Friday, June 24, 2022

Britain petrol naik. M'sia ‘Pitih Emas’ pelaburan..


1. Rakyat Britain Rasai Tekanan, Harga Petrol Naik Kepada RM12.92 Seliter (£2.39/L)

KL/IH: LONDON. Inflasi dan krisis kos sara hidup yang semakin buruk menyebabkan penduduk dunia termasuk Britain mula merasai tekanan akibat kenaikan mendadak harga komoditi seperti petrol, lapor akhbar Metro UK semalam.

Ramai pemandu berdepan kenaikan harga petrol dengan stesen-stesen minyak di London meletakkan harga £2.39 (RM12.92) untuk satu liter. Bagaimanapun, Britain tidak menduduki senarai 10 teratas untuk harga petrol paling tinggi, demikian menurut laporan terbaharu Global Petrol Prices.

Negara itu berada di tempat ke-12 dengan harga purata £1.869 (RM10.11) untuk seliter petrol di belakang Israel yang mencatat harga £1.879 (RM10.16) seliter. Petrol paling mahal di dunia adalah di Hong Kong dengan harga purata £2.449 (RM13.24) seliter. Petrol paling murah pada masa ini pula adalah di Venezuela dan berharga cuma £0.018 (RM0.097) seliter.

Global Petrol Prices menyatakan bahawa harga purata petrol di seluruh dunia ialah £1.19 (RM6.43) seliter. Bagaimanapun, terdapat perbezaan ketara dari segi harga antara negara-negara di dunia. Negara kaya cenderung mengenakan harga lebih tinggi, manakala negara miskin serta negara pengeluar dan pengeksport minyak mempunyai harga yang lebih rendah.

Pengecualian bagaimanapun berlaku pada Amerika Syarikat yang umumnya mempunyai harga petrol £1.120 (RM6.06) seliter. Harga petrol berbeza antara negara-negara disebabkan cukai dan subsidi yang dikenakan oleh kerajaan. – Agensi

2. ‘Pitih Emas’ pelaburan digital patuh syariah

KOTA BHARU: Koperasi Permodalan Kelantan Berhad dengan kerjasama Ace Innovate Asia Berhad menyasarkan sebanyak 20,000 akaun untuk melabur emas digital menerus platform ‘Pitih Emas’ sepanjang tahun ini.

Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Negeri Kelantan, Zainudin Mohamed berkata, pelaburan itu membolehkan semua masyarakat berpeluang membuat pelaburan emas terutama bagi membantu masyarakat mengukuhkan kewangan ketika keadaan ekonomi yang tidak menentu.

Selain itu katanya memberi pulangan jangka panjang kepada pelabur.

Menurutnya, pelancaran aplikasi pelaburan emas secara digital patuh syariah yang dikenali sebagai ‘pitih emas’ merupakan pelaburan kali pertama diadakan di Kelantan.

“Pelaburan emas serendah RM10 membolehkan semua lapisan masyarakat untuk melabur dalam simpanan emas dan boleh mengeluarkan emas yang dibeli, namun harus meninggalkan baki RM10 dalam akaun Pitih Emas.

“Pitih Emas juga menawarkan pendapatan tambahan buat ejen yang berdaftar di bawah Koperasi Permodalan Kelantan Berhad dalam ‘Affiliates Program’,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis pelancaran pelaburan emas digital ‘Pitih Emas, di sini hari ini.

Turut hadir Pengarah Eksekutif ACE Innovate Asia Berhad, Go Yong Chang dan Yang Dipertua Koperasi Permodalan Kelantan Berhad, Ramilan Abdul Rahman.

Mengulas lanjut katanya, Koperasi Permodalan Kelantan Berhad memberi keutamaan kepada koperasi-koperasi di Pantai Timur semenanjung Malaysia untuk menjadi ‘affiliates’ mereka.

Selain itu, aplikasi ini turut memudahkan pelanggan membuat transaksi jual beli tanpa perlu ke premis yang menjual emas kerana ia boleh dibuat menerusi aplikasi sesawang www.pitihemas.com.my. HARAKAHDAILY 23/6/2022

Carian berkaitan

PERHATIAN: NO TELEFON IBNU HASYIM.COM TERKINI 014-400 2015

6 comments:

Anonymous said...

Rakyat tak perlu percaya dengan pee hancing. Jika pee hancing perintah, harga petrol turun esok. Manifesto bukan kitab suci. Begitu ayat untuk rakyat. Apa dia orang ingat rakyat sama bengong dengan pimpinan pee hancing.

Biarlah pimpinan pee hancing terasa dalam dunia, mereka terpandai. Ceteris paribus.

Kasut pasti bawa bahagia. Boleh sorok kotoran di sebalik warna hitam. Pemikiran tahap dewa. Persepsi yang merosak pikiran bebudak sekolah. Senyuman dalam bukan kitab suci. Lakonan yang boleh bawa anugerah.

Anonymous said...

Anonymous said...

Celah mana Abu Zarin kaut fakta dan bukti Sultan Johor nak keluar Malaysia...!?

Link bawah..

Fitnah terhadap Sultan Johor dan rakyat Johor..

https://youtu.be/-F0xgVboI9c

Fakta Sultan Johor ialah menyatakan ketidakpuasan hati terhadap layanan kerajaan PH semasa Tun berkuasa kepada negeri Johor berkenaan kedaulatan tanah dan pulau di negeri Johor.

Ia pasti terkait dengan isu Pulau Batu Putih yang diam diam sambil gentel gentel telo Tun Mamak Mahathir serahkan pulau itu pada anak Lee Kwan Yew..!!?

Dah tak ada harga kah tanah dan pulau Bangsa Johor oleh Tun berkuasa semasa PH memerintah dulu...

Apakah kedaulatan tanah Bangsa Johor tidak ada nilai semasa Tun berkuasa dalam kerajaan PH... atau ada sesuatu yang mendesak dan mengugut Tun supaya Pulau Batu Putih diserah pada anak Lee Kwan Yew..!?

Cuba Abu Zarin menyalak pasal Zety pulak ada berani..!? Mme kering tak masyuk lepas tu..

Mahathir juga ‘enter frame” memberi respon bahawa memberi kenyatan mahu keluar negeri dari Malaysia ada lah satu kesalahan. Abu Zarin hanya sekadar nasi tambah saja.

Stakat nasik tambah kuah basi ja layak Abu Zarin tu...

Pada Abu Zarin jadi penyambung lidab bercabang nak goreng mamak dah tak laku lagi dah. Goreng mamak jadi kan tekak rakyat dan naik kembang meluat nak muntah gamaknya..!!

Boleh muntah hijau goreng mamak ni

Cuba Abu Zarin menyalak pasal Zety pulak ada brani..!?

Ada masyuk aada menyalak..!!

Anonymous said...

Terima kasih putin, anda telah menaikkan harga minyak. Kalau kereta aku isi penuh kat Britain full tank RM 101. Tahan le 3 ke 4 hari. Lepas tu isi balik. Penyudahnya nak makan pun tak cukup.

Anonymous said...

Bukti tambahan yang ingin dikemukakan oleh bekas Perdana Menteri itu berkaitan dengan penemuan baru-baru ini bahawa hakim perbicaraan Datuk Mohd Nazlan Mohd Ghazali pada 2006 adalah peguam am dan setiausaha syarikat Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab bagi pengurusan serta pentadbiran semua jabatan undang-undang dalam keseluruhan kumpulan tersebut.

Pada sidang akhbar 7 Jun lepas, peguam Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah yang mewakili Najib berkata Mohd Nazlan gagal mendedahkan bahawa beliau adalah peguam am dan setiausaha syarikat bagi Kumpulan Maybank yang bertanggungjawab mencadangkan penubuhan SRC International.

Anonymous said...

Ketika rakyat diminta ikat perut dan rakyat miskin jangan iri hati pada orang kaya semasa Tun jadi PM kali ke 2 dalam Kerajaan PH, Lim Guan Eng terima jam bernilai RM100,000.000.

Hahhh tepokkkk..!!

Lim Guan Eng kini dibicarakan atas tuduhan menggunakan kedudukannya untuk meminta bahagian 10% daripada keuntungan projek terowong dasar laut di Pulau Pinang dan menerima RM3.3 juta sebagai sogokan.

Saksi utama dalam perbicaraan rasuah projek terowong dasar laut membabitkan Lim Guan Eng memberitahu Mahkamah Sesyen bahawa beliau memberikan jam tangan mewah buatan Switzerland kepada bekas ketua menteri Pulau Pinang itu sempena hari lahirnya untuk memastikan projek tersebut berjalan lancar.

Tokong dapat jam tangan bernilai RM100,000.00.

Pengarah Konsortium Zenith BUCG Sdn Bhd Zarul Ahmad Mohd Zulkifli berkata, beliau bertemu Lim di bangunan Komtar pada Disember 2015 untuk memberi jam tangan jenama Maurice Lacroix serta wang tunai RM100,000 dalam sampul surat.

“Lim memberikan kembali sampul putih itu kepada saya. Hanya jam tangan jenama Maurice Lacroix.

hahhh tepokkk lagi..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails