Monday, May 03, 2021

Jasper, artis belum Islam ini, berpuasa sejak sekolah

 

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Kisah artis bukan Melayu yang belum berpuasa bukanlah perkara luar biasa, malah semakin ramai mengamalkan puasa demi menghormati bulan Ramadan.

Pelakon dan penyanyi, Jasper Supayah juga tidak ketinggalan berpuasa sejak zaman persekolahan lagi.

"Saya mempunyai ramai kawan di kalangan orang Melayu. Apabila berpuasa, saya ikut serta. Ia satu nikmat yang tidak terucap. Apabila bergelar anak seni, rutin berpuasa diteruskan.

"Malah, ada pihak produksi yang terlupa yang saya bukan Islam. Jadi, mereka tidak sediakan makanan. Saya okay sahaja. Ikutkan, mereka menawarkan diri untuk membeli makanan, tetapi saya menolak.

"Saya selesa menghormati mereka yang berpuasa ketika menjalani penggambaran. Saya anggap berpuasa sebagai satu cara menjaga kesihatan. Benda baik, tidak salah ikut. Paling seronok momen ketika berbuka puasa di lokasi penggambaran dapat merasai pelbagai menu berbuka puasa," katanya kepada BH Online.

Pelakon drama Aku Yang Kau Gelar Isteri itu berkata, dia masih boleh menahan diri tidak mengambil makanan, tetapi kalah pada minuman.

"Saya boleh tahan menahan lapar, tetapi dengan air, saya lemah. Saya cepat haus. Saya respek pada rakan-rakan yang boleh menahan lapar dahaga.

"Saya selalunya cuba bertahan ketika berpuasa. Kalau tidak larat, saya memang berbuka puasa sahaja. Pengurus pun selalu berpesan tidak perlu berpuasa kalau tak larat. Lagipun, saya mempunyai penyakit gastrik, kalau diserang memang kesan berhari-hari," kata gadis yang berdarah kacukan Cina-India itu.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails