Thursday, April 14, 2022

Sepatutnya pantau, bermula peringkat perbekalan dedak. -Pemuda PAS

 

Wujudkan modus operandi kawal harga ayam

SHAH ALAM: Kerajaan sewajarnya sudah mempunyai satu modus operandi yang cukup praktikal bagi menangani isu kenaikan harga ayam setiap kali menjelang musim perayaan.

Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia, Ahmad Fadhli Shaari, berkata kerajaan perlu meningkatkan usaha bagi memastikan rantaian industri perbekalan ayam sentiasa terjamin, sekali gus mengurangkan pergantungan kepada bekalan import.

“Ertinya daripada bermula peringkat perbekalan dedak lagi perlu untuk diperhatikan sebab kadang-kadang harga ayam meningkat naik kerana pembekal menyatakan yang penternak yang menaikkan harga ayam, penternak pula salahkan kepada pembekal makanan dan sebagainya.

“Jadi rantaian ini perlu diperhatikan sebab keperluan ayam di Malaysia ini sangat tinggi, jutaan ekor ayam diperlukan setiap hari bagi memenuhi permintaan rakyat di negara ini,” katanya ketika diminta mengulas mengenai kenaikan harga bekalan mentah berkenaan.

Beliau berkata demikian kepada media di Majlis Iftar Perpaduan Dewan Pemuda PAS Malaysia di Mardhiyyah Hotel and Suites, Seksyen 14, di sini, malam tadi.

Dalam pada itu katanya, usaha penguatkuasaan bagi mengawal kenaikan harga daging mentah itu juga perlu dipertingkatkan bagi membantu pengguna membeli pada harga siling yang ditetapkan.

“Kerajaan perlu meningkatkan usaha-usaha untuk mengawal rantaian ini dan dalam masa yang sama mempunyai pelan jangka masa panjang.

“Dalam erti kata lain, kita tidak boleh bergantung kepada import semata-mata, kita perlu memperkasakan industri ternakan ayam di peringkat tempatan,” tegas beliau yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas

Sebelum ini, tinjauan di Pasar Dato’ Keramat baru-baru ini mendapati harga ayam yang dijual di pasar awam berkenaan tidak mematuhi harga siling dan menjualnya antara RM9 hingga RM9.50 berbanding RM8.90 bagi setiap kilogram.

Bermula 5 Februari lalu, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna menetapkan harga siling runcit bagi ayam standard adalah RM8.90 dan harga berkenaan akan berkuat kuasa sehingga 5 Jun depan bertujuan menjamin kestabilan harga ayam dan makanan berkaitan harga mentah. – HARAKAHDAILY 12/4/2022

6 comments:

Anonymous said...

Dia senang je. Salah 1 punca utama problem sektor penternakkan ni ialah kos makanan. Kebanyakkan makanan ternakkan adalah diimport mcm dedak dan jagung. Belum masuk ubat lagi. So, camne nak kawal harga barangan tu masa import masuk?

Anonymous said...

nak pantau mende. geng kamu tu lemah bila dapat dedak al fulus fiddunia. lemah selemahnya. turun dua kupang. memang terbaik la saham akhirat mung ni.

Anonymous said...

Fulus rm 30 pun dah cukup nak diamkan parti liberal dan parti kuali. Tapi sembangnya paling tinggi. Setuju sangat beri sokong pada pas. Kelantan, trengganu dan kedah pun dah nampak ada perubahan. IQ tak lah rendah sangat banding ngan IQ presiden parti liberal dan parti kuali. IQ rendah tu yg sanggup jadi khadam eng guan.

Anonymous said...

Langkah taiwan, Langkah kajang, langkah port dickson, ini semua langkah langkah jahat presiden parti liberal. IQ rendah. Sebab tu guna tektik jahat. Dah jadi banduan, pun masih bercita cita nak pimpin rakyat malaysia. Rendah betul IQ, sampai tak tahu malu.

Anonymous said...

Bagi kita perintah 5 hari je tuan tuan. Bupbupbupbup!

Anonymous said...

Tiada kelompok yg lebih sayangkan agama, bangsa, negara dan institusi kesultanan. Hanya satu parti jer yg memenuhi citarasa itu. Yang utamakan pentadbiran dan pengurusan yang bebas rasuah dan salah kuasa. Yang menolak campurtangan dalam urusan mahkamah. Yang sentiasa memastikan tiada dalam barisan kepimpinan yang rosak moral dan akhlaq.

Tiada sebab untuk yang rosak akhlaq memimpin. Rakyat kena tahu ini. Bukan perkara remeh. Ada yang bijak tetapi rakus dengan nafsu. Ramai yang bijak dan patuh syariah. Ada yang boleh didengar politiknya, tetapi percaya jangan. Dan ada yang boleh didengar politiknya untuk disokong. Politik fitnah sesuai untuk mereka yang rendah IQ. Islamic politik sangat melarang politik fitnah. Tuntutan politik sihat yang tidak mengabaikan duniawi dan ukhrawi. Untuk dibangun kerohanian tanpa memisahkan urusan keduniaan. Politician yang rendah IQ, hanya berjuang untuk duit dan kuasa.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails