Thursday, September 16, 2021

India beli 64,087 tan minyak sawit. Kreatif, bukan tak cerdik.

 

Import minyak sawit bertapis India pulih disebabkan kelonggaran dalam peraturan perdagangan - Foto hiasan

India beli 64,087 tan minyak sawit bertapis Malaysia

NEW DELHI: India membeli 64,087 tan olein sawit RBD (minyak sawit bertapis, diluntur dan dinyahbau) dari Malaysia pada Ogos berikutan import minyak sawit bertapis negara itu pulih disebabkan kelonggaran dalam peraturan perdagangan pada Jun.

India mengimport 277,907 tan minyak sawit, termasuk 205,320 tan minyak sawit mentah (MSM) dan 8,500 tan minyak isirung sawit mentah, dari Malaysia pada bulan lalu, menurut data terkini yang dikeluarkan oleh Persatuan Pengekstrak Pelarut India (SEA) yang berpangkalan di Mumbai.

Import minyak makan oleh India pada Ogos secara keseluruhannya berjumlah lebih satu juta tan, termasuk 750,134 tan minyak sawit.

Import olein sawit RBD dalam bulan terbabit sebanyak 187,471 tan berbanding 13,895 tan pada Julai.

Import minyak sawit bertapis dijangka menyaksikan jumlah yang sama dalam tempoh beberapa bulan akan datang, menurut SEA.

Pada Jun lalu, Kementerian Perdagangan India telah memansuhkan sekatan ke atas import minyak sawit bertapis selama enam bulan dalam persekitaran harga minyak masak domestik yang tinggi.

India turut menggunakan pengurangan duti import untuk meningkatkan bekalan minyak makan tempatan.

Dalam langkah terkini untuk mengurangkan harga runcit, pengimport minyak sayuran utama dunia itu telah mengurangkan duti import ke atas MSM, olein sawit RBD, minyak soya dan minyak bunga matahari pada minggu lalu.

Ia mengurangkan cukai import asas ke atas MSM kepada 2.5 peratus daripada 10 peratus manakala kadar cukai asas minyak sawit bertapis dikurangkan kepada 32.5 peratus daripada 37.5 peratus.

Duti efektif semasa, termasuk levi, ke atas MSM ialah 24.75 peratus manakala pada variasi bertapis sebanyak 35.75 peratus.

-BERNAMA

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Nasib baik PH memerintah Malaysia hanya 22 bulan, kalau tidak, habis pokok sawit ditebang ganti buluh. Punya menteri tak cerdik.

Rentas Mendunia.

1 comment:

Anonymous said...

Balasan orang yang suka kencing merata rata. Sepandai pandai Tun mengencing akhirnya kena kencing juga.

Mukhriz ‘bengang’ jawatan pengerusi MPN tidak dapat pada Mahathir. Ingatkan banyak la isu rakyat yang dia nak sentuh. Last-last dia cadangkan bapak dia dilantik jadi Pengerusi MPN. Isu untuk rakyat eeelekk poodah citt.!!

Presiden PEJUANG, Mukhriz Mahathir mendedahkan bahawa Ahli Parlimen Langkawi, Dr Mahathir Mohamad dijanjikan jawatan pengerusi Majlis Pemulihan Negara (MPN) jika Ismail Sabri Yaakob diangkat sebagai perdana menteri.

Mukhriz yang juga Ahli Parlimen Jerlun bagaimanapun berkata, perkara itu tidak berlaku.

“Saya dimaklumkan apabila Ahli Parlimen Bera (Ismail) jumpa Ahli Parlimen Langkawi (Mahathir) sebelum beliau dilantik menjadi perdana menteri baru-baru ini, (beliau) telah dijanjikan MPN akan ditubuhkan sekiranya Bera menjadi perdana menteri dan Langkawi dilantik pengerusinya, malangnya janji tak dikotakan,” katanya ketika membahaskan titah Yang di-Pertuan Agong di Dewan Rakyat.

Muhkhriz menegaskan pihaknya tetap mencadangkan Mahathir sebagai pengerusi MPN.

“Adalah cadangan kami, Ahli Parlimen Langkawi (menjadi) pengerusi MPN. Ini kerana, tiada kepentingan politik yang nak diletakkan, beliau sendiri umum akan letak jawatan pengerusi PEJUANG, sekiranya dilantik pengerusi MPN,” katanya.

Balasan pada orang yang suka kencing merata akhir dikencing jua. Meletakkan atok jadi Pengerusi MPN, lagi tak layak sebab atok bukan saja gagal pertahankan kerajaan PH tapi dia satu-satunya PM yang menjatuhkan kerajaannya sendiri.

Siapa boleh jamin, jika Tun jadi Pengerusi MPN hari ini, esok lusa dia letak jawatan macam dia letak jawatan sebagai PM itu hari. Tak ke sia sia saja nama nye tuhh..!!

Menifesto yang terang lagi BERSULUH dimungkiri apalah sangat janji seseorang yang mahu dapatkan kuasa.

Membuka cerita PM tidak tunai janji sebenarnya lebih mengaibkan Tun sendiri apabila rakyat sydah Tak kesah lagi pun dengan orang tua tersebut.

Padan muko kau boboi..!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails