Monday, July 17, 2023

Selepas Jepun, S'pura pula kenali PAS. & Lagi kreatif Perlis, 'Beruk Kentoi'

 

Selepas Masaaki Saito dari Jepun bertemu PAS dan melihat gelombang gugat pemerintah Malaysia baru-baru ini, kini Menteri Singapura pula minat kenali PAS dengan lebih dekat seperti gambar di atas.

Menteri Singapura minat kenali PAS lebih dekat.

PUTRAJAYA: Menteri Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Massagos Zulkifli bersama delegasi mengadakan kunjungan ramah mesra kepada pimpinan PAS yang diketuai oleh Timbalan Presiden, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man di sini petang tadi.

Menurut Tuan Ibrahim, pertemuan itu bertujuan untuk mengeratkan lagi hubungan persahabatan memandangkan hubungan mesra secara peribadi telah terjalin ketika kedua-duanya menjawat jawatan Menteri Alam Sekitar tempoh lalu.

Beliau menerangkan kepada Massagos Zulkifli yang juga bertanggungjawab memegang portfolio hal ehwal agama Singapura kerana turut berminat untuk mengenali lebih dekat parti PAS.

“Pertemuan ramah mesra ini untuk mengenali lebih dekat tentang PAS. Kita telah jelaskan PAS merupakan satu parti politik berdaftar dalam sistem demokrasi.

“Kita masuk dalam pilihan raya dan kita jelaskan beberapa elemen yang cuba ditakut-takutkan khusus masyarakat non-Muslim terhadap PAS dengan digambarkan ‘gelombang hijau’ selepas pilihan raya baru-baru ini,” katanya yang juga Ahli Parlimen Kubang Kerian.

Jelas beliau, keharmonian dan kebebasan agama oleh masyarakat bukan Islam di negeri-negeri yang ditadbir PAS iaitu Kelantan, Terengganu dan Kedah telah sekian lama diterapkan.

Sementara itu, Massagos yakin bahawa PAS mampu menjadi parti yang lebih terkehadapan dan besar pengaruhnya dalam konteks Malaysia.

Beliau turut menjemput pemimpin PAS untuk hadir ke Singapura bertemu dengan masyarakat dan parti-parti politik di sana untuk saling bertukar-tukar pandangan demi kebaikan bersama.

Hadir sama, Ketua Penerangan PAS, Ir. Ts Khairil Nizam Khiruddin, dan Ahli Parlimen Kuala Krau, Ustaz Kamal Ashaari yang mewakili PAS. Manakala delegasi Singapura ialah Duta Singapura ke Malaysia, Vanu Gopala Menon, Timbalan Setiausaha Kementerian Pembangunan Sosial dan Keluarga Singapura, Esa Masood dan Timbalan Ketua Eksekutif Majlis Ugama Islam Singapura, Khairul Anwar Mohamed. – HARAKAHDAILY 14/7/2023 

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Selepas Jepun, S'pura pula kenali PAS. & Lagi kreatif Perlis, 'Beruk Kentoi'

Lihat seterusnya..

(i) Kreatifnya Perlis. Setelah MB Perlis Mohd Shukri Ramli, baru 7 bulan tadbir, mampu tarik pelaburan bernilai RM2.5 bilion. Ini lagi.

Wan Badariah (kiri) berkata keputusan terhadap cadangan Beruk Kentoi dijadikan maskot Tahun Melawat Perlis 2023-2025 akan diputuskan dalam masa terdekat ini.

Beruk Kentoi atau nama saintifiknya  macaca arctoides yang hanya didapati di negeri Perlis dicadangkan untuk menjadi maskot Tahun Melawat Perlis (TMP) 2024-2025.

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan Perlis, Wan Badariah Wan Saad berkata, haiwan tersebut sudah sinonim dengan negeri itu.

“Saya sudah beri cadangan kepada Jawatankuasa Induk TMP supaya menjadikan Beruk Kentoi ini sebagai maskot Tahun Melawat Perlis 2024-2025..." 

Seorang penyelidik Beruk Kentoi yang juga pengasas Perlis Nature & Wildlife, Syamil Abd Rahman berkata, pemilihan haiwan itu sebagai maskot pelancongan Perlis dilihat bertepatan dengan kempen promosi Tahun Melawat Perlis.


Syamil telah menerbitkan kertas saintifik bancian populasi Beruk Kentoi di Wang Kelian pada tahun 2019 bersama-sama penyelidik Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM); dan dianggarkan terdapat 176 ekor spesies haiwan itu kini menghuni Taman Negeri Perlis, manakala anggaran 350 ekor selebihnya di sepanjang Banjaran Nakawan.

“Beruk Kentoi mempunyai ciri-ciri unik dan tersendiri dengan wajah berwarna merah, berbulu tebal serta banyak menghabiskan masa di atas tanah untuk sering dilihat berkeliaran mencari makanan di kawasan tumpuan pelancong seperti di Wang Kelian View Point,” kata beliau.. 

(ii) DAP guna 3R hasut rakyat 

Lim Guan Eng berpeluh apabila mula untuk berdalih setelah terlanjur menyentuh 3R secara melampau dengan memfitnah Gelombang Hijau yang merujuk secara tidak langsung kepada PAS bahawa akan meruntuhkan tokong dan kuil sekiranya menang PRN nanti.

Namun dalihan Lim Guan Eng sebaliknya secara tanpa dia sedar memang bertujuan menghasut dan memfitnah orang ramai terutamanya orang bukan-Islam apabila dia telah mengungkit isu meruntuh kuil di tepi jalan di Alor Setar sebaik sahaja Dato’ Seri Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Dalam isu pihak MBAS meruntuhkan kuil adalah tidak benar dan tidak tepat sebaliknya binaan yang dikatakan kuil itu hanyalah suatu binaan kecil yang dibina secara tanpa kebenaran oleh bekas pekerja KTM di atas tanah yang bukan milik pengurus kuil dan ia terletak betul-betul rapat dengan jalan stesen sehingga menimbulkan gangguan kepada lalu lintas di situ. Ini menyalahi peraturan Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan dan Parit.

Namun dalihan Lim Guan Eng sebaliknya secara tanpa dia sedar memang bertujuan menghasut dan memfitnah orang ramai terutamanya orang bukan-Islam apabila dia telah mengungkit isu meruntuh kuil di tepi jalan di Alor Setar sebaik sahaja Dato’ Seri Sanusi dilantik sebagai Menteri Besar Kedah.

Dalam isu pihak MBAS meruntuhkan kuil adalah tidak benar dan tidak tepat sebaliknya binaan yang dikatakan kuil itu hanyalah suatu binaan kecil yang dibina secara tanpa kebenaran oleh bekas pekerja KTM di atas tanah yang bukan milik pengurus kuil dan ia terletak betul-betul rapat dengan jalan stesen sehingga menimbulkan gangguan kepada lalu lintas di situ. Ini menyalahi peraturan Seksyen 46(1)(a) Akta Jalan dan Parit.

Kedah lulus tapak kuil

Kesimpulan: 

Jom tinggalkan PMX Malaysia.
Kepada rakyat Malaysia, sebenarnya kebangkitan Islam di negara ini berada di hujung jari anda. Umat Islam wajib mempertahankan agamaNya dengan menentang kezaliman pemerintah puak anti Islam, yang ada di negara kita. 

Selepas negara Jepun, Singapura pula ingin kenali PAS. Bahkan lebih kreatif lagi, bila Perlis, memperkenalkan  'Beruk Kentoi' nya.

Oleh itu, gunakan jari-jari anda untuk menukar kerajaan sekarang kepada kerajaan Islam, melalui peti undi.. Insya Allah!

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails