Thursday, October 14, 2021

Zon Aurat Kompleks Kota Darulnaim. Malaysiakini X cermat.

 

Malaysiakini sekali lagi tidak cermat dalam pelaporan

MENJAWAB kepada soalan peserta Dialog Ummah Negeri Kelantan yang diikuti secara tertutup oleh para peserta NGO. Dato’ Panglima Perang mengambil maklum terhadap isu yang telah dibangkitkan, dengan tidak menafikan ada di kalangan kakitangan yang tidak mematuhi pekeliling perkhidmatan.

Justeru pihak Dato’ mengambil tanggungjawab agar pihak pentadbiran dapat mengambil tindakan yang sewajarnya. Untuk makluman pelaksanaan pematuhan etika pemakaian telah dilaksanakan oleh pihak kerajaan negeri. 

Bagi melengkapkan lagi pelaksanaan dan pengawasan kepada peraturan berpakaian masa bertugas bagi anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan ini, maka Kerajaan Negeri Kelantan melaksanakan Zon Menjaga Aurat dalam kawasan Kompleks Kota Darulnaim sebagai peringatan tegas kepada semua kakitangan untuk berpakaian longgar dan menutup aurat semasa bertugas. 

Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1993 (Peraturan Berpakaian Masa Bertugas Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan) menggariskan anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan perlu berpakaian yang menutup aurat dan kemas semasa bertugas. 

Bagi anggota perempuan, pakaian yang dipakai hendaklah jenis yang longgar serta menutup aurat, iaitu seluruh tubuh badan dilindungi oleh pakaian kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. 

Sebagaimana firman Allah S.W.T yang bermaksud: 

“Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang perkara haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka.”

(An-Nur: 31) 

Allah S.W.T telah mewajibkan lelaki mahupun perempuan untuk menutup aurat mereka dan menggariskan tatacara menutup aurat. Tuntutan menutup aurat ini adalah perintah daripada Allah S.W.T. Memakai pakaian yang menutup aurat sebagaimana yang digariskan oleh syarak bererti mentaati perintah-Nya. Bila mana menutup aurat adalah satu ketaatan, maka memakai pakaian yang mendedahkan aurat pula merupakan satu penderhakaan. 

Hadis Rasulullah S.A.W yang bermaksud: 

“Dua golongan dari ahli neraka yang aku belum melihat kedua-duanya iaitu; pertama kaum yang membawa cambuk seperti ekor lembu untuk memukul manusia dengannya, dan; kedua wanita-wanita yang berpakaian tetapi bertelanjang, yang cenderung kepada perbuatan maksiat dan mencenderungkan orang lain kepadanya. Kepala-kepala mereka umpama bonggol-bonggol unta yang senget. Mereka ini tidak akan dapat memasuki syurga dan tidak akan mencium baunya di mana bau syurga dapat dicium dari jarak perjalanan sekian sekian jauh.”

(Riwayat Imam Muslim dari Abu Hurairah R.A)

Semoga etika ini bukan sahaja terpakai di kalangan kakitangan malah perlu diambil berat oleh semua pihak bagi memastikan jolokan ‘Serambi Makkah’ akan menjadi contoh kepada semua pihak. 

JAMAL NAJMUDDIN SULAIMAN
Timbalan Ketua Penerangan
Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan – HARAKAHDAILY 13/10/2021

Sumber Asal: https://www.facebook.com/100000629532241/posts/4685380941492844/

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1/1993 (Peraturan Berpakaian Masa Bertugas Bagi Anggota Perkhidmatan Awam Negeri Kelantan) menggariskan anggota perkhidmatan awam Negeri Kelantan perlu berpakaian yang menutup aurat dan kemas semasa bertugas. 

Bagi anggota perempuan, pakaian yang dipakai hendaklah jenis yang longgar serta menutup aurat, iaitu seluruh tubuh badan dilindungi oleh pakaian kecuali bahagian muka dan dua tapak tangan hingga ke pergelangan tangan. 

Puak-puak jahiliah memang tidak mahu faham, bengong!

3 comments:

Anonymous said...

Eng guan dan presiden parti liberal suka tengok aurat. Pan pun sama. Untuk menghalalkan semua itu, mereka akan berkata itu berkaitan dgn kebebasan individu. Individu bebas nak patuh syariah atau tidak patuh syariah. Jadi pkr dan pan bebas untuk patuh dap mengatasi patuh syariah.

Anonymous said...

Enemy at the gate Part 8 : Pandora Papers dan ‘Singapura jadi lubuk penyangak penyamun dan pencuri menyimpan duit luar negara’.

http://www.ibnuhasyim.com/2021/10/serahkan-tuntutan-pulau-batu-puteh.html?m=1

Patut pemimpin pemimpin Melayu Malaysia ini akur dan berlembut dengan kerenah buli Singapura..!! Isu jembatan bengkok setakat acah acah Melayu Islamik power saja rupanya. 22 bulan diberi kuasa kali ke 2 tak mampu realisasikan Jambatan Bengkok malah pulau timbul tenggelam pulak diberi percuma bila sudah jadi seperti lembu dicucuk hidungnya.

Ramai terlepas pandang kes ‘Pandora Papers’ ada kaitan dengan kekayaanb Bekas Pengerusi Majlis Penasihat Kerajaan (CEP), Tun Daim Zainuddin dan anak-anaknya di luar negara.

“Tanpa pendedahan itu, rakyat tidak tahu anak Daim jutawan sejak umur sembilan dan 12 tahun. Rakyat tahu kekayaan anak Tun M (Tun Mahathir Mohamd). Kalau anak orang lain, mesti meletop panas.

Dari 'ultra' Melayu akhir nyawa jadi barua Lee Kwan Yew@DAP. Bila berhadapan dengan Singapura barua Lee Kwan Yew@DAP ini begitu lunak melayani karenah Singapura. Hingga Pulau timbul tenggelam pun di serah pada anak Lee Kwan Yew pula..!!

Rupa rupanya pendedahan Kertas Pandora inilah caranya Singapura mengugut anjing dan barua mereka senang dipulas tangan mereka di Malaysia supaya patuh pada karenah Singapura.

“Najib (Datuk Seri Najib Razak) bukan kaya raya. Tetapi dikorek sampai ke lubang cacing. Bahkan dimalukan. Aset disita dan diviralkan.

Cubaan dibuat untuk kaitkan kotak kotak itu dengan 1MDB adalah satu umpan yang mudah manipulasi sentimen rakyat marhaen.

Pendedahan tersebut juga membawa kepada satu rahsia besar di mana penyamun pencuri penyangak jadikan Singapura sebagai tempat untuk menyimpan duit yang disamun kekayaan negara. Pandora Papers Dakwa 10 Rakyat Malaysia Simpan Kekayaan Di Singapura.

Syarikat milik Daim adalah syarikat pelaburan atau syarikat pengurusan hartanah, dengan hartanah berkenaan memperoleh pendapatan sewa dan dibeli melalui pinjaman daripada bank Barclays di Knightsbridge, London.

Dalam Pandora Papers sahaja, syarikat dan firma pemegang amanah yang dimiliki oleh anak-anak, isteri atau rakan perniagaan Daim bersama-sama memegang aset bernilai sekurang-kurangnya GPP25 juta (kira-kira RM141 juta).

Singapura adalah lima negara teratas di dunia yang menyalurkan dana ke negara-negara dengan rejim cukai rendah (atau bahkan tidak ada sama sekali) seperti Luxembourg, Cyprus dan Jersey serta Caribbean seperti Kepulauan British Virgin, Bermuda dan Bahamas. Celaka lah talibarut dan barua Singapura.

Pandora Papers juga mendedahkan bsgaimana aktiviti Orang Kaya di Indonesia Memanipulasi Pajak dan menyembunyikan kekayaan mereka di Singapura.

Darah perlu dibalas darah maka kejahatan perlu dibalas dengan cara yang lebih berhemah. Elok lah Langkawi atau Labuan dijadikan hub rejim cukai rendah seluruh dunia bagi menyaingi aktiviti cukai di Singapura.

#CelakalahSingapura&baruanya

Anonymous said...

We don't need AUKUS or else because Singapore is already there. If we want make war with Spore and allies Malaysia NO NEED to joint AUKUS.

What we need is to strenghten our allies with Indonesia our same faith neighbourhood. And Together with Thailand and Vietnam that makes AUKU not functioning at all...!! Period

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails