Friday, April 08, 2022

Ahli Amanah ada sudah kembali ke pangkuan PAS

 

KOTA BHARU: Sebahagian bekas ahli dan penyokong PAS yang menyertai Parti Amanah Negara ekoran krisis yang berlaku pada 2015 kini ada antaranya kembali semula ke pangkuan PAS.

Ahli Jawatankuasa PAS Pusat Dato’ Dr Mohamed Fadzli Hassan berkata, perkembangan yang berlaku itu akan mengukuhkan lagi perpaduan umat Islam dan Melayu di negara ini.

“Saya dimaklumkan ada yang sudah kembali, bahkan ramai akan berbuat begitu juga. Saya pun ada dihubungi bukan untuk mereka kembali tetapi untuk membina semula hubungan lama.

“Hubungan ini sekurang-kurangnya berbentuk peribadi. Saya kira ini merupakan satu perkembangan baik,” katanya ketika ditemui selepas menyampaikan tazkirah di Dewan Zulkifli Muhammad Pejabat Perhubungan PAS Kelantan hari ini.

Pada persidangan Dewan Undangan Negeri minggu lepas Dr Fadzli yang juga anggota Exco kerajaan negeri berkata, PAS tiada masalah sekiranya Amanah berminat menyertai Muafakat Nasional (MN).

Menurutnya PAS pernah menerima kembali Berjasa dan Hamim yang diasas bekas pemimpin PAS setelah parti terbabit bergabung bersama Angkatan Perpaduan Ummah pada 1990.

“Kegagalan kerajaan Pakatan Harapan sebelum ini mempertahankan dua teras penting di negara ini, menjadi antara sebab sebahagian ahli Amanah kembali kepada PAS,” ujarnya. – HARAKAHDAILY 6/4/2022

1 comment:

Anonymous said...

Majlis presiden pee hancing buat declaration bahawa apa yg dibuat oleh kerajaan sekarang adalah apa yg dirancang oleh pee hancing. Aduh. Kuatnya meghoyan presiden presiden dlm gabungan pee hancing. Jom akar umbi pee hancing keluar dari pee hancing sebelum ikut meghoyan macam presiden. Akan datang, entah apa lagi declaration. Sebelum minda rosak, iman rosak, jom perkuat kan sokongan untuk parti yg bersih rasuah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails