Wednesday, July 06, 2022

Ini bukan zaman PH, buru ke lubang cacing. & musang king.

 

Dato' Sri Tuan Ibrahim Tuan Man, di tepi takungan sisa kimia di Kampung Semarang

1. Buru suspek buang sisa kimia hingga ke lubang cacing

SEPANG: Menteri Alam Sekitar dan Air mengarahkan Jabatan Alam Sekitar (JAS) dengan kerjasama polis menyiasat dan mencari suspek yang bertanggung jawab membuang sisa kimia secara haram di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang dekat sini.

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerajaan tidak mahu peristiwa hitam yang berlaku di Sungai Kim Kim, Johor, berulang lagi dan beliau yang menyatakan ketegasannya berhubung perkara ini mahu suspek terbabit diburu hingga ke lubang cacing.

Menurutnya, penemuan sisa kimia di tapak pelupusan sampah seluas kira-kira 1.3 hektar dan hanya kira-kira 700 meter dari jajaran Sungai Langat adalah suatu perkara yang serius.

Katanya, tapak pelupusan sampah haram itu meliputi kawasan paya yang dipenuhi sisa kimia bercampur aduk sampah domestik serta sisa ricihan plastik.

“Berdasarkan anggaran, terdapat 100 tong besi berkapasiti 200 liter mengandungi sisa kimia yang disyaki Buangan Terjadual (BT) berbentuk cecair, separa cecair dan pepejal berwarna.

“Di lokasi itu juga terdapat sisa bekas Intermediate Bulk Container (IBC) yang telah dipotong yang isi kandungannya dialirkan ke sebuah lubang besar yang digali oleh pihak yang melupuskan BT berkenaan,” katanya dalam sidang media di tapak pelupusan sampah haram itu, hari ini.

Tuan Ibrahim berkata, JAS telah menggerakkan pasukan siasatan untuk mengenal pasti pelaku, pengeluar buangan (kilang) dan kontraktor pengangkut terbabit. 

Kakitangan Jabatan Alam Sekitar mengambil sampel sisa kimia di tapak pelupusan sampah haram Kampung Semarang – Gambar Muhammad Zharif Zulkifle

“Sebuah jentera berat yang digunakan untuk melupuskan buangan turut disita bagi tindakan lanjut. Kes ini turut dirujuk kepada Majlis Perbandaran Sepang (MPSp) serta Pejabat Tanah dan Daerah Sepang untuk tindakan lanjut agensi berkenaan.

“Saya juga mengarahkan Ketua Pengarah JAS menyelaras satu mesyuarat tindak cepat dengan agensi berkaitan, termasuk Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) untuk mengambil tindakan pembersihan segera dan mengeluarkan semua buangan dari lokasi kejadian untuk dilupuskan,” katanya.

Sementara itu mengulas kejayaan menemui lokasi itu, beliau berkata, pencemaran itu dikesan selepas JAS menjalankan siasatan terhadap aduan pencemaran bau kimia yang mengganggu penduduk kawasan perumahan sekitar Dengkil, Cybersouth dan Presint 5 Putrajaya, sejak seminggu lalu.

Katanya, penduduk tempatan memaklumkan terdapat pencemaran bau seperti bau kencing kucing atau tikus, terutama pada waktu malam dan awal pagi.

“Siasatan digerakkan secara intensif oleh JAS mulai 30 Jun lalu hingga 3 Julai, meliputi semua punca berpotensi seperti kilang, tapak pelupusan sisa lengai, rizab sungai, premis barang lusuh, saluran paip gas, bengkel, kawasan pertanian dan aktiviti penternakan. 

Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man menunjukkan sisa kimia yang diambil dari tapak pelupusan sampah haram Kampung Semarang

“Pada 4 Julai (semalam), hasil maklumat orang ramai, JAS berjaya menemui lokasi sebenar punca pencemaran bau kimia, iaitu di tapak pelupusan sampah haram di Kampung Semarang yang berdekatan Kampung Orang Asli Bukit Jenuk. Kawasan ini dikenali oleh penduduk tempatan sebagai Lombong Nam Tak,” katanya.

Beliau berkata, siasatan mendapati bau kimia seperti bau kencing kucing atau tikus yang dihidu di lokasi itu adalah bau yang sama dihidu di sekitar Taman Emas, Taman Kristal dan Cybersouth serta Jalan Pintasan Dengkil.

Berikutan itu, katanya sampel buangan yang disyaki BT diambil dan dihantar ke Jabatan Kimia Malaysia untuk dianalisis.

“Saya ingin merakamkan penghargaan kepada JAS Selangor, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia, Pejabat Daerah dan Tanah Sepang serta Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sepang serta semua agensi yang terlibat dalam siasatan ini,” katanya. – HARAKAHDAILY 5/7/22

2. Ladang Musang King di Gunung Inas diarah henti Julai 2020 

BALING: Ladang durian Musang King di Gunung Inas diarah menghentikan operasi sejak Julai 2020 kata Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor.

Beliau berkata, pihaknya juga mengarahkan pengusaha menanam tanaman tutup bumi untuk mengelak hakisan yang boleh membawa risiko kepada penduduk berdekatan.

“Isu ladang Musang King tidak wajar digembar gembur serta dijadikan punca kejadian kepala air di Kampung Iboi, Isnin lalu.

“Operasinya telah diberhentikan pada Julai 2020 melalui keputusan mesyuarat Exco yang diadakan di Pejabat Daerah Baling ketika itu,” kata beliau pada sidang media di Pejabat Daerah Baling, hari ini.

Katanya juga Jabatan Perhutanan  mengeluarkan arahan berhenti operasi kepada syarikat terbabit dan tiada aktiviti penanaman lanjut dilakukan selain tanaman tutup bumi juga dilaksanakan.

“Saya kesal dengan tularnya video-video lama di media sosial sedangkan isu itu telah pun diselesaikan. Apakah ada tujuan lain. Saya pun tak faham. Di Malaysia semua perkara nak dipolitikkan,” katanya.

Menurut Sanusi, kali terakhir kelulusan ladang hutan di Gunung Inas pada tahun 2007 dan proses mengeluarkan kayu kayan dari hutan terbabit berlaku antara 2008 hingga 2019.

Manakala durian bukan antara tujuh spesis tanaman yang dibenarkan ditanam di ladang hutan sebaliknya ia menjadi minat syarikat-syarikat terbabit untuk diusahakan.

Kata beliau Jabatan Hutan melalui dasar baharu membenarkan 20 peratus daripada kawasan ladang hutan yang diluluskan ditanam dengan tanaman lain selain yang dibenarkan.

“Contohnya kalau syarikat terbabit mendapat 1,000 hektar untuk tanaman ladang hutan, 200 hektar dibolehkan untuk ditanam dengan pokok lain sama ada rambutan, manggis, pisang ataupun durian,” katanya.

Di Kedah kata beliau  jumlah keluasan yang dibenarkan hanya 15,000 hektar daripada jumlah keluasan keseluruhannya.

Namun katanya  sebaik sahaja Perikatan Nasional (PN) Kedah mengambil alih negeri itu pada 2020, didapati kebenaran tanaman lain diluluskan 22,000 hektar melebihi had yang dibenarkan.

“Ini bermakna Kedah telah meluluskan tanaman lain di ladang hutan melepasi 7,000 hektar yang dibenarkan,” tambah beliau.

Menteri Besar juga berkata, tanaman di ladang hutan lebih memberi fokus kepada Timber Latex Clon (TLC). – HARAKAHDAILY 6/7/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Baru rakyat tahu, ini bukan zaman tadbiran PH sebelumnya, pimpinan lembab dan lembut bukan pada tempatnya. Pimpinan kini sanggup buru mangsanya hingga ke lubang cacing. Begitu juga dalam kes musang king.

Hibur Hibur Sikit 
Singapura Melayu punya.. siri 1.

Nona Singapura - R.Azmi


A. Ramlie & The Click 4 ~Ole Ole Temasik~. 11,520 views • Feb 8, 2011 • Ole Ole Temasik … Show more. Show more ...
YouTube · nasri kelan · 9 Feb 2011

Ini adalah lagu J Rukimin yang popular pada zaman gemilang pop yeh yeh. Semoga terhibur.
YouTube · MrJohanAmir · 28 Jun 2009

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails