Thursday, April 07, 2022

Terima kunjungan Dewan Himpunan Tionghua

 

SEMALAM sebelum pulang ke Kuala Lumpur, saya dikunjungi Dewan Himpunan Tionghua Terengganu.

Pertemuan yang julung-julung kali diadakan ini sangat memberi makna kepada saya selaku Ahli Parlimen Kuala Terengganu, terutama sekali dalam kita menterjemahkan slogan ‘Keluarga Malaysia’.

Setiap tahun saya pasti tidak melepaskan peluang bersama-sama kaum Tionghua di dalam majlis sambutan mereka seperti Pesta Peranakan, Festival Bulan dan Sambutan Tahun Baru Cina disini.

Untuk makluman, Kampung Cina, Kuala Terengganu telah berusia lebih 300 tahun. Kampung Cina terdiri daripada dereten kedai-kedai lama, dari Pasar Besar Kedai Payang sehingga pintu gerbang naga Hotel Seri Malaysia.

Sebagai komitmen saya dalam menjaga hubungan dengan kaum tionghua, pertemuan dua bulan sekali akan dimasukkan di dalam jadual sebagai aktiviti wajib di antara Pejabat Ahli Parlimen Kuala Terengganu dengan persatuan-persatuan yang mewakili kaum cina. Banyak perkara dapat dibincangan dan dapat diselesaikan apabila pertemuan diadakan.

Sebelum-sebelum ini banyak juga bantuan-bantuan yang disalurkan oleh Pusat Khidmat Masyarakat Ahli Parlimen Kuala Terengganu bagi menceriakan lagi kampung cina yang menjadi salah satu tarikan pelancong di sini.

Antara aktiviti yang dibuat seperti mengecat dinding-dinding bangunan, membersihkan sistem perparitan dan banyak lagi.

Kita mahukan pelancong yang datang mendapat satu pengalaman yang indah untuk dibawa pulang ke negara masing-masing dan diceritakan kepada rakan mereka yang lain. Ini secara tidak langsung akan memberi gambaran yang baik kepada negara khususnya dan akan memberi kesan yang baik terhadap industri pelancongan di Kuala Terengganu khususnya dan secara tidak langsung akan meningkatkan ekonomi masyarakat setempat.

Hadir sama di dalam pertemuan semalam, Pegawai Khas (Hal Ehwal Bukan Islam) Menteri Besar Terengganu, Dr Balachandran Gopal Krishnan.

DATO’ AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu
Timbalan Menteri
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) – HARAKAHDAILY 6/4/2022

1 comment:

Anonymous said...

Parti legasi komunis hanya mahu hapuskan kontrak sosial. Tak mahu iktiraf melayu sebagai bumiputera. Tak mahu sertai sekolah kebangsaan. Tak mahu terima Islam sebagai agama persekutuan. Tak mahu terima perlembagaan yg org melayu tidak boleh dimurtadkan. Rumusnya mereka ni umpama bulldozer. Langgar jer apa yang mereka mahu. Walaupun terpaksa langgar perlembagaan. Begitulah sikap mereka terhadap orang asal negara ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails