Sunday, January 29, 2023

Jawab PM10! 4 perkara ini, HDB S'pura, ‘bunuh’ B'putera, PH-BN sekat, bosan..

 


1. Idea HDB lemahkan kuasa politik Melayu

AYER KEROH: Tindakan Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) mengambil konsep dan idea daripada pakar Lembaga Perumahan dan Pembangunan (HDB) Singapura dibimbangi sebagai satu usaha melemahkan kuasa politik orang Melayu.

Menurut Pengerusi PERIKATAN NASIONAL (PN) Melaka, Dr Mohd Yadzil Yaakub, ini adalah berdasarkan apa yang telah dilaksanakan di negara jiran dan kesannya terhadap orang Melayu di negara itu.

“Di Singapura, banyak dasar seperti kuota perumahan, Group Representation Constituency (Kumpulan Perwakilan Pengundi) dan skim penempatan semula bandar yang terbukti berjaya melemahkan kuasa politik orang Melayu.

“Inilah konsep dan idea HDB. Hari ini, konsep ini cuba diperluas ke seluruh Malaysia oleh Menteri KPKT. Di Pulau Pinang, DAP sudah berjaya. Kini sasarannya Persekutuan.

“DAP mahu jadikan KPKT sebagai batu loncatan untuk mencapai agenda mereka. Jika agenda licik ini berjaya, ia malapetaka kepada orang Melayu,” ujarnya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bemban menambah bahawa sejarah tidak pernah menipu dan sepatutnya menjadi panduan serta iktibar.

“Mereka yang tak belajar dari sejarah akan mengulangi kesilapan sama berulang kali. Pada 1989, Singapura melaksanakan kuota kediaman etnik. Kuota ini mensyaratkan orang Melayu tidak dibenarkan melebihi 20 peratus dalam sesebuah kawasan pilihan raya.

“Kuota etnik ini juga mengehadkan hanya 22 peratus orang Melayu dibenarkan dalam setiap blok perumahan awam,” katanya dalam satu hantaran di laman Facebook beliau.

Jika agenda licik ini berjaya, katanya ia adalah malapetaka kepada orang Melayu dan persoalannya orang Melayu hendak berharapkan kepada siapa untuk bangkit menentang agenda halus DAP.

“Sehingga kini langsung tiada pemimpin Umno bersuara. Yang lantang bersuara dan berani mendedahkan agenda licik DAP ini cuma pemimpin PN,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/1/23

2. Konsep konsesi projek MARRIS ‘bunuh’ kontraktor kecil Bumiputera 

AYER KEROH: Perancangan kerajaan negeri Melaka untuk memberikan projek di bawah peruntukan Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS) kepada syarikat-syarikat konsesi yang dilantik boleh menyebabkan lebih 1,000 kontraktor kecil Bumiputera di negeri ini bakal gulung tikar.

Wakil kontraktor Melaka, Abdul Aziz Abu Shah berkata di bawah konsep tersebut, syarikat-syarikat konsesi yang dilantik kerajaan akan mengambil untung daripada projek (MARRIS)  yang bakal diberikan kepada kontraktor – menyebabkan keuntungan yang diperoleh semakin mengecil atau berkemungkinan boleh mendatangkan kerugian.

Menurutnya, perkara sebegitu tidak akan berlaku sekiranya projek-projek  MARRIS diuruskan secara langsung melalui jabatan-jabatan kerajaan seperti amalan biasa sebelum ini.  

“Biasanya projek-projek kerajaan disalurkan terlebih dahulu ke pihak berkuasa tempatan (PBT), Pejabat Daerah, Jabatan Kerja Raya (JKR) atau jabatan-jabatan lain seperti Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB sebelum diberikan kepada kontraktor-kontraktor terpilih.  

“Namun, kini (mengikut perancangan baharukonsep konsesi kerajaan Melaka), projek-projek  MARRIS ini akan diberikan kepada syarikat-syarikat konsesi (sebelum diberikan kepada kontraktor yang dipilih syarikat konsesi terbabit). 

“Namun, syarikat-syarikat konsesi ini ada kepentingan sendiri. Syarikat konsesi terbabit akan melantik kontraktor kelas F atau G1 dan G2, tetapi ia (syarikat konsesi berkenaan) akan ‘potong’ terlebih dulu keuntungan yang diperoleh,” katanya. 

Tambahnya, selain bayaran yang lebih rendah diterima kontraktor kerana keuntungan yang perlu dikongsi dengan syarikat konsesi terbabit, tempoh pembayaran yang diterima dari konsesi  berkenaan juga lewat yang memakan masa antara tiga sehingga 12 bulan. 

Abdul Aziz berkata demikian pada sidang media selepas menyerahkan memorandum bantahan berkaitan perkara itu kepada wakil Pejabat Ketua Menteri, di Seri Negeri, di sini, pada Rabu.

“Fikirkanlah nasib kami dan pekerja, sudahlah Ramadan sudah dekat dan kemudian hari raya pula. Harap Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md. Ali mempertimbangkan perkara itu dengan sehalus-halusnya,” rayu beliau. 

Terdahulu, lebih 50 kontraktor kecil Bumiputera di Melaka mengadakan perhimpunan aman membantah langkah kerajaan negeri di lokasi yang sama sebelum penyerahan memorandum. – HARAKAHDAILY 27/1/2023


3.Peruntukan MP: Era PN agih, era PH-BN sekat 

KOTA BHARU: Kini selepas dua bulan Pakatan Harapan dan Barisan Nasional (PH-BN) menerajui negara peruntukan kepada wakil rakyat pembangkang masih belum disalurkan.

Ahli Parlimen (MP) Kubang Kerian, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, tindakan itu dilihat bertentangan dengan manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) yang mahu memberi peruntukan pembangunan secara saksama.

Katanya, dana terbabit untuk menjaga kebajikan serta kesejahteraan penduduk dan melaksanakan projek pembangunan dan kemudahan pada skala kecil.

“Sehingga sekarang janji itu masih belum ditunaikan. Peruntukan itu bukan untuk wakil rakyat sahaja, tetapi untuk melaksanakan program pembangunan kecil di kawasan masing-masing.

“Sedangkan pada zaman Perikatan Nasional (PN) dahulu, kita bagi semua wakil rakyat tanpa mengira parti politik, jadi kita mendesak supaya peruntukan itu disalurkan sebagaimana yang dijanjikan dalam Manifesto PH,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas menyerahkan sumbangan kepada peserta gotong royong bagi membersihkan Tanah Perkuburan Islam Mukim Lubok Pukol di Dewan Undangan Negeri (Dun) Demit di sini, hari ini.

Tuan Ibrahim yang juga Timbalan Presiden PAS berharap supaya perubahan berlaku seiring Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim melancarkan slogan Malaysia Madani bagi memacu pembangunan negara.

Menurut beliau, antara ciri utama dalam Malaysia Madani ialah melaksanakan keadilan dengan sebaik mungkin kepada semua rakyat tanpa mengira latar belakang keagamaan, warna kulit serta fahaman politik.

“Dengar khabarnya PN tidak akan diberikan peruntukan, tetapi kita harap akan ada perubahan selepas dilancar Malaysia Madani yang adil sebagai ciri utama madani,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 27/1/23

4. Rakyat bosan dengan jawapan menteri-menteri kerajaan PH 

Senator Dr Wan Martina Wan Yusoff

KUALA LUMPUR: Rakyat Malaysia sudah bosan dengan jawapan yang diberikan menteri-menteri dalam kabinet kerajaan berkaitan cara mengatasi masalah kenaikan harga barangan keperluan sejak mutakhir ini.

Begitu hujah Senator Dr. Wan Martina Wan Yusoff dalam mempersoalkan tentang tindakan menteri-menteri berkaitan dalam menggerakkan agensi-agensi kerajaan untuk memantau dan memastikan harga barangan tidak berterusan naik begitu sahaja.

“Sehingga kini, rakyat sudah bosan dengan jawapan menteri-menteri yang berkenaan. Apa yang rakyat mahukan adalah harga barangan akan turun atau sekurang-kurangnya tidak berterusan naik,” tegasnya kepada HarakahDaily.

Tambah beliau, kenaikan harga barangan keperluan harian termasuk makanan mentah sejak akhir-akhir ini sepatutnya mampu dikawal oleh kerajaan perpaduan yang didakwa mempunyai kedudukan kukuh untuk berbuat demikian.

“Rakyat di Malaysia masih menunggu apakah formula terbaik yang akan diguna pakai oleh kerajaan perpaduan bagi mengurangkan kos sara hidup mereka,” ujarnya.

Bulan Ramadan kian hampir

Lebih parah, kenaikan harga barangan terutama barangan keperluan harian untuk rutin kehidupan seharian  itu bukan sahaja memberi kesan kepada rakyat dalam kumpulan B40, bahkan menyebabkan golongan M40 turut sama terbabit.

Menurut beliau, sehingga kini, krisis bekalan telur ayam dan minyak masak berpaket masih lagi membelenggu pengguna apabila ia masih sukar didapati di pasaran di seluruh negara.

Situasi itu, ujarnya, telah menyebabkan pengguna terbeban, ditambah pula dengan sikap segelintir peruncit yang bertindak mengehadkan jualan selain mengenakan harga jualan yang mahal.

Sehubungan itu, Wan Martina turut memberitahu bahawa tidak sampai dua bulan sahaja lagi umat Islam yang berada di Malaysia akan menyambut ketibaan Ramadan. 

“Bagaimanakah usahawan-usahawan di bazar mahu berniaga (pada bulan Ramadan)  jika kos barangan asas tinggi; dan sudah semestinya harga jualan juga akan dinaikkan?. 

“Menjelang ketibaan Hari Raya Aidil Fitri pula, bukan sahaja rakyat bimbang barangan keperluan yang semakin meningkat tetapi juga mereka bimbang bekalan makanan asas seperti telur yang sukar untuk didapati di pasaran,” tegas beliau lagi. 

Mekanisme subsidi bersasar tinggal janji

Beliau berkata, harga barangan sebenarnya boleh dikawal dan kerajaan berada di kedudukan yang kukuh untuk melaksanakan sesuatu. 

“Tahun 2023 merupakan tahun yang mencabar bagi rakyat di Malaysia yang  mana rakyat baru sahaja  mula bertatih bangkit dari cabaran pandemik Covid-19, perubahan cuaca ekstrem, nilai ringgit yang rendah dan ekonomi dunia yang lembab,” katanya.

Menurut beliau, rakyat justeru kini menanti-nanti di manakah gerangannya mekanisme subsidi bersasar dilaksanakan seperti yang dijanjikan menerusi ‘segunung harapan’ sebelum ini oleh kerajaan perpaduan Pakatan Harapan (PH) untuk mengurangkan kos sara hidup mereka.

“Dengan demikian, kerajaan perlu pantas mencari formula yang tuntas untuk membantu rakyat,” katanya. – HARAKAHDAILY 26/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Jawab PM10! 4 perkara ini, HDB S'pura, ‘bunuh’ B'putera, PH-BN sekat, bosan..

7 comments:

Anonymous said...

Eloklah lebih berhati2 dengan mereka2 yang punyai DNA komunis ni. Mereka sungguh licik dan penuh dengan tipu helah! Mereka kini berselindung dibawah nama demokrasi? Hati2!

Anonymous said...

betul tu. kawasan terpaling maju ialah marang. banyak mall dan kat kawasan tu. air paling bersih dan segar boleh melawat di jirannya. memang padu termaju. tu yang ramai tak mahu kerja negeri lain. agaknya sebab tu ahli parlimen dia jarang ke parlimen sebab dia pantau dari jauh je suruh aun je hujah.. bestnya nak tengok dia bahas sambil selitkan teori buat tempe masa ceramah. nak tengok haiwan apa pulok nak dijadikan ucapan. itu pun kalau tak ponteng la..

Anonymous said...

Barua LeeKwanYew@DAP ikut ultra super kroni nepotisme Singaura..

Kroni dan neotisme tak dapat dipisahkan. Nurul Izzah Anwar mendedahkan beliau dilantik sebagai penasihat kanan ekonomi dan kewangan kepada Perdana Menteri Anwar Ibrahim.

Dalam satu wawancara dengan The Star, bekas Ahli Parlimen Permatang Pauh itu berkata, perlantikan beliau ke jawatan itu berkuatkuasa pada 3 Jan lalu.

Anak kepada perdana menteri itu berharap pengalamannya sebagai Ahli Parlimen di mana beliau menangani isu seperti kemiskinan dan pendidikan vokasional dan teknikal (TVET), dan juga pernah berada dalam Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara membantunya menjalankan tugas itu dengan baik.

Ngata orang bontot londeh jubo sendiri tak terjaga...

Anonymous said...

Takut betul paludan kat Islam. Sanggup bakar Quran. Silap haribulan dia, guna cara ganas. Orang tak simpati. Getik ada.

Islam tak ganas. Tapi pada masa yang sama peratus yang memeluk Islam di dunia tertinggi. Banding dengan peratus yang memeluk agama selain dari Islam.

Bahkan di eropah ada negara yang bilangan penduduk Islam sama ramai dengan penduduk bukan Islam. Tiada pun perkauman.

Di Palestin, walau pun ditindas, tiada yang jadi penganut zionist. Tapi ada zionist yang memeluk Islam.

Zaman Nabi saw, 300 muslim berdepan 1000 kuffar. Mana mungkin 300 buli 1000.

1000 yang buli 300. Tapi Islam tetap menang.

Jom tinggalkan perjuangan sia sia liberal.

Anonymous said...

Aku lebih setuju kalau daerah Marang atau nama sebetulnya sebelum merdeka Mudik Marang (Negeri Kecil Marang) itu engkorang nyah saja dari Terengganu dan Malaysia.
Aku rasa sekiranya samada Marang mahupun Terengganu sekiranya dibuat referendum untuk warga pribumi Marang atau Terengganu untuk memilih samada untuk kekal bersama atau berpisah dengan Malaysia maka gerenti mereka akan memilih untuk tidak bersama Malaysia.
Untuk pengetahuan engko 65% pengeluaran petrolium Msia adalah dari Terengganu dan dari jumlah itu 70% adalah berada di perairan Mudik Marang.

Menurut Kanun Tanah Negara segala hasilbumi mana² wilayah adalah milik wilayah terbabit jadi akta petrolium pada dasanya telah melanggar asas persetujuan penubuhan persekutuan negeri² Tanah Melayu dan penubuhan Malaysia.

Dan lagi, hendaklah diketahui bahawa apa yg dinamakan kerajaan persekutuan malaysia itu pda dasarnya adalah cuma jawatan kuasa birokrat yang tidak bernegeri jugak bernegara tampa negeri² yg menyertai gabungan.

Oh ya... Bangga sangat ler dgn KL tu maju yer...
Nak tanya sikit nih dari mana hasilnya?
Lagi pula bangunan yg besar² tu milik siapa yer?

Anonymous said...

Zaman dulu orang tua2 cakap bila tengok getah raw yg diimport Britain nampak terpampang tertera "Product of Singapore" begitu juga dengan timah dan sebagainya,
Sistem kewangan negara2 diasia tenggara yg samada "bersandarkan British £ dan US$" semuanya dikawalselia di Singapura yg merupakan hub entiti post direct colonialism, jadi tak heranlah mengapa singapura menjadi kayaraya sepertimana negara mafia bankers mcm swisziland, the city of london, rom, lover manhattan, washinton DC, Tel Aviv, etc.

Money is king kata TunAtuk, dan Jews run the world by proxy tambah beliau lagi.

Nah fikir2 lah ya.

Anonymous said...

Dalam almari lama atuk aku ada aku tertengok satu buku kecil nipis berjudul "Jenayah Kemerdekaan" ditulis oleh encik Mohammad Sayuti Omar,
Aku tak baca tapi aku ada rasa yg penulisnya adalah orang yg sama yg sekarang ini dikenali dgn nama pena MSO,
Penjilat siapa sekarang ni agaknya situa MSO tu ya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails