Friday, February 05, 2021

X Adil lantik Thomas Peguam Negara semasa PH... -Ustazah Nuridah.

 

Pelantikan Peguam Negara perlu sejajar identiti Islam

KUALA LUMPUR: Pelantikan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara ketika pemerintahan Pakatan Harapan (PH) menggambarkan realiti politik yang tidak berteraskan konsep keadilan Islam.

Ketua Dewan Muslimat PAS Malaysia, Senator Ustazah Nuridah Mohd Salleh berkata demikian susulan kontroversi buku Tommy Thomas, My Story: Justice in the Wilderness yang telah mengundang pelbagai reaksi pemimpin dan masyarakat Malaysia.

Bagaimanapun, pendedahan yang dilakukan itu juga termasuklah tindakan mendedahkan konflik politik ketika Februari 2021 yang melibatkan Yang di-Pertuan Agong sebagai kegagalan beliau sebagai Peguam Negara.

Menurutnya, seharusnya sebagai pemimpin negara Islam perlu melantik individu-individu terpenting negara dalam kalangan mereka yang beragama Islam bagi mengemudi kerajaan.

Beliau menambah, lantikan jawatan tersebut seharusnya melalui Dewan Rakyat dan bukan melalui Pejabat Perdana Menteri.

“Jemaah kabinet pun tidak terlibat secara langsung ketika pemilihan Tommy Thomas sebagai Peguam Negara.

“Sepatutnya jawatan-jawatan besar sebegitu dibawa kepada select committe parlimen bagi menilai calon-calon yang layak.

“Bukan hanya melihat kepada kredibiliti sahaja, tetapi perlu meletakkan syariat Islam sebagai garis panduan yang utama terlebih dahulu.

“Inilah realiti politik yang menunjukkan matlamat menghalalkan cara iaitu jauh daripada keadilan Islam.

Justeru itu, melalui kontroversi berkenaan buku ‘memoir’ yang ditulis Tommy Thimas itu juga adalah bukti nyata bagaimana Yang di-Pertuan Agong telah melaksanakan tanggungjawab Baginda dalam tempoh peralihan kuasa dengan seadil-adilnya tanpa cuba memihak kepada mana-mana pihak seperti didakwa.

Dalam pada itu, Nuridah menasihatkan kepada semua pemimpin Islam agar melaksanakan tanggungjawab dengan penuh integriti dan adil dalam memberi segala kemaslahatan kepada rakyat kerana semuanya akan dihadapkan di mahkamah Allah kelak.– HARAKAHDAILY 4/2/2021

IHtv

9 comments:

Sani said...

Penunggang agama berbicara..dulu tuduh UMNo kafir.sekarang jadi lain.inilah perosak agama

Unknown said...

He. He. Bagi puak penyokong PH bila pas lantik tomy jadi peguam untuk kes royalti maka bermakna tomy ada kuasa untuk buat dasar berkaitan undang2 negara, boleh gugurkan pelbagai kes lain

Nanti bolehlah kalau depa kena tangkap tak ikut sop covid depa lantik peguam supaya peguam dilantik tu ubah undang2 yang ada, gugurkan apa2 kes yg depa tak suka... Lawak lawak, tahap tadika punya fikiran

avanza5990 said...

tak ada ke ulamak pas nak buat solat hajat live halau covid jam 5.50 pagi. ambo nak sumbang tin ni. hj hadi buat solat hajat live dr istana negara halau covid. ulamak nusantara confirm covid cepat hilang dari muka bumi.....jgn marah. saja nak cadang. nampak degil covid nak lenyap. mcm tak reti nak buat apa dah ni. kita harap ke hj hadi jer loni..........jgn marah yer.

Anonymous said...

Kalau mintak bang non buat solat hajat, beruk di hutan pun terkejut. Terkejut beruk.

Anonymous said...

Adilkah pemimpin Melayu Islam Malaysia dari dulu hingga sekarang bergaji puluhan ribu tetapi MAJORITI RAKYAT Melayu Islam kekal miskin papa kedana sampai hari ini?

Adilkah ustazah jadi menteri yg bukan melalui pilihan rakyat / pilihanraya?

Ustazah fahamkah apa itu adil Islam?

Unknown said...

Kau tu yg tak faham erti adil, kau ingat adil tu apa yg orang ramai suka? Pi belajar dululah apa maksud adil dlm islam

Sani said...

Udah2 ler.depa tak kisah pun Kita dok perlu,sindir Dan ngata..yo lah dulu semua tak betul.sampai boleh tuduh UMNo kafir.lerni depa seronok.yg kat bawah ni apo dpt..dok backing depa..depa dpt jawatan,dpt 50k,dpt mercedes..
Yg dok bawah bergomo semasa sendiri.kesian Kan🥰

Unknown said...

Itulah modal yg kau ada, dulu pas kata umno kapir, kau cuba sebut nama orang umno yg pas senaraikan kapir, ada?

Anonymous said...

Jd yg terkorban tragedi memali dlu apa kes??

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails