Saturday, February 12, 2022

Teliti tulisan ini, anda akan temui rahsia kekuatan Islam -Ibnu Hasyim.

 

Mengapa Afghanistan ditakuti, Israel dinormalisasi -Presiden PAS

FIRMAN Allah SWT:

﴿يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ لَا تَتَّخِذُواْ بِطَانَةٗ مِّن دُونِكُمۡ لَا يَأۡلُونَكُمۡ خَبَالٗا وَدُّواْ مَا عَنِتُّمۡ قَدۡ بَدَتِ ٱلۡبَغۡضَآءُ مِنۡ أَفۡوَٰهِهِمۡ وَمَا تُخۡفِي صُدُورُهُمۡ أَكۡبَرُۚ قَدۡ بَيَّنَّا لَكُمُ ٱلۡأٓيَٰتِۖ إِن كُنتُمۡ تَعۡقِلُونَ١١٨﴾

“Wahai orang-orang yang beriman! Janganlah kalian mengambil orang-orang yang bukan daripada kalangan kalian menjadi teman yang diberikan kepercayaan. Mereka tidak akan berhenti-henti berusaha mendatangkan bencana kepada kalian. Mereka menyukai apa yang menyusahkan kalian. Telah nyata (tanda) kebencian mereka daripada mulutnya (pada pertuturan), dan apa yang disembunyikan oleh hati mereka lebih besar lagi. Sesungguhnya telah Kami jelaskan kepada kalian ayat-ayat (Kami), jika kalian (mahu) memahaminya.” (Surah Ali ‘Imran: 118)

Kejayaan Jemaah Taliban menghalau tentera Amerika yang selama ini mendabik dada kononnya mereka adalah kuasa besar terkuat di dunia, menjadi tamparan ke wajah musuh-musuh Islam. Secara tiba-tiba semuanya menzahirkan diri, termasuklah kumpulannya yang berada di Malaysia.

Bahkan menjadi ujian kepada umat Islam pada zaman kini, sehingga mendedahkan keimanan masing-masing. Sekurang-kurangnya semangat persaudaraan yang berlandaskan iman yang mengikat umat laksana satu jasad, apabila salah satu anggotanya sakit, maka seluruh anggota jasad yang lain turut merasainya.  

Sabda Rasulullah SAW:

‌مَثَلُ ‌الْمُؤْمِنِينَ ‌فِي ‌تَوَادِّهِمْ، ‌وَتَرَاحُمِهِمْ، ‌وَتَعَاطُفِهِمْ ‌مَثَلُ ‌الْجَسَدِ ‌إِذَا ‌اشْتَكَى ‌مِنْهُ ‌عُضْوٌ ‌تَدَاعَى ‌لَهُ ‌سَائِرُ ‌الْجَسَدِ ‌بِالسَّهَرِ ‌وَالْحُمَّى.

“Bandingan hubungan persaudaraan dalam kalangan orang-orang yang beriman (umat Islam) dalam hal saling menyayangi, bersimpati dalam kalangan mereka dan mengasihi laksana hubungan anggota dalam satu jasad, apabila salah satu anggota itu kesakitan, maka seluruh anggota jasad turut berjaga dan demam (merasai kesakitan).” (Riwayat Muslim 2586)

Ramai yang termakan dengan diayah media anti Islam yang menjadikannya sebagai sasaran bagi menyatakan wajah Islam secara sembrono termasuk peranan portal berita Malaysiakini. Kononnya Taliban ialah wajah Islam yang ekstrem seperti menutup pintu bagi golongan wanita untuk berpelajaran.   

Adakah halangan itu termasuk hak untuk mempelajari fardu ‘ain? Pelajaran yang wajib untuk mengenal Tuhan, beribadat kepada-Nya, berakhlak mulia, makan dan minum secara halal serta berpakaian secara Islam dengan segala adabnya. Mungkin kepada kalangan musuh Islam, perkara-perkara tersebut bukanlah sebahagian daripada ilmu.

Adakah boleh diterima oleh akal bahawa di Afghanistan lelaki menjadi bidan, doktor dan jururawat bagi wanita Afghanistan yang kuat beragama? Biarlah diayah yang cuba dimomokkan itu masuk akal, malangnya terdapat manusia yang boleh menelan diayah yang sebegitu rupa.

Kemampuan pihak Taliban membaiki semula segala senjata dan jentera paling canggih, termasuk pesawat udara yang dimusnahkan sebelum ditinggalkan oleh tentera Amerika yang berundur dengan bertempiaran, tidak berlaku secara ilmu sihir. Akan tetapi, perkara itu menunjukkan kemahiran yang dimiliki oleh mereka.

Mungkin hukum hudud dan ta‘zir yang dilaksanakan dianggap jumud dan liar oleh kalangan mereka yang menjadikannya sebagai peluru untuk menuduh betapa ganasnya Islam.

Apabila Jemaah Taliban memerintah negara, mereka menegaskan Islam sebagai sistem negaranya. Maka, hukuman hudud berpusing dalam benak pemikiran musuh Islam, termasuk pakaian kebangsaan Afghanistan yang dianggap sudah tidak sesuai lagi pada zaman moden kini.

Apa yang menakjubkan dengan berpakaian sebegitu, mereka mengadakan rundingan dan berjaya menghalau semua kuasa besar yang datang untuk menakluk Afghanistan. Bermula dengan British pada zaman dahulu, selepas itu Soviet Union ketika belum berkecai, sehingga akhirnya Amerika bersama Pertubuhan Perjanjian Atlantik Utara (NATO).

Tidak mudah bagi tentera Soviet yang dahulu menjajah penduduk wilayah Islam yang telah diharamkan mempelajari agamanya, tiba-tiba mereka kembali semula kepada Islam apabila bertugas di Afghanistan. Bahkan bangsa Rusia yang sangat tebal fahaman komunisnya, ada yang datang memeluk Islam di Afghanistan. Sehingga kini sudah tiada diayah Islamofobia di negara Rusia, sepertimana yang berlaku di Amerika dan Eropah. Malangnya, di Malaysia kini sudah ada golongan yang berpenyakit wabak Islamofobia.

Cerita benar seorang wartawan wanita daripada United Kingdom iaitu Yvonne Ridley yang dibebaskan oleh Taliban setelah beliau ditawan, pulang ke negaranya menganut Islam tanpa paksaan. Malah, turut dilaporkan beliau juga menyanggah ibunya yang menghina Islam dan menyanjung Nabi ‘Isa AS sehingga menyamai martabat Tuhan. Katanya:

”Tahukah wahai ibu! Bahawa Nabi ‘Isa itu dilahirkan di bumi Arab Palestin, bukannya dilahirkan di Manchester, UK.”

Semua kuasa besar yang menyerang Afghanistan dengan segala persenjataan canggih yang besar telah membunuh tanpa sempadan dan pilihan, termasuk golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua, kononnya atas nama keamanan dunia.

Adapun rakyat Afghanistan yang bersenjata kecil yang menembak tentera penceroboh bagi mempertahankan agama, bangsa dan tanah airnya pula, dilabel sebagai pengganas.

Perjuangan rakyat Afghanistan yang memerdekakan tanah air mereka daripada penjajah yang datang menceroboh dan menakluk negara mereka, tidak diterima. Hal ini demikian kerana, mereka telah mengisytiharkan Islam sebagai dasar dan sistem negaranya.

Sebaliknya, jika bukan Islam yang menjadi dasarnya sudah pasti boleh diterima walau apa sahaja dasar yang lain, sama ada liberal kapitalis sehinggalah komunis dan diktator. Walau bagaimanapun, jenama Islam wajib ditolak sekalipun melalui proses dalam kerangka sistem demokrasi.

Kalau bukan dasar Islam yang sebenar diamalkan, semuanya boleh diterima dengan mudah.  

Negara haram Israel ditubuhkan setelah tanah dirompak daripada penduduk asalnya di bumi Palestin. Haramnya negara Israel masih boleh diadakan normalisasi.

Bahkan, ramai yang menjadi syaitan bisu, walaupun negaranya ditegakkan dengan cara menghalau penduduk asal dengan tindakan yang paling ganas. Sehingga mereka bertindak membunuh manusia tanpa mengambil kira golongan kanak-kanak, wanita dan orang tua, bahkan turut memusnahkan rumah ibadat dan tempat mencari rezeki bagi menyambung kehidupan.

Adapun isu Afghanistan hari ini, ramai yang bersuara secara negatif sehingga menenggelamkan aspek yang positif. Lebih-lebih lagi, apabila isu tersebut ada kaitan dengan jenama Islam.

Lebih malang lagi, apabila tiada sikap kemanusiaan daripada orang yang mengaku Islam, bersembahyang dan kerap berumrah. Sedangkan terdapat dalam kalangan bukan Islam yang masih bersifat kemanusiaan terhadap rakyat Afghanistan. Mereka datang membantu tanpa mempedulikan terhadap sikap kerajaan mereka yang salah.

Kini manusia sudah kehilangan petunjuk kepada kebenaran, sehingga kabur fikirannya dan salah perhitungannya. Malah, sehingga perkara yang salah dianggap benar, sebaliknya perkara yang benar pula dianggap salah.

Firman Allah SWT:      

﴿قُلۡ هَلۡ مِن شُرَكَآئِكُم مَّن يَهۡدِيٓ إِلَى ٱلۡحَقِّۚ قُلِ ٱللَّهُ يَهۡدِي لِلۡحَقِّۗ أَفَمَن يَهۡدِيٓ إِلَى ٱلۡحَقِّ أَحَقُّ أَن يُتَّبَعَ أَمَّن لَّا يَهِدِّيٓ إِلَّآ أَن يُهۡدَىٰۖ فَمَا لَكُمۡ كَيۡفَ تَحۡكُمُونَ٣٥﴾

“Tanyakanlah (wahai Muhammad): ‘Adakah antara makhluk-makhluk yang kalian sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang dapat memberikan petunjuk kepada kebenaran?’ Katakanlah: ‘Allah jualah yang memberikan hidayah petunjuk kepada kebenaran.’ (Jika demikian) maka adakah orang-orang yang dapat memberikan hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak dituruti, ataupun yang tidak dapat memberikan sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberikan hidayah petunjuk? Maka, kenapa kenapakah kalian sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah dan tidak dapat diterima oleh akal)?” (Surah Yunus: 35)

Setiap penganut Islam wajib mengenal musuhnya, bukan sahaja mengenal saudaranya sendiri. Isu Afghanistan laksana batu besar yang jatuh ke dalam lubuk tenang yang disangka tiada buaya. Maka, isunya menjadikan musuh Islam mendongak kepala dan menampakkan wajah untuk memperkenalkan diri mereka.

ABDUL HADI AWANG
Presiden PAS
Bertarikh: 10 Rajab 1443 / 11 Februari 2022 – HARAKAHDAILY 11/2/2022

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Teliti tulisan ini, anda akan temui rahsia kekuatan Islam..

3 comments:

Anonymous said...

PRN Bangsa Johor dan pasca PRU 15 sebelum pengundi membuang undi nanti. Tulisan Ibnu diatas ramai yang benci oleh tulisan ibnu di atas dan para pengundi sklian ini lah senarai nama dibawah ini..

Senarai 13 nama calon yang pernah menentang bajet Rakyat untuk di 'timbang kati atau timbang tahil' oleh pengundi pada PRU15 akan datang.

1. Mahathir Mohamad PH - PPBM =18,954
Nawawi Ahmad (BN - UMNO) =10,061
Zubir Ahmad (PAS) = 5,512
Majority: Lu Fikir Sindri

2. P5 JERLUN
Mukhriz Mahathir (PH - PPBM) = 18,695
Abd Ghani Ahmad (PAS) =12,829
Othman Aziz (BN - UMNO) = 12,413
Majority: 5,866 - lu fikir lah sendiri..!!

3. P8 POKOK SENA
Mahfuz Omar (PH - AMANAH) = 28,959
Muhamad Radhi Mat Din (PAS) = 23,401
Said Ali Said Rastan (BN - UMNO) = 18,390
Majority: 5,558 - lu fikir lah sendiri

4. P111 KOTA RAJA
Mohamad Sabu (PH - AMANAH) = 90,697
Mohamed Diah Baharun (PAS) = 19,555
Gunalan Velu (BN - MIC) = 17,874
Majority: 71,142

5. P96 KUALA SELANGOR
Dzulkefly Ahmad (PH - AMANAH) = 29,842)
Irmohizam Ibrahim (BN - UMNO) = 21,344
Mohd Fakaruddin Ismail (PAS) = 8,535
Majority: 8,498 - lu fikir lah sendiri

6. P101 HULU LANGAT
Hasanuddin Mohd Yunus (PH - PAN) = 49,004
Azman Ahmad (BN - UMNO) = 23,580
Che Rosli Che Mat (PAS) = 15,663
Majority: 25,424

7. P108 SHAH ALAM
Khalid Abd Samad (PH - AMANAH) = 55,949
Azhari Shaari (BN - UMNO) = 22,100
Mohd Zuhdi Marsuki (PAS) = 15,194
Majority: 33,849

8. P113 SEPANG
Mohamed Hanipa Maidin (PH - PAN) = 46,740
Marsum Paing (BN - UMNO) = 28,035
Sabirin Marsono (PAS) =15,882
Majority: 18,705

9. P74 LUMUT
Mohd Hatta Md Ramli (PH - PAN) = 21,955
Zambry Abd Kadir (BN - UMNO) = 21,555
Mohammed Zamri Ibrahim (PAS) = 10,135
Majority: 400 - hah lu fikir lah sendiri..!!

10. P88 TEMERLOH
Mohd Anuar Mohd Tahir (PH - PAN) = 23,998
Sharkar Shamsudin (BN - UMNO) = 22,094
Md Jusoh Darus (PAS) = 14,734
Mohd Khaidir Ahmad (IND) = 178
Muhamad Fakhrudin Abu Hanipah (IND) = 46
Majority: 1,904 - lu fikir lah sendiri!!

11. P133 TAMPIN
Hasan Bahrom (PH - AMANAH) = 22,435
Shaziman Abu Mansor (BN - UMNO) = 21,433
Abdul Halim Abu Bakar (PAS) = 4,598
Majority: 1,002 - lu fikir lah sendiri..!!

12. P161 PULAI
Salahuddin Ayub (PH - AMANAH) = 55,447
Nur Jazlan Mohamed (BN - UMNO) = 26,523
Mohd Mazri Yahya (PAS) = 4,332
Yap Keng Tak (IND) = 591
Majority: 28,924

13. P57 PARIT BUNTAR
Mujahid Yusof (PH - AMANAH) =16,753
AbdPuhat Mat Nayan (BN - UMNO) =13,655
Ahmad Azhar Sharin (PAS) = 12,312
Majority: 3,098 - haah lu fikir lah sendiri.!!

Senarai pemimpin katak dari UMNO masuk Bersatu hari ini termasuk bekas menteri era pentadbiran Barisan Nasional (BN) iaitu

1. Datuk Seri Hamzah Zainuddin (Larut) Hamzah Zainudin UMNO) =18,184
Abu Husin Mohmmad (PAS) =13,698
Khairil Anuar Akhiruddin (PH - PPBM) =7,738

2. Datuk Mas Ermieyati Samsudin (UMNO =22,898
Sabirin Ja'afar (PH - PPBM) =14,739
Mohd Nasir Othman (PAS) =4,688

3. Dr Latiff Ahmad (Mersing) = UMNO19,806
Md. Nasir Hashim (PH - PPBM) = 11,347
A. Rahman A. Hamid (PAS) =6,215

4. Datuk Rosol Wahid (UMNO) = 30,925
Muhyidin Abdul Rashid (PAS) = 28,057
Razali Idris (PH - PPBM) =3,364

5. Datuk Shabudin Yahya (UMNO) =18,547
Marzuki Yahya (PH - PPBM) =18,466
Rizal Hafiz Ruslan (PAS) = 14,891

smbung...

Anonymous said...

sambung haah...

6. Ikmal Hisham Abdul Aziz (UMNO) = 28,152
Johari Mat (PAS) = 25,223
Mohamad Fauzi Zakaria (PH - PKR) =4,747

7. Mohd Fasiah Mohd Fakeh (UMNO) = 12,862
Warno Dogol (PH - PPBM) =11,188
Muhammad Labib Abd Jalil (PAS)= 9,300

8. P98 GOMBAK (P. Semburit)

Azmin Ali (PH - PKR) = 53.2% (75,113)
Rahim Kamarudin UMNO) = 18.7% (26,392)
Khairil Nizam (PAS) = 12.4% (17,537)
Majority: 48,721

9. P99 AMPANG (P.Lampir)

Zuraida Kamaruddin PKR) =59.2% (54,307)
Leong Kim Soon (BN - MCA) = 13.5% (12,351)
Nurul Islam Mohamed (PAS) = 10.5% (9,598)
Tan Hua Meng (PRM) = 0.3% (294)

Majority: 41,956

Bayangkan kalau 50% ahli UMNO/BN boikot calon katak UMNO dan 50% ahli PKR boikot Azmin dan Zuraidah dalam PRU15 nanti. Melingkup lah dua ekor nih..!!

.....ooh ada sekor lagi nak di timbang kilogram atau miligram.. masa banjir besar ari tu..

P119 TITIWANGSA

Rina Harun(PH-PPBM) 38.7% (23,840)
Datuk Johari (BN - UMNO) 32.0% (19,701)
Mohamad Noor (PAS) 11.1% (6,845)
Majority: 4,139
Spoilt votes: 323
Voter Turnout: 50,858 (82.6%)

Tolong hadamkan senarai nama nama poli'tikus' masa PRU 15 akan datang. Rakyat bolehlah tentukan siapakah calon yang akan mati berdiri dipuncak kuasa itu.

Next PRU 15... nak lagi kena kencing calon pilihan kerajaan Tun Mahathir@PH ini..!? Haaah tepokk..!!

Anonymous said...

Sian aku tgk ko ni. Ok la..jom sokong najib.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails