Friday, May 07, 2021

Masjid Agong Kesultanan Melaka di A Famosa? Roboh atau Tambah..

 

PERZIM nafi tapak masjid terbabit di pintu gerbang Kota A Famosa

Masjid Agong di zaman keagungan Kesultanan Melaka memang wujud tetapi tapaknya bukan di pintu gerbang Kota A Famosa, “Porta de Santiago” tetapi di sekitar Bulatan Kancil berhadapan Bangunan Stadhuys, kata Pengurus Besar Perbadanan Muzium Melaka (PERZIM) Mohd Nasruddin Rahman.

Beliau berkata, apa yang mengelirukan masyarakat adalah apabila mereka menganggap A Famosa itu adalah pintu gerbang arah selatan iaitu Porta de Santiago yang selalu menjadi tumpuan pelancong sedangkan ia adalah sebahagian daripada keseluruhan kota A Famosa itu sendiri.

“Jadi, betullah apabila dokumentari itu menyatakan Masjid Agong berada di dalam kota A Famosa,” katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di sini hari ini.

Mohd Nasruddin berkata, A Famosa bermula dengan kota kecil digelar “Fortaleza de Malaca” yang dibina Portugis sebagai benteng pertahanan untuk menangkis serangan pelbagai pihak termasuk Sultan Mahmud Shah bagi mendapatkan kembali Melaka dari tangan Portugis.

“Untuk mengukuhkan kedudukan mereka, Portugis mula membesarkan kota tersebut lalu digelar A Famosa. Jadi, mengatakan Masjid Agong terletak di bawah kota A Famosa adalah betul.

Cuma apa yang salah adalah persepsi masyarakat mengenai istilah A Famosa yang sebenarnya,” katanya mengulas mengenai sebuah dokumentari yang mendakwa terdapat masjid di bawah A Famosa.

Mengenai Masjid Agong, Nasruddin menjelaskan, memang ada dalam catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu yang mana ia diruntuhkan dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511.

“Ia wujud di sekitar situ dan kerana itulah kita bina Surau Warisan, sebagai simbolik adanya sebuah masjid di kawasan tersebut. Malahan memang ada binaan di bawah bangunan Stadthuys dan ia wujud sebelum bangunan itu dibina lagi. Cuma kita tak pasti apa. Takkan kita nak roboh Stadthuys pula kan?,” katanya.

Katanya, kota A Famosa sebenarnya dibina di atas runtuhan Kota Melaka dengan menggunakan bahan sekitar termasuk runtuhan binaan masjid, istana dan pelbagai lagi.

Kota (Melaka) ini besar dan ia menempatkan istana utama, istana permaisuri, kubu pertahanan dan penempatan rakyat jelata yang berkeluasan dianggarkan tiga kilometer, jadi pelbagai binaan dalam kota ini yang digunakan Portugis untuk membina kota A Famosa,” katanya. -Bernama

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kota A Famosa sebenarnya dibina di atas runtuhan Kota Melaka dengan menggunakan bahan sekitar termasuk runtuhan binaan masjid, istana dan pelbagai lagi.

Dalam catatan sumber Portugis dan sejarah Melayu kota Melaka diruntuhkan dan dibakar oleh penjajah Portugis ketika menakluk Melaka pada 1511. Kini yang ada dibina 'Surau Warisan', sebagai simbolik adanya sebuah masjid di kawasan tersebut. 

Sebenarnya, Kota (Melaka) ini besar dan ia menempatkan istana utama, istana permaisuri, kubu pertahanan dan penempatan rakyat jelata yang berkeluasan dianggarkan tiga kilometer, jadi pelbagai binaan dalam kota ini yang digunakan Portugis untuk membina kota A Famosa. 

Soalnya sekarang, mengapa kerajaan kini, yang kononnya merdeka, tidak memaparkan sejarah Kota Melaka sebanding dengan kota A Formosa warisan penjajah? Kesan-kesan penjajah Portugis ditonjolkan berlebihan, hingga menenggelamkan kesan-kesan kesultanan Melaka yang sudah hilang? Perlu diroboh atau ditambah lagi?

Sila lihat juga..

2 comments:

Anonymous said...

Enemy at my gate : Pepatah orang putih berbunyi “If you have friends like Singapore you don’t need enemy” atau maksud dalam bahasa Melayu nya “kamu tidak perlu kan Musuh jika kamu berkawan dengan Singapura”. Mengapa perlu ada musuh jika sahabat mu sendiri berkelakuan seperti musuh. Namun begitu lah kenyataan nya.

Singapura amat bernasib baik kerana memilki sebuah parti proxy DAP melalui baruanya PejWang, PKR dan PAN di Malaysia yang boleh membantu untuk mencapai cita cita masa depan nya.

Walau pun di Negara jiran kita ada orang Melayu tetapi mereka tidak dapat Malaysia jadi kan proksi untuk bangsa Melayu. Kerana apa.!?

Sebabnya orang Melayu Singapura menjadi contoh untuk di lihat oleh orang Melayu Malaysia sebagai yang di tindas, maka ramai lah pihak melenting dan membidas kenyataan itu.

Melayu Singapura sendiri yang menjawap dengan mengata kan mereka semua maju, berjawatan tinggi tanpa perlu kan tongkat dan bantuan subsidi.

Amat betul lah kata mereka , tetapi mereka lupa jika mereka berjaya menjadi engineer, doctor atau pun saintis sekali ia lah mereka tetap melapor kan diri kepada orang atasan mereka yang berbangsa lain.

Berikan kami nama seorang di kalangan Melayu Singapura bergelar ahli perniagaan berjaya bertaraf billionaire di Singapura setaraf taikun taikun billionaire kaum Cina di Malaysia.

Kalau ada sila namakan taikun billionaire Melayu di Singapura itu. Berikan fakta profile dan biodata billionaire Melayu Singapura itu.

Di Malaysia ramai taikun orang Cina jadi billionaire sebab 22 tahun 22 bulan di beri muka berlebih lebihan oleh pemimpin Melayu yang dulu dijulang ultra Melayu tapi akhir sisa nyawa melutut jadi barua DAP@ LeeKwan Yew.

Singapura selalu dijadikan idola oleh parti DAP dan Kaum Cina di sini dengan bantuan barua mereka kalangan Melayu dalam Parti PejWang, PKR dan PAN kejayaan sulung mereka adalah berjaya bila akhirnya ISA dimansuhkan.

Di Singapura PAP sebagai pemerintah masih lagi mempraktik hukuman ISA yang zalim, dan PAP ada lah abang kepada DAP. Peliknya barua2 melayu DAP ini senyap sepi buta mata hati.

Nampak tak betapa licik game mereka, game serampang dua mata di Singapura ISA kekal tapi di Malaysia berantakan untuk dimansuhkan. Parti DAP dengan bantuan khadam Melayu mereka dalam PKR, PAN dan PejWang pula yang terkinja kinja memansuhkan hukuman ISA.

Membarai kan apa apa sahaja yang berbau Islam dan Melayu ada lah “main targert” proksi mereka disini yang ditunjangi PAP Singapura.

PH melalui parti PejWang , PKR kesemua pemimpin utama parti ini dan anak cucu masing masing ada ciri ciri pejuang anutan Pluralisma agama , Liberal, COMANGO, G25, Gay dan LGBT.

Parti PAN oleh Mat Sabu yang ada bau bauan syiah pula menyanjung aspirasi perjuangan DAP@PAP dalam Pakatan Harapan sebagai abang besat di Malaysia.

Apakah tujuan negara jiran masih mengekalkan hukuman ISA? Siapa musuh mereka? Orang cina? Orang Melayu?

Melayu di Malaysia harus faham betul betul sesuatu isu. Kenali Musuh orang Melayu dan barua suruhan DAP@Lee Kwan Yew yang sedang membatu api kan sesama Melayu utk pecah belahkan kesatuan Melayu.

Kuatkan azam sedarkan pengundi muda melaya PRU 15 kali ini pastikan nama nama pemimpin utama itu dalam PKR, PAN dan PejWang dilenyapkan terus dalam peta politik Malaysia.

#BaruaDAPberertibaruaLeeKwanYew

Anonymous said...

Sangat setuju dengan pendapat ibnuhasyim.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails