Monday, July 04, 2022

Ini, gejala X bermoral, lelaki peluk wanita ketika bergambar.

 

Tangkap layar adegan berpelukan antara dua lelaki dan seorang wanita yang tular di laman sosial.

Pelanggan lelaki peluk pelayan wanita dikecam

PETALING JAYA – Adegan dua lelaki memeluk seorang pelayan wanita ketika bergambar mengundang pelbagai reaksi di laman sosial.

Menerusi perkongsian satu klip video di laman Twitter Anep memaparkan dua pelanggan lelaki tanpa segan silu telah memeluk bahagian pinggang dan bahu wanita berkenaan sewaktu sedang bergambar.

Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah kedai makan milik wanita tersebut dipercayai terletak di Setiu, Terengganu.

Susulan daripada itu, rata-rata orang ramai terkejut dengan tindakan tersebut yang dianggap memalukan dan tidak bermoral.

“Harap pihak berkenaan dapat memantau dan mengambil tindakan tegas kepada mereka yang terlibat dengan gejala yang tidak bermoral ini,” kata seorang pengguna.

“Pihak berkuasa kena ambil tindakan segera. Rosak nama negeri Terengganu,” seloroh Shuhada.

“Aku ini baik tidaklah tetapi mengucap panjang juga tengok video ni. Perempuan itu terkenal di TikTok tetapi engkau tengoklah lelaki yang datang tu buat apa dekat dia,” komen seorang lagi pengguna. – KOSMO! ONLINE

Video

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ini, gejala tak bermoral, lelaki peluk wanita, walaupun ketika bergambar. Tak boleh buat mudah, perlu patuh syariah dalam kehidupan harian.


Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 1.

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails