Wednesday, February 01, 2023

X sopan, miliki video lucah. Gangguan seksual saman k'jaan.

 


1. Lelaki berkelakuan tidak sopan, miliki video lucah ditahan

KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana berkelakuan tidak sopan dan disyaki memiliki video lucah, di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang, semalam.

Ketua Polis Daerah Ampang, Asisten Komisioner Mohamad Farouk Eshak, berkata lelaki berusia 29 tahun itu ditahan ketika membuat laporan palsu di IPD Ampang dengan mendakwa dompetnya diragut seorang lelaki menaiki motosikal di parkir kereta Jalan Pandan Indah di sini pada 4 petang semalam.

Beliau berkata semasa proses merakam keterangan, lelaki berkenaan yang juga seorang pekerja bank, meninggikan suara dan membaling kerusi ke arah pejabat pegawai penyiasat kerana mendakwa telah menunggu lebih sejam untuk membuat laporan.

"Susulan kejadian, lelaki itu ditahan dan telefon bimbitnya dirampas. Pemeriksaan mendapati ada beberapa video lucah yang disimpan lelaki itu. Hasil saringan ujian air kencing mendapati lelaki itu negatif dadah dan tiada rekod jenayah lampau," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata siasatan mendapati lelaki itu membuat laporan palsu kerana hendak memohon bagi kad pengenalan baharu.

Mohamad Farouk berkata, lelaki itu ditahan reman tiga hari sehingga 1 Februari ini dan disiasat mengikut Seksyen 292 Kanun Keseksaan iaitu memiliki bahan lucah serta Seksyen 182 Kanun Keseksaan iaitu membuat laporan palsu. BERNAMA


2. Mangsa gangguan seksual saman kerajaan 

Bekas tentera Jepun, Rina Gonoi mendedahkan kepada umum tahun lalu mengenai serangan yang dialami. - Foto AFP

TOKYO: Seorang bekas tentera Jepun yang sebelum ini menjadi mangsa serangan seksual oleh rakan sekerjanya hari ini menyaman kerajaan dan pelaku disebabkan penganiayaan dan permohonan maaf yang 'dangkal' diterimanya.

Tahun lalu, mangsa iaitu Rina Gonoi mendedahkan kepada umum mengenai serangan seksual berkenaan namun siasatan terhadap kes itu digugurkan dengan alasan tidak mempunyai bukti yang mencukupi.

Pihak tentera mengakui serangan dan gangguan yang diterima Ganoi itu berlaku pada tahun 2021, namun pengakuan itu dibuat selepas mendapat tekanan daripada Ganoi termasuk petisyen yang ditandatangani oleh 100,000 orang bagi menuntut siasatan itu dijalankan.

Pada Disember lalu, seramai lima tentera Jepun diberhentikan kerana kes berkenaan, namun semalam Ganoi berkata permohonan maaf yang diterimanya itu adalah 'dangkal' kerana peguam dan suspek memandang remeh dengan insiden itu ketika sesi perbincangan bagi mencari  jalan penyelesaian diadakan.

"Saya tidak mahu bergaduh, tetapi saya tidak menerima mesej yang menyakinkan bahawa mereka benar-benar menyesal dengan apa yang sudah dilakukan.

"Disebabkan terdapat perbezaan pendapat antara saya dan pihak sana, jadi saya beranggapan untuk mendedahkan (kepada umum melalui tuntutan mahkamah), bagi mengelakkan kejadian sama berulang," katanya kepada pemberita.

Ganoi menuntut keseluruhan sebanyak 7.5 juta yen (RM 245,600), iaitu 5.5 juta yen (RM 180,107) kepada pelakunya kerana gangguan mental yang dialami manakala baki sebanyak dua juta yen (RM65,449) dituntut daripada kerajaan kerana gagal menghalang serangan dan menyiasat kes berkenaan dengan betul.

Peguamnya berkata, kesnya itu akan disiasat semula oleh pendakwa raya dan berkemungkinan atas pertuduhan jenayah selepas Ganoi membuat aduan mengenai kegagalan mendakwa lelaki berkenaan.

Siasatan pihak tentera mendapati Ganoi secara rutin menghadapi serangan dan gangguan seksual ketika menjalani sesi latihan di unitnya.

Data kerajaan menunjukkan, hanya empat peratus daripada mangsa rogol melaporkan jenayah itu kepada pihak polis. - AFP

Komen Weblog Ibnu Hasyim: X sopan, miliki video lucah. Gangguan seksual saman k'jaan.

Orang Jepun boleh ikut peraturan di negaranya. Bolehkah di negara umat Islam orang Islam, dihukum menurut peraturan Islam yang sebenar, seperti di Malaysia?

6 comments:

Anonymous said...

Bro an mengalami kecelaruan mental yang ketara.
Menentang rasuah, tapi mengambil perasuah sebagai pembantu.
Mengutuk kronism nepotism tapi melantik anak sebagai penasihat ekonomi.

Anonymous said...

Bila dah luar tabii, sampai bila bila luar tabii.

Malaysia madani, tapi masih bawa konsep jahiliah.

Anonymous said...

Iiyer ker makan gaji buta. Pandai buat dusta.
Tak percaya Tuan Guru makan gaji buta.

Tapi nepotism bro an sudah nyata.
Tak da gaji tapi rumah harga power.
Dapat duit dari mana.

Anonymous said...

PRN bulan Mei 2023 ini masa terbaik melingkupkan saki baki barua LeeKwanYew@DAP dari tampuk kuasa

Kita dah tak perlukan taikun kaum mata sepet ini.. Monopoli dan menentukan harga barangan asasi memgikut tuan mereka 'little Israel' di Singapura di sana.

Selagi negara bergantung pada kartel mafia kaum Lee Kwan Yew ini harga barang tak akan turun. Ujudkan kartel Kaum Melayu vs Kaum Kartel Cina pasti lingkup kartel Lee Kwan Yew@DAP.

PRN bulan Mei ini lah masa terbaik untuk orang Melayu hapuskan kesemua saki baki barua pemimpin Melayu yang bertuankan DAP@LeeKwanYew dari tampuk kuasa.

#LingkupkanbaruaLeeKwanYewPRNini

Anonymous said...

Dulu dulu atok ngan boboi. Hari ni abam ngan nurul ijah.

Abam ngan nurul ijah hari ni adalah permulaan. Tanda tanda awal sudah kelihatan. Lambat laun ada persamaan ngan pasangan atok boboi.

Rakyat tanggung derita sejak itu.
Harta dipunggah untuk peribadi.

Simpton awal ni mesti disekat. Sebelum jadi barah.

Simpton awal.
Lantik penyamun. Kronism.
Lantik anak. Nepotism.
Mesra komunis dapig. Senyap bila pakar perumahan dibawa dari Temasek.
Penasihat persepsi. Raja formula.

Anonymous said...

Yang bodo tu mb.
Bukan penyokong pas.
Macam kuli kata pas pelacur.
Hari ni terbukti umno pelacur.
Dilacurkan oleh pimpinan.
Patutlah kuli kecundang.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails