Wednesday, February 09, 2022

AS labur RM165.3 bilion, M'sia perlu dilabur Islam juga, tapi X Islam AS..

 

83 peratus daripada jawatan dalam syarikat AS di Malaysia diterajui oleh rakyat negara ini - Foto hiasan

Firma AS labur RM165.3 bilion di Malaysia sepanjang pandemik

KUALA LUMPUR: Malaysia merekodkan pelaburan berjumlah RM165.73 bilion daripada 80 syarikat ahli Dewan Perniagaan Amerika-Malaysia (AMCHAM) bagi tempoh 2020 hingga 2021 iaitu ketika era pandemik COVID-19 melanda seluruh dunia.

Menurut Tinjauan Impak Ekonomi 2020/21 oleh AMCHAM, kemasukan pelaburan langsung asing (FDI) tertinggi sejak 1950 daripada syarikat Amerika Syarikat (AS) itu mewujudkan sekurang-kurangnya 134,400 pekerjaan.

"Sejumlah 83 peratus daripada jawatan dalam syarikat responden diterajui oleh rakyat Malaysia, 47 peratus pula melaporkan hampir sepenuhnya menggajikan rakyat tempatan.

"Ia sekali gus mengekalkan komitmen ahli AMCHAM untuk menyumberkan, mengekalkan dan memperkasakan bakat tempatan," katanya laporan itu.

Lebih menarik, 71 peratus daripada 80 syarikat ahli AMCHAM menjangka untuk terus menyuntik pelaburan di Malaysia dalam tempoh lebih lima tahun akan datang.

"Sumbangan kepada ekonomi Malaysia membabitkan penciptaan pekerjaan, pemindahan pengetahuan serta sokongan kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) tempatan.

Pelaburan meliputi sektor pembuatan termasuk elektrik & elektronik (E&E), perkhidmatan serta perniagaan pertanian, pengekstrakan dan tenaga," demikian menurut tinjauan AMCHAM.

Menurut laporan itu, sektor eksport barangan dan perkhidmatan menyumbang RM103.46 bilion, manakala import barangan dan perkhidmatan membabitkan nilai RM71.26 bilion, penyumberan tempatan barang dan perkhidmatan (RM18.5 bilion) dan pembayaran gaji berjumlah RM7.09 bilion.

"Ahli AMCHAM juga membayar cukai berjumlah RM2.9 bilion bagi tempoh 2020 dan 2021, selain menganugerahkan 10,159 kontrak bernilai lebih lebih RM100,000 kepada syarikat tempatan," katanya.

Sejumlah 80 syarikat ahli AMCHAM juga kekal positif dengan prospek ekonomi Malaysia dengan 85 peratus daripada responden menjangkakan pertumbuhan pada tahun akan datang.

"Meskipun berdepan cabaran ekonomi global dengan COVID-19 telah menyebabkan penurunan keseluruhan dalam produktiviti global dan perdagangan, sejumlah 45 peratus syarikat AS menikmati pertumbuhan pendapatan dalam tempoh 2020 dan 2021," katanya.

Menurut Tinjauan Impak Ekonomi 2020/21, syarikat pembuatan AS sekali lagi mendominasi FDI berjumlah RM91.09 bilion tertinggi sejak 1960, manakala perniagaan pertanian, pengekstrakan dan tenaga pula menyumbang RM73.74 bilion, diikuti perkhidmatan RM891 juta.

Berdasarkan pecahan daripada 80 syarikat ahli AMCHAM, sejumlah 53 syarikat melabur di Pulau Pinang; diikuti Selangor (27 syarikat); Kuala Lumpur (26 syarikat); Johor (23 syarikat); Melaka (15 syarikat); Perak (14 syarikat); Sabah (12 syarikat); Negeri Sembilan (11 syarikat); Kedah (10 syarikat); Terengganu dan Sarawak (9 syarikat); Pahang (7 syarikat); Kelantan (5 syarikat); Putrajaya (4 syarikat); Perlis (3 syarikat); Labuan (2 syarikat).

Komen Weblog Ibnu HasyimAS labur di Malaysia RM165.3 bilion sebagai medan dan rakan bisnes. Bahkan Malaysia juga perlu dilabur 'penghayatan Islam' sepenuhnya seperti yang tercatat dalam Al-Quran. Tapi bukan Islam gubahan AS dan baruanya...  

5 comments:

Anonymous said...

hebat kerajaan isle dua kupang turun tambah 22 kali ni... takdir..

Anonymous said...

Walaupun covid, masih ada pelaburan dari luar. Nanti tambahkan lagi pelaburan dari luar. Pedulikan parti liberal. Mereka hidup dengan fitnah. Ilmu ekonomi ke laut, ilmu fitnah phd.

Anonymous said...

Admin tkde bopley, jap lagi kne delete la komen ko der..
Cm gini la puak2 pyokong pak lebai, delusi dan sya k sndiri hahah, tkde bopley nk jwp komen

Anonymous said...

Pelaburan dari rakyat sndiri lebih byk dari pelaburan luar mlalui perjudian 22 x

Anonymous said...

Judi itu dari parti legasi komunis yang parti liberal dan parti kuali sokong. Kelantan dan trengganu zero judi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails