Wednesday, July 19, 2023

Sanusi ditahan jam 3 pagi.. Jom setuju perundangan pecat PM.



1. Sanusi ditahan jam 3 pagi, dibawa ke IPD Gombak

KUALA LUMPUR: Menteri Besar Kedah, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor telah ditahan oleh pihak Polis DiRaja Malaysia jam 3 pagi tadi.

Beliau yang juga Ketua Pengarah Pilihan Raya PAS telah ditahan oleh sepasukan lebih 20 pegawai dan anggota PDRM di hotel penginapannya di sini.

Sebelum itu, Sanusi dan pegawai-pegawai beliau pulang ke hotel berkenaan setelah selesai Mesyuarat Majlis Tertinggi PERIKATAN NASIONAL jam 11:40 malam.

Jam 2 pagi, mereka menyedari terdapat dua lelaki berlegar di depan pintu kecemasan di tingkat 33A hotel itu sementara lima lelaki lagi di hadapan lif utama tingkat yang sama.

Pada jam 2:30 pagi, pintu bilik penginapan beliau telah diketuk dan terdapat lebih 20 anggota berada di luar bilik tersebut sebelum beliau dibawa keluar ke lobi hotel.

Sanusi telah dibawa menaiki sebuah MPV khas diiringi pegawai PDRM ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dan penahanan itu dilakukan di bawah Seksyen 4(1)(A) Akta Hasutan.

Sebutan dua kes terhadap beliau akan dilakukan di Mahkamah Sesyen Selayang jam 9:30 pagi nanti.

Laporan lanjut menyusul. – HARAKAHDAILY 18/7/2023

 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Sanusi ditahan jam 3 pagi.. Jom setuju perundangan pecat PM.

Lihat ini..

(i) Tiada notis tangkapan ketika ditahan.  Kerajaan takut! 


Menteri Besar Kedah Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Noor memberitahu beliau tidak diberi sebarang notis sebelum penangkapan ketika ditahan pada jam 3 pagi tadi. Katanya penangkapan itu dianggap lebih sebagai dakwaan politik semata-mata.

“Saya dibawa anggota polis jam 3 pagi tanpa sebarang notis. Saya tidak mengetahui apa dakwaan sehingga saya membaca laporan media online.

“Biasanya isu politik diselesaikan di medan politik seperti hujah balas kepada arguement ucapan kita.

“Tetapi di Malaysia sekarang kerajaan begitu takut, mereka gunakan pihak berkuasa untuk tahan atau sekat ucapan kita,” ujarnya kepada media selepas perbicaraan kesnya di Mahkamah Sesyen hari ini. (Foto atas)

Beliau dibebaskan dengan ikat jaminan sebanyak RM10,000 di atas dakwaan berkaitan ceramah di Selayang ketika membantu kempen PERIKATAN NASIONAL bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN).

Mahkamah menetapkan tarikh perbicaraan akan diadakan pada 4 Oktober hadapan. Sanusi juga berkata, beliau sudah bersedia untuk menghadapi kes seumpama itu. Beliau tetap hadir ke mahkamah seperti ditetapkan, namun mengapa masih perlu ditangkap di lokasi tempat beliau menginap.

“Tindakan sebegini membuktikan bahawa kerajaan ketakutan yang mana segala agensi agensi awam digunakan untuk menyekat perkembangan isu bagi menghadapi PRN tidak lama lagi,” katanya.

Oleh itu beliau berkata, dengan perkembangan yang berlaku itu diharap dapat membantu PN menguasai enam negeri pada PRN 12 Ogos ini.


(ii) Kerajaan guna polis sekat kemaraan rakyat 


Menurut MB Kedah, ahli-ahli politik yang telah bankrap idea menggunakan pihak keselamatan untuk menyekat kemaraan rakyat dalam menghadapi hujah balas terhadap agenda dibawa oleh mereka itu.

“Nampaknya di Malaysia ni tak boleh bercakap apa. Kalau di medan politik biasanya orang selesaikan masalah politik di medan politik memberikan hujah balas kepada argument atau ucapan ataupun hujahan. 

“Saya harap ini adalah satu petunjuk ataupun petanda bahawa mereka sebenarnya sedang ketakutan dan segala aparatus negara, agensi-agensi awam akan digunakan untuk menyekat perkembangan kebangkitan atas nama rakyat ni. 

“Saya harap PRN akan datang ni enam negeri itu akan dapat dimenangi oleh Perikatan Nasional. Insya-Allah. Terima kasih,” ujarnya selepas dibenarkan ikat jamin di Mahkamah Sesyen Selayang, di sini sebentar tadi.


(iii) Sokong wujud perundangan dakwa, pecat PM.
Speaker Dewan Negara, Tan Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah mencadangkan penggubalan undang-undang yang membolehkan Perdana Menteri didakwa dan dipecat atas salah laku.

Naib Presiden PAS, Datuk Ustaz Idris Ahmad menyifatkan cadangan tersebut sebagai satu pembaharuan atau reformasi yang perlu dikaji dan diambil perhatian oleh pihak-pihak berkenaan.

Menurut beliau, dengan adanya perundangan tersebut ia membawa maksud kepada kehendak supaya Perdana Menteri memiliki integriti kerana dia juga lambang kepada demokrasi dan mewakili eksekutif tertinggi negara.

“Ini juga seboleh mungkin memastikan tiada tindakan yang menjurus penyalahgunaan kuasa apabila menjadi Perdana Menteri. Jangan boleh buat apa saja dan menggunakan kekebalan yang wujud. 

“Jadi ini mendatangkan kemudaratan kepada negara dan dari segi kesucian demokrasi itu sendiri. Maka dengan sebab itu kita mengharapkan cadangkan itu boleh dikaji dan diambil kira satu pandangan yang baik,” sokongnya.

Ahli Parlimen Bagan Serai itu turut memuji bekas Menteri Undang-undang tersebut sebagai individu berintegriti tinggi serta komited mewujudkan reformasi demokrasi yang adil dalam negara.

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Teruk sangat kerajaan kita sekarang ini, tiada notis tangkapan ketika ditahan, dan guna polis sekat kemaraan rakyat.  Maka kita kena sokong  wujudnya perundangan dakwa dan pecat PM.

Maka gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails