Wednesday, May 05, 2021

Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii.

 

Kes Gogol Da'i: Sebutan semula 5 Julai

SHAH ALAM: Mahkamah Sesyen Shah Alam hari ini menetapkan 5 Julai untuk mendengar semula kes pendakwah selebriti Da'i Syed atau nama sebenarnya Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, yang didakwa atas satu tuduhan seksual membabitkan seorang penuntut kolej swasta berusia 22 tahun.

Hakim Mahkamah Sesyen Rihaida Rafie berkata, masa berkenaan cukup bagi serahan baki dokumen untuk diteliti, iaitu laporan kimia dari Jabatan Kimia.

"Tarikh 5 Julai untuk sebutan semula harus dimaklumkan kepada Jabatan Kimia," katanya di sini hari ini.

Peguam Syed Amirul Syed Edros yang mewakili Syed Shah Iqmal, menyerahkan laporan perubatan daripada Hospital Kajang hari ini.

Bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nor Baizura Mohd Saubian, memohon tarikh sebutan semula lebih awal, iaitu selama tiga minggu daripada tarikh hari ini.

Terdahulu, Nor Baizura berkata dua dokumen perubatan dari Hospital Shah Alam dan Hospital Temerloh, Pahang juga diserahkan pihaknya kepada pihak pembelaan.

Pada 10 Disember 2020, Syed Shah Iqmal, 25, mengaku tidak bersalah merogol seorang wanita berusia 23 tahun di dalam bilik di sebuah kondominium di I-City, Seksyen 7 di sini, pada 11.35 malam, 11 September 2019.

Dia didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Syed Shah Iqmal turut didakwa mencabul kehormatan serta merogol seorang penuntut kolej swasta wanita di Mahkamah Majistret Petaling Jaya dan dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Petaling Jaya atas kesalahan melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa yang sama.

Kedua-dua kesalahan itu didakwa dilakukan di rumah sewa tertuduh di Damansara Perdana, 17 Oktober 2020. – BERNAMA

Ikutilah siri-siri terkini kes rogol berikut..

Rogol 1:Pasngan Suami-Isteri rogol gadis di Bukit Tinggi.  Rogol 2: Dipenjara 1,050 tahun, 24 sebatan.  Rogol 3: Budak 10 tahun didapati hamil di Sarawak.... Rogol 4: Babitkan wanita kasta rendah di IndiaRogol 5: Bukti Gagalnya Barat. Perancis X dapat Me...  Rogol 6: Persundalan Elit. Pengasas Sugarbook dita...  Rogol 7: Kes Rogol ADUN Tronoh. Esok sambung lagi.  Rogol 7 (i): ADUN Tronoh. 2 kesan koyakan baharu p... Rogol 8: Da'i, rogol + setubuh di luar tabii.

1 comment:

Anonymous said...

Yg tu bukan ahli pas.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails