Wednesday, February 09, 2022

PRN Johor 12 Mac, Kos RM96 juta &PN mampu buat kejutan.

 

1. PRN Johor 12 Mac

JOHOR BAHRU: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 12 Mac ini sebagai hari pengundian bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.engerusi SPR, Datuk Abdul Ghani Salleh, berkata hari penamaan calon ditetapkan pada 26 Februari dan tarikh mengundi awal pula pada 8 Mac.

Hadir sama, Setiausaha SPR, Datuk Ikmalrudin Ishak dan Pengarah SPR Johor, Nor Nekman Jaiman. Menurut data SPR, seramai 2.576 juta pengundi biasa daripada keseluruhan 2.599 juta pengundi berdaftar layak mengundi pada PRN Johor nanti.

Jumlah pengundi di Johor mencatatkan peningkatan kira-kira 28 peratus berbanding hanya 1.8 juta pengundi pada Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU-14) dengan penambahan 749,731 pengundi berusia 18 tahun ke atas susulan pendaftaran automatik Undi18.

PRN Johor perlu diadakan selepas SPR menerima pemakluman rasmi berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor penggal ke-14. SPR secara rasmi menerima notis daripada Speaker DUN Johor, Suhaizan Kaiat berhubung pembubaran DUN Johor penggal yang ke-14 pada 23 Januari lalu.

Pada 22 Januari lalu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dilaporkan berkenan menandatangani watikah pembubaran DUN Johor bagi memberi laluan kepada PRN.

Pada hari sama, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar, Datuk Seri Hasni Mohammad jam 5 petang di Istana Bukit Serene, Johor Bahru.

Kerajaan Johor sebelum ini dilaporkan memiliki majoriti tipis dengan 28 kerusi berbanding 27 kerusi di blok pembangkang, berikutan kematian ahli dewan undangan negeri (ADUN) Kempas, Datuk Osman Sapian yang juga mantan Menteri Besar, pada 21 Disember lalu.

2. Kos PRN Johor RM96 juta

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menganggarkan kos mengendalikan Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor mencecah RM96 juta.

3. PN mampu buat kejutan.

KOTA BHARU: Peluang Perikatan Nasional (PN) untuk membuat kejutan pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor bergantung kepada perancangan dan gerak kerja gabungan itu memenangi hati pengundi.

Naib Presiden PAS, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah, berkata walaupun Johor diketahui kubu UMNO, namun peluang untuk PN memenangi kerusi di negeri berkenaan tidak boleh dinafikan.

"Ia bergantung kepada perancangan dan gerak kerja PN untuk meraih undi dan sekiranya berjalan lancar, mereka mungkin boleh membuat kejutan.

"Dari segi peluang di PRN Johor, seperti Melaka juga cuma kita lihat ada potensi terutama dari segi pengundi baharu. Seramai lebih 700,000 dalam senarai pengundi baharu di Johor.

"Kita bukan mensasarkan semua pengundi muda, cuma mereka antara yang berpotensi kerana kebanyakan mereka tidak terikat dengan parti. Mereka akan mengundi mengikut calon dan isu semasa, jadi potensi banyak di situ.

"Justeru, bergantung kepada perancangan dan gerak kerja. Jika semuanya berjalan dengan baik, mungkin kita (PN)boleh buat kejutan," katanya ketika ditemui di pejabatnya, di sini, hari ini. (IH)


4 comments:

Anonymous said...

Jom kita sokong parti yang pemimpinnya bersih dan court free. Pemimpin bersih, anak buah bersih. Tolak parti yang diterajui oleh pemimpin yang ada 47 kes. Pemimpin korup, anak buah korup. Tolak pemimpin yang berfahaman liberal. Pemimpin liberal, anak buah liberal.

Rakyat berhak memilih pemimpin yang bersih untuk kesejahteraan.

Anonymous said...

12 MAC JOM KITA KE JOHOR BAHARU
TENGOK SURVEY KEADAAN PRU NEGERI
MOOD PENGUNDI TAK SABAR NAK TUNGGU
NAK LINGKUP BOBOI KARTEL KERALA KUTY


MOOD LINGKUPKAN KARTEL KERALA DAH BERMULA
TAK SABAU RASANYA NAK BELASAH BARUA DAP@LEEKWANYEW
INGAT PULAU BATU PUTIH MILIK JOHOR DIGADAINYA
LINGKUPKAN BOBOI GENERASI KERALA KITA SIMEN DULU


#LINGKUPKANBOBOIMELINGKUPLAHPEJWANG

Anonymous said...

Yg pastinya bukan parti Pelacur, bak kata Ku Li..

Anonymous said...

Ku li lagi pelacur, bukan ada ilmu agama. Cakap kosong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails