan beribadah serentak. Sambil bekerja dapat  mengumpul pahala,” tutur Ean yang sudah setahun bekerja secara tetap sebagai Pegawai Haramain dan Pemasaran di Andalusia Travel. 

Sebaik tamat pengajian di YEG Academy, Ean terus ditawarkan pekerjaan tetap dengan Andalusia Travel.

Sementara itu, Aishah atau nama penuhnya Syaidatul  Aishah Jusoh, seorang lagi graduan Diploma Pengurusan Haji dan Umrah dari YEG Academy berkata, dia memilih bidang ini kerana dari kecil bercita-cita untuk menjejakkan kaki di Tanah Suci.

Namun, dalam pemikirannya cita-cita berkenaan hanya dapat dicapai ketika berusia emas kerana dia sedar akan kos tinggi yang diperlukan untuk menjalani ibadah umrah mahupun haji.

“Rezeki saya mendapat biasiswa daripada YEG Academy. Kesemua  kos pengajian sehingga praktikal semua ditanggung tanpa saya perlu keluarkan wang sesen pun.

“Ketika pertama kali melihat Kaabah sebagai seorang jemaah dan pelajar praktikal, saya tidak tahu hendak gambarkan perasaan seronok, sebak dan sedih semuanya ada.

Ean merupakan pelajar pertama yang dihantar ke Makkah pada Februari 2022.

“Sebelum itu saya memang tidak pernah sampai ke Makkah dan Madinah, tetapi menerusi pengajian ini, saya berpeluang ke sana secara percuma,” kongsi anak kelahiran Kelantan ini. 

Selepas  ditawarkan pekerjaan tetap pada hari terakhir menjalani latihan praktikal, niatnya hanya satu, hanya ingin menjadi orang tengah yang memudahkan orang ramai melakukan ibadah umrah mahupun haji.

“Dengan bekerja sebagai mutawifah yang membimbing jemaah wanita, saya memperoleh gaji, pengalaman, ilmu, manfaat dan paling penting pahala,” katanya. – HARAKAHDAILY 6/7/2023

 

Komen Weblog Ibnu HasyimAnak muda Ke Makkah percuma, begini.. Walau kakistokrasi 

Ya, Malaysia sedang dipimpin kerajaan kakistokrasi.. 


PERTAMA, apa itu kakistokrasi?

Mudahnya ia bermaksud pemerintahan di bawah pimpinan yang paling teruk dan tidak layak memimpin.

Lebih mudah lagi, pentadbiran yang diurus ikut suka hati dan kepentingan peribadi, bukan dengan idea, kepakaran serta perancangan.

Kedua, apakah kesan kerajaan kakistokrasi?

Ia pastinya akan memberi kesan buruk kepada rakyat dan negara. Masalah ekonomi, kebajikan, kesihatan, pendidikan, sosial semuanya akan melanda.

Kerana kerajaan kakistokrasi akan diisi dengan penipuan, kronisme, fitnah, dendam, budaya rasuah, salah guna kuasa dan segala ketidakcekapan yang akhirnya menatijahkan kegagalan dalam pengurusan negara di semua peringkat.

Apabila urusan diserahkan kepada bukan ahlinya, maka kehancuranlah yang akan tiba.

Ketiga, adakah Kerajaan Campuran adalah kerajaan kakistokrasi?

Ya, Kerajaan Campuran ini adalah contoh terbaik bagi sebuah kerajaan kakistokrasi.

1. Negara sedang dipimpin oleh Perdana Menteri yang banyak berbohong, populis dan tidak adil.

2. Timbalan Perdana Menteri pula dilantik dari golongan kluster mahkamah.

3. Barisan Kabinet rata-ratanya tidak cekap dalam melaksanakan tugas dan tidak kompeten.

4. Budaya ‘u-turn’ yang tidak berkesudahan.

5. Ketiadaan hala tuju berkenaan isu ekonomi dan kos sara hidup.

Kita semua hakikatnya sedang ditindas oleh sebuah kerajaan kleptokrat yang mentadbir secara kakistokrat. 7 bulan pemerintahan kerajaan madani adalah bukti yang boleh dinilai oleh masyarakat.

Keempat, bolehkah rakyat mengubah kerajaan kakistokrasi?

Rakyat ada kuasa memilih dan mengundi. Lantiklah pemimpin yang adil, prihatin dan bersih.

MOHAMED SUKRI OMAR
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Selangor – HARAKAHDAILY 3/7/2023

Kesimpulan:

Jom tinggalkan PMX Malaysia..

Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Rakyat Malaysia, sila gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

INI MODEL NEGARA ISLAM MALAYSIA..
Sila lihat model negara Islam Malaysia yang di bawa oleh PAS/PN 


Bersambung..

Sekian. Wassalam. 
Dari rakan Islammu Ibnu Hasyim 014 400 2015.

8 comments:

Anonymous said...

Selamat pagi kepada semua penduduk Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Semoga baik2 selalu.

Bersempena dengan kempen PRU enam negeri tak lama lagi natizen menyeru untuk kita semua selamatkan negara dari pemimpin pathological liar tu.

Somoga kita diselamatkan dari kerajaan gagal yang ada hari ini.

Anonymous said...

Berikut adalah barisan pasukan yang dicadangkan untuk memburu 1.2 pelancung asing yang masuk kenegara dan tak keluar2;
1. Dato Ayob - seorang yang dilihat bergitu komited dengan apa juga tugasan yang diberikan (ketua Special Project)
2. Menteri Sarawak
3. Wakil BERSHIT
4. Wakil Majlis Peguam
5. IT expert dari Dubai
6. Wakil Jabatan Statistik Negara
7. Lain2

Ini adalah cadangan rakyat, semoga isu yang berlanjutan sekian lama yang mengancam keselamatan negara dapat diselesaikan dengan segera.

Anonymous said...

Sprm dah sahkan tiada elemen rasuah. Natizen sarankan supaya pegawai rendah lapangan yang dimaki hamun tersebut mengambil tindakan mahkamah dengan segera. Difahamkan pegawai tersebut hanyalah menjalankan tugas yang diamanahkan berlandaskan undang2 sahaja.

Anonymous said...

Dari dolu lagi pesan sila kau beramboss jauh jauh...!!!

Mahathir maklumkan tiada PM mahu datang bertemu dengannya

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bersedia berkongsi idea dengan setiap perdana menteri selepas pentadbirannya, namun mendakwa tiada siapa yang tampil menemuinya.

Malah menurutnya, ada seorang penggantinya tidak pernah bertanya pendapatnya sejurus mengetuai kerajaan.

“Saya dulu ingat bila Abdullah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) jadi perdana menteri, dia hendak tanya saya. Tapi tidak pernah tanya.

Ni taktik hape pulak si renta ni buat...dolu dolu lagi dah pesan sila beramboss tapi kau tak nak beramboss...!!

Anonymous said...

Kenyataan bodoh bangang dari Presiden UMNo lagi ramai lari Dari UMNo dan penyokong Bossku meluat dan marah.

Ramai penyokong bekas perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak sudah hilang sabar dan tidak mudah untuk dipujuk lagi.

Reaksi anak Najib, Nooryana Najwa sebagai respons terhadap kenyataan terbaharu Presiden UMNO, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, hari ini.

Zahid yang juga Pengerusi BN dilaporkan menolak dakwaan penyokong Najib bahawa tiada usaha dilakukan untuk membela bekas perdana menteri yang kini dipenjara itu.

Kata Zahid, tidak ada sebab untuk mereka berfikir sedemikian hingga mahu memboikot pilihan raya negeri (PRN) di enam negeri, bulan depan.

Tinjauan ISEAS Perspective, jurnal dari Institut Kajian Asia Tenggara yang berpangkalan di Singapura. Selangor dalam genggaman PN, 39 kerusi majoriti Melayu dijangka tolak calon PH-BN.

Tinjauan dibuat Merdeka Center sebelum pilihan raya umum tahun lalu, yang mendapati hanya 32% pengundi Melayu bersetuju dengan senario di mana BN dan PH berkerjasama untuk membentuk kerajaan.

“Penolakan pengundi Melayu terhadap gabungan sebegini nampaknya konsisten

Goodbye UMNo... Lingkup kan semua calon UMNo di PRN 2023 kali ini...

Anonymous said...

“Beliau mendakwa gelombang hijau akan mengakibatkan tokong Buddha dimusnahkan dan orang bukan Islam berdepan pelbagai sekatan.

“Kenyataan ini jelas satu fitnah, seolah-olah gelombang hijau yang diterajui PAS bersama rakan dalam PN (PERIKATAN NASIONAL), iaitu parti Bersatu dan Gerakan menjadi ancaman kepada kehidupan beragama orang Buddha,” ujarnya dalam satu kenyataan.

(C&P)

Ini negara kita. Jika berlaku gelombang hijau, tiada penindasan. Jika berlaku gelombang komunis dapig, akan berlaku laungan azan dilararang. Jangan lupa sudah ada suara, melarang azan di pulau pinang. Sudah 29 kampung melayu hilang di pulau pinang. Jangan lupa seluruh polis bukit kepong dibunuh oleh komunis dapig.

Anonymous said...

SPRM mungkin akan mengambil masa yang amat panjang untuk menyiasat sekeluruhan organisasi immigresen, ianya mungkin 6 bulan, 1 tahun, 2 tahun atau bertahun2 lamanya.

Disini suka natizen sarankan supaya skop kes pencerobohanan ala2 gengster oleh menteri Sarawak tersebut dikecilkan. Ramai yakin penjawat awam tersebut telah menjalankan tanggungjawab berlandaskan undang2 negara. Ianya dapat accelerate penyiasatan dan pesalah perlu segera didakwa.

Anonymous said...

Sesungguhnya SEBAHAGIAN orang yg berhijrah keluar dr Kelantan, paling x berguna...klau undi Pas.

Hidup mewah, maju, selesa, lengkap infrastruktur, banyak pekerjaan
jawatan tinggi di NEGERI LAIN.

Tapi balik mengundi di Kelantan pilih geng Islam extreme negeri mundur, banjir besar tiap tahun, air kotor, jalan sempit berlubang,...... Kesian kat orang tua dan golongan miskin di sana.

Pilihanraya nanti pilih Kerajaan Perpaduan dibawah DSAI.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails