Sunday, January 29, 2023

Bakar Quran, NATO.. & PAS (MK) rasmi Pusat Islam Lebanon.

 

Penunjuk perasaan berdemonstrasi di hadapan Konsulat Jeneral Sweden di Istanbul, Turkiye selepas Rasmus Paludan, pemimpin parti politik haluan kanan Sweden-Denmar membakar al-Quran berhampiran Kedutaan Turkiye di Stockholm. - Foto AFP

1. Demo anti-Turkiye di Sweden perhebat ketegangan bidaan NATO

ISTANBUL: Turkiye semalam membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Sweden berikutan demonstrasi pelampau anti-Islam di Stockholm.

Demonstrasi itu mencetuskan krisis baharu berhubung tindakan Ankara menyekat usaha Sweden untuk menyertai pakatan tentera Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Pegawai Turkiye mengecam kelulusan diberikan kepada Rasmus Paludan, ahli politik berhaluan kanan Sweden-Denmark, untuk mengadakan protes di hadapan kedutaannya, di ibu negara Sweden.

Tahun lalu, pengumuman Paludan mengenai tindakan membakar al-Quran ketika Ramadan mencetuskan rusuhan di seluruh Sweden.

Sehari selepas memanggil duta Sweden berhubung demonstrasi terbaru Paludan, Ankara berkata ia membatalkan lawatan Menteri Pertahanan Pal Jonson pada 27 Januari.

Pertemuan terbabit "sudah hilang kepentingan dan maknanya, jadi kami membatalkannya," kata Menteri Pertahanan Turkiye, Hulusi Akar.

Jonson berkata keputusan untuk penangguhan dibuat bersama Akar, Jumaat lalu di pangkalan tentera Amerika Syarikat (AS) di Ramstein, Jerman, yang mana sekutu Ukraine bermesyuarat untuk membincangkan bekalan senjata selanjutnya untuk Kyiv.

"Hubungan kami dengan Turkiye sangat penting kepada Sweden dan kami berharap dapat meneruskan dialog mengenai isu keselamatan dan pertahanan bersama pada masa akan datang," menurut Jonson dalam ciapannya di Twitter.

Semalam, bantahan oleh Paludan diteruskan di bawah perlindungan ketat polis dengan kehadiran kira-kira 100 orang, termasuk sejumlah besar wartawan yang berkumpul berhampiran kedutaan Turkiye di Stockholm.

Selepas mengecam hampir sejam yang mana dia menyerang Islam dan Imigresen di Sweden, Paludan membakar al-Quran dengan pemetik api.

"Jika anda tidak fikir perlu ada kebebasan bersuara, anda perlu tinggal di tempat lain," katanya kepada orang ramai.

Menteri Luar, Mevlut Cavusoglu, meluahkan kemarahannya atas kegagalan pihak berkuasa Sweden mengharamkan protes itu.

"Ini adalah tindakan perkauman, bukan mengenai kebebasan bersuara," katanya.

Demonstrasi kecil pro-Turkiye juga berlaku, di seberang kedutaan, manakala perhimpunan pro-Kurdish yang dianjurkan oleh Jawatankuasa Rojava Sweden dan lain-lain turut diadakan di Stockholm dengan dihadiri ratusan orang. - AFP


2. Rancang bakar al-Quran: Turkiye panggil duta Sweden 

Duta Sweden ke Ankara, Staffan Herrstrom. - Foto AGENSI

ANKARA: Turkiye semalam memanggil duta Sweden ke Ankara susulan rancangan untuk membakar al-Quran berhampiran Kedutaan Turki di Stockholm.

Menurut sumber diplomatik Turki, duta itu Staffan Herrstrom sudah dimaklumkan mengenai pendirian Turkiye yang mengutuk sekeras-kerasnya tindakan provokatif itu yang jelas satu perbuatan jenayah kebencian dan tindakan itu juga tidak boleh diterima.

Ankara berharap rancangan berkenaan tidak diteruskan.

Membenarkan aktiviti propaganda yang sedang dirancang oleh pihak bersekutu PKK di Stockholm jelas melanggar perjanjian tiga pihak, lapor Agensi Anadolu memetik sumber.

Ketua parti sayap kanan Denmark Stram Kurs, Rasmus Paludan dikatakan sudah menerima kebenaran untuk membakar al-Quran di luar Kedutaan Turki di Stockholm, menurut polis Stockholm.

Minggu lalu, Turkiye meminta Sweden mengenakan tindakan terhadap kumpulan pengganas selepas tunjuk perasaan di Stockholm yang menyaksikan penunjuk perasaan memuat naik rakaman provokasi serta ancaman sebagai bantahan terhadap Turkiye dan Presiden Turki, Recep Tayyip Erdogan.

Sweden dan Finland secara rasmi memohon untuk menyertai NATO Mei lalu.

Bagaimanapun, Turkiye yang juga ahli NATO selama lebih 70 tahun menyuarakan bantahan dan mendakwa kedua-dua negara menyokong kumpulan pengganas, termasuk PKK dan Pertubuhan Fetullah (FETO).

Pada Jun lalu, Turkiye dan kedua-dua negara Nordic itu menandatangani memorandum pada sidang kemuncak NATO untuk menangani kebimbangan keselamatan Ankara, merintis jalan bagi menjadi ahli dalam perikatan itu. - BERNAMA


3. Muhammad Khalil rasmi Pusat Islam Arsal di Lebanon 

KUALA LUMPUR: Perasmian Pusat Islam Arsal di Lebanon, hari ini telah disempurnakan oleh Pengerusi Lajnah Hal Ehwal Antarabangsa dan Hubungan Luar PAS Pusat, Ustaz Dr. Muhammad Khalil Abdul Hadi.

Advertisement

Beliau juga adalah Penasihat Aid4Lebanon.

Turut bersama pada majlis itu ialah Pengarah PASRelief, Ustaz Mohd Yusni Mat Piah dan Timbalan Pengarah 2 PASRelief yang juga Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Ustazah Nuridah Mohd Salleh.

Kemanusiaan PASRelief menerusi laman Facebooknya memaklumkan, hadir adalah wakil Kementerian Hal Ehwal Kemasyarakatan Lebanon, Wakil Kedutaan Malaysia di Lebanon dan Mufti Wilayah Biqaah, Lebanon.

Pusat Islam Arsal mempunyai tiga tingkat di mana aras pertama sebagai masjid, aras kedua ialah pusat pengajian Al-Quran yang ditaja oleh NGO Turki manakala aras ketiga yang dibiayai oleh dana Aid4Lebanon dan PASRelief dijadikan sebagai pusat jahitan, makmal komputer, pejabat pengurusan mangsa perang dan pelbagai manfaat lagi.

Pembinaan penjanaan tenaga solar di Pusat Islam Arsal juga dibiayai oleh dana yang sama.

Tenaga solar tersebut mampu memanfaatkan tenaga suria dari zarah cahaya untuk menghasilkan tenaga yang kemudiannya diubah menjadi elektrik untuk dibekalkan ke seluruh bangunan Pusat Islam Arsal.

Dengan adanya tingkat ketiga Pusat Islam Arsal itu akan dimanfaatkan sepenuhnya buat rakyat Lebanon yang tidak berkemampuan dan juga pelarian Syria dan Palestin di situ.

Sehubungan itu, PASRelief menyeru orang ramai menghulurkan sumbangan untuk membantu golongan memerlukan.

Sumbangan boleh disalurkan menerusi Maybank PASRelief 5640 7061 2333 (MAYBANK ISLAMIC) atau melalui: https://infaqpay.my/plus/dana-pusat-islam-arsal-pasrelief – HARAKAHDAILY 18/1/2023

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Bakar Quran, NATO.. & PAS (MK) rasmi Pusat Islam Lebanon.

Perjuangan Islam akan tetap berterusan di dunia hingga hari Kiamat. Dan Allah SWT menjanjikan pasti menang, insya Allah!

4 comments:

Anonymous said...

Nampaknya gelombang hijau bukan saja berkembang maju ditanah air malah turut sama berkembang diseluruh dunia! Syabas diucapkan.

Anonymous said...

Bila nak tangkap Zety , Jho Low dan keluargs penyamun Taufik Ayman

Zety mengelak dari menghadiri sebutan kes 1MDB dengan alasan muntah, demam dan vertigo, sebaliknya boleh tampil dalam satu majlis lain.

Di hitung keseluruhan ‘cuti sakit’ yang diperolehi Zeti sehingga kini berjumlah 23 hari termasuk hari Sabtu dan Ahad.

Persoalannya, sampai bila Zeti akan menikmati ‘cuti sakit’?

Kes Mohd Nazlan Ghazali, Zeti Aziz dan Tawfiq Ayman masih ‘terperuk’ di Pejabat Peguam Negara sehingga hari ini.

Hanya sekor Cina Jho Low saja dimana semua PM yang ada lansung tak tangkap Jho Low yang sedang tepok tangan ketawa terbahak barsama kaum DAP@ Lee Kwan Yew lihat betapa bodoh bangang kesemua PM ini tak ada telo utk memangkap nya..!! Zety dng kes AMLA 700 juta betul betul depan lubang hidung pun tak mampu ditangkap mereka..!!

Apa tindakan pemimpin UMNO semua buat diam dan buat bodoh semuanya selepas PRU 15 tadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Penyokong 'Bossku' hanya tunggu dan lihat tindakan pemimpin UMNO setelah mereka menadah punggung masing masing pada Brother Anwar Bin Ibrahim.

Apa jasa Taufik Ayman dan Jho Low pada Malaysia..?

Anonymous said...

Politik sampul untuk perwakilan.
Untuk ini jer, rakyat dah paham tabiat siapa.
Sama juga politik kain pelikat, kain batik dan anak ayam.
Yang pimpinan pulun billiun billiun.
Rakyat dapat sikit.
Lepas tu lelong air liur.
Kami perjuang hak melayu.

Anonymous said...

Jangan layan politik fitnah. Dulu 90 billiun. Sekarang beli undi. Poorah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails