Wednesday, April 13, 2022

Filem India `Beast’ diharamkan di Kuwait & Qatar.. Ganas?

 

HALAMAN HIBURAN

Dunia sepatutnya mengharamkan filem yang menggambarkan Islam sebagai pengganas.

NEW DELHI: Filem India `Beast’, yang mula ditayangkan hari ini, diharamkan di Kuwait dan Qatar selepas kerajaan kedua-dua negara tidak bersetuju dengan gambaran stereotaip filem itu terhadap orang Islam sebagai pengganas dan beberapa dialog antiPakistan.

Filem Tamil yang disifatkan sebagai komedi aksi, lakonan Thalapathy Vijay dan Pooja Hegde, memaparkan Vijay sebagai ejen perisikan kerajaan yang terperangkap dalam pusat beli-belah bersama pengganas. `Beast’ juga dikecam oleh Liga Muslim Tamil Nadu India (TNML) yang menuntut filem itu tidak ditayangkan di Tamil Nadu.

Menurut Times of India, walaupun larangan di Kuwait mungkin tidak memberi kesan ketara terhadap filem box office itu, keadaan di Qatar berbeza kerana negara Teluk itu mempunyai jumlah penonton kedua terbesar filem India.

Etnik India juga membentuk bilangan pekerja ekspatriat terbesar di Qatar, iaitu kira-kira 25 peratus daripada jumlah penduduk negara itu.

Negara Majlis Kerjasama Teluk ialah pasaran luar negara terbesar filem India, iaitu antara 20 hingga 35 peratus daripada jumlah box office luar negara. `Beast’ dilaporkan mendapat kebenaran ditayangkan di negara Teluk lain, tetapi telah ditapis di Arab Saudi.

Penganalisis perdagangan, Ramesh Bala, mengesahkan berita di Twitter dan menyatakan bahawa filem Tamil `Fir’ baru-baru ini diharamkan di Kuwait kerana sebab yang sama. Beliau memberitahu portal berita DNA India, bahawa kerajaan negara itu tidak berpuas hati dengan gambaran kumpulan pengganas itu.

“Dalam kedua-dua filem itu, penjahat utama dan kumpulannya adalah kumpulan pengganas Islam. Filem ini juga menyentuh topik (kumpulan pelampau seperti) Al-Qaeda, ISIS… jadi ini adalah pemahaman daripada kedua-dua negara ini. Kami tidak boleh memberitahu secara tepat, tetapi secara keseluruhan mereka tidak berpuas hati dengan sudut keganasan,” katanya.

Pemimpin TNML, VMS Mustafa, berkata: “Industri perfileman sentiasa menimbulkan tanggapan bahawa orang Islam adalah pengganas seperti yang sering berlaku dalam filem Tamil. Kita lihat banyak pertubuhan sosial menentang keras apabila sesebuah filem menyebut identiti kasta mereka atau mempunyai nama pemimpin kasta sebagai watak filem.

“Ketika umat Islam sedang menjalankan ibadah puasa pada Ramadan yang mulia dan dalam konteks ini, masalah akan timbul jika filem ini yang menggambarkan umat Islam sebagai pelampau ditayangkan,” katanya.

Beliau juga menggesa Setiausaha Dalam Negeri India, S K Prabhakar, mengharamkan tayangan filem itu. – MIDDLE EAST MONITOR

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Filem India`Beast’ diharamkan di Kuwait dan Qatar. Bahkan dunia sepatutnya mengharamkan filem yang gambarkan Islam sebagai pengganas

Di blog ini pun, kadang-kadang 'barua penjilat juboq tak basuh' dah kehabisan modal behujjah, menyebut Islam ekstrem berulang-ulang meroyan. Kesian mereka, yang tertutup kepala otaknya di bawah tempurung sempit DAP. 

Sila tolak DAP dan kuncu-kuncunya dalam PRU 15 yang akan datang.

1 comment:

Anonymous said...

Tun Daim The Hidden Hand : Untuk Memastikan Badan Kehakiman Dapat Dimanipulasi Bagi Menjamin Najib Razak Dipenjarakan.

Daim, yang bersama-sama dengan Dr Mahathir dan banyak pemegang amanah, kroni dan proksinya, merompak RM200 bilion wang pembayar cukai Malaysia, Sentiasa berada di belakang banyak kerja politik jijik yang berlaku di Malaysia.

Daim tidak lain adalah anak didik Syaitan yang memporak-perandakan negara. Ramai tidak tahu Daim juga berada di belakang konspirasi untuk menghantar Najib Tun Razak ke penjara. Seperti yang mereka lakukan terhadap Anwar pada September 1998.

Dalam kes Najib, tangan tersembunyi Daim juga bekerja untuk memastikan badan kehakiman boleh dimanipulasi bagi menjamin sabitan boleh diperolehi dalam perbicaraan yang menimbulkan konflik kepentingan kroni dan anak cucu.

Daim memecat Ketua Hakim Negara, presiden Mahkamah Rayuan, dan hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar kes Najib. Sekali secara kebetulan. Dua kali adalah kebetulan. Tiga kali adalah kerja Syaitan. Dan tangan Syaitan ini ialah Daim.

Ketua Hakim, Tan Sri Zaharah Ibrahim, yang melakukan suruhan Daim untuk membuat perubahan yang diperlukan dalam badan kehakiman bagi memastikan Najib boleh dipenjarkan, telah diberi ganjaran kerusi dalam Lembaga Pengarah Petronas.

Ahli Parlimen Bukit Gelugor DAP Ramkarpal Singh berkata beliau bimbang pertemuan yang didakwa antara Daim Zainuddin, ahli Majlis Penasihat Kerajaan, dan hakim tertinggi negara untuk meminta mereka meletakkan jawatan mungkin menimbulkan persepsi campur tangan kehakiman.

Mahkamah di Amerika Syarikat telah menjatuhkan hukuman terhadap Roger Ng Chong Hwa.

Rakyat tentu sudah boleh berfikir, kenapa suami dan Zeti Akhtar Aziz sendiri masih belum didakwa dakwa lagi. Semua tahu siapa yang sangat takut Zeti didakwa.

Mendakwa Zeti umpama mendakwa seluruh rangkaian kartel dibelakang Zeti selama ini.

KHALAS

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails