Sunday, January 31, 2021

PAS sentiasa prihatin dengan nasib Mu’allaf, Al-hamdulillah!

 

DALAM Islam, Mu’allaf adalah panggilan untuk individu bukan-Islam atau bukan-Muslim yang mempunyai harapan untuk memeluk Islam atau warisan Islam yang imannya masih perlu disokong dan diperkuat.

Makna Mu’allaf adalah luas. Konsep Mu’allaf umum, bukan hanya mereka yang baru memeluk Islam, bahkan mereka yang belum memeluk Islam dapat dikategorikan sebagai Mu’allaf jika ia akan didekati oleh hatinya, bahkan orang bukan-Islam yang perlu kita dekati dia, untuk memberikan perlindungan kepada umat Islam, dapat dianggap Mu’allaf. Dalam surah at-Taubah ayat 60 disebutkan bahawa Nu’allaf adalah antara mereka yang berhak menerima zakat.

PAS Miri dan PAS Cawangan Senadin bersama dengan Jabatan Amal Malaysia Kawasan Miri telah mengunjungi beberapa keluarga Mu’allaf yang kurang bernasib baik dan terjejas oleh banjir di sekitar Kampung Batu Satu, Kampung Muhibbah, Kuala Baram dan Tudan. Banyak keluarga Mu’allaf dan penduduk kampung yang terjejas oleh banjir masih memerlukan bantuan untuk memperbaiki rumah mereka yang rosak.

PAS Miri telah menyampaikan sumbangan untuk meringankan beban keluarga yang dikunjungi. Terdapat juga ibu tunggal, pesakit kurang upaya dan keluarga miskin yang masih memerlukan perhatian.

Sekali lagi, kami menggesa pihak berwajib dan pihak-pihak yang berkaitan untuk segera membantu menyalurkan keperluan asas dan membina saluran perparitan untuk mencegah banjir berulang, terutama di kawasan tanah rendah. Kerjasama dengan pihak yang berkaitan untuk menangani masalah ini dengan segera amatlah dihargai.

JOFRI JARAIEE
Pesuruhjaya PAS Sarawak 

3 comments:

Anonymous said...

Tun Mahathir dirty works and yet other to be blame..!!

So, it was Mahathir and not Muhyiddin who is at fault. And yet the Pakatan Harapan people are accusing Muhyiddin of “stealing” the government. With this latest revelation by Tommy Thomas, the truth is finally known. And that truth is: Muhyiddin is not a backdoor Prime Minister after all.

Anonymous said...

Kajian yang dibuat oleh portal berita The Malaysian Insight mendapati, sembilan daripada 10 responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan cara kerajaan Perikatan Nasional (PN) mengawal pandemik Covid-19.

Dalam tinjauan 24 jam yang dibuat di Twitter The Malaysian Insight pada Jumaat, 96% daripada 2,450 responden berkata mereka tidak berpuas hati dengan cara bagaimana wabak Covid-19 dikekang oleh kerajaan. Hanya 4% berpuas hati.

Begitu juga di Facebook, 92% daripada 93 responden mengatakan tidak kepada soalan adakah mereka berpuas hati dengan bagaimana kerajaan mengawal pandemik itu.

Poll yang dibuat oleh TMI melalui twitter.

Sebahagian pengguna twitter dan facebook juga meminta agar Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba dipecat.

Mereka juga melahirkan rasa tidak berpuashati dengan Menteri Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri yang hanya membacakan teks yang disediakan tetapi tidak menjelaskan banyak perkara.

Mereka juga berkata, penguatkuasaan SOP juga lemah dan selalu bertukar-tukar.

Pengguna Twitter Aruna (@imfsea_aruna) pada hari Jumaat berkata, “Menteri Kesihatan (Dr Adham Baba) harus dipecat segera.

“Menteri Pertahanan Ismail Sabri disinonimkan dengan kes Covid-19, membaca teks dan menerangkan jumlah orang yang ditangkap dan didenda semasa PKP.

“Tetapi tidak ada yang tahu berapa banyak denda yang dikumpulkan kerajaan,” kata Aruna.

Mengulas keputusan itu, pengarah eksekutif Ilham Centre Hisomuddin Bakar berkata, beliau tidak terkejut dengan hasil tinjauan itu.

“Sangat jelas ramai yang tidak berpuas hati dengan PKP 2.0 dan Darurat kerana gagal menurunkan jumlah jangkitan selepa dua minggu mengumumkannya pada 11 Januari.

“Penguatkuasaan SOP yang lemah dan selalu bertukar-tukar dalam membuat keputusan kerajaan menunjukkan Majlis Keselamatan Nasional belum belajar apa-apa dari PKP 1.0,” kata beliau sebagaimana dilaporkan ole

Anonymous said...

Sedarlah kejatuhan sesuatu bangsa zaman moden ini adalah ditentukan oleh bangsa mereka sendiri dan bukan kerana kejayaan kaum lain.

Melayu hari ini akan menjadi bangsat kerana dibangsatkan oleh Melayu UMNO dan bukan oleh DAP.

Zimbabwe, Sri Lanka kini didalam cengkaman Cina komunis bukan kerana adanya rakyat mereka berketurunan Cina yang menekan mereka.

Mereka dibangsatkan oleh pemimpin korup mereka yang menggadaikan negara mereka ke tangan Komunis China.

What Zimbabwee and Sri Lanka today is what Malaysia tomorrow.

Dahulunya perajurit kita anak melayu beribu terkorban dan ramai lagi yang cacat tercedera mempertahankan negara bangsa di medan perang di hutan belantara hidup rakyat terseksa.

Hari ini berbondung-bondung China Kominis diberikan layanan istimewa dan datang dan duduk di bumi Melayu malah diberi layanan lebih istimewa dari penjajah yang pernah menjajah kita.

Kini telah wjud wilayah bebas dalam bentuk tapak kediaman dan perkilangan industri bagi rakyat China Komunis di bumi kita.

Universiti China besar tersergam indah khusus untuk pelajar China Komunis dibina dikawasan Dengkil berdekatan Sepang.

Kita kini berhutang ratusan billion Ringgit kepada Cina untuk projek ECRL yang menguntungkan Cina menakala beban hutang ditanggung oleh rakyat.

Puncaknya kini UMNO BN duduk roundtable bersama berbincang dengan wakil Parti Komunis China dibumi kita.

Apakah akan berlaku transformasi ideologi komunis kepada UMNO BN.

Dalam suasana kita di bumi Melayu ini mula dikelilingi dan dibayangi oleh kuasa Komunis China apakah ketuanan Melayu, hak istimewa Melayu, kedudukan Raja Raja Melayu, Islam sebagai agama negara tidak terancam ?

Apakah Cina rakyat Malaysia yang mengancam Melayu. ?

Apakah segala ancaman dan kerosakan yang berlaku keatas 1MDB SRC, LTAT, TABUNG HAJI. MARA. FELDA FGV . FIC . BANK NEGARA pengkhianatan terhadap Tanah Rezab Melayu yang kini hanya tinggal 12% dan di Johor skandal rasuah mengkhianati hak terhadap peruntukan hartanah lot Bumiputra bagi rakyat Melayu Johor adalah malapetaka dan angkara DAP ?

Sedarlah bahawa pemimpin pemimpin Melayu UMNO yang diberikan kuasa dan amanah oleh Melayu kini yang menghancurkan serta merosakan Melayu dan Negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails