Saturday, February 06, 2021

Cipta Peluang Kerja &Niaga Begini Di Tempat Anda, Mampukah?

 

Riduan (kiri) dan Mohd Redhauddin (kanan)

Jual roti RM1 sepanjang PKP

PUTATAN: Seorang peniaga roti menjual pelbagai roti dengan harga RM1 sejak November tahun lalu.

Ridzuan Jamal, 28, yang memiliki pekerjaan tetap sebagai Penyelia Kanan Jurutera Mekanikal dan Elektrik di sebuah syarikat swasta sebelum mengambil keputusan berhenti kerja dan memulakan perniagaan roti secara serius.

"Asalnya perniagaan roti ini dimulakan bapa saudara ketika awal pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) tahun lalu di sekitar daerah Papar.

"Cara pemasarannya tetap sama menjual roti secara bergerak dari satu lokasi ke satu tempat yang lain tetapi bezanya beliau menjual roti dengan harga RM2.

"Beliau sering mengadu perusahaan roti diusahakannya kurang mendapat sambutan dan kebetulan sudah berhenti kerja, saya terus membantu bapa saudara dari segi penjenamaan dan pemasaran," katanya.

Riduan berkata, antara roti RM1 yang dijual termasuk roti tausa, golok, bilis, tuna, sosej dan chicken floss.

"Keadaan ekonomi yang tidak menentu berikutan penularan wabak COVID-19 ketika ini juga akan membuat pelanggan atau pembeli mahu sesuatu barangan terutama makanan dijual pada harga mampu milik serta berkualiti.

"Kami mahu berniaga mencari sumber pendapatan dan pada masa sama tidak mahu ada pihak sampai tahap tiada kemampuan membeli makanan disebabkan harga pasaran yang mahal," katanya kini mampu menjual lebih 3,000 biji roti setiap hari.

Mengulas lanjut mengenai perniagaan roti RM1 diusahakan, Riduan berkata, dia juga sudah mewujudkan beberapa pasukan untuk membantunya memasarkan semua roti mengikut lokasi berikutan sambutan luar biasa dalam kalangan pelanggan.

Riduan berkata, semua yang membantu memasarkan roti RM1 itu terdiri daripada rakan-rakan yang turut terjejas sumber pendapatan akibat pandemik COVID-19.

Sementara itu, rakannya, Mohd Redhauddin Ahmad, 26, berkata dia mula mengikuti Riduan berniaga roti terbabit sejak dua minggu lalu dan mampu meraih purata pendapatan sekitar RM100 sehari.

Mohd Redhauddin berkata, dia turut menjual roti itu kerana hilang sumber pendapatan sebagai seorang pemuzik sejak tahun lalu.(BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Ya, khususnya untuk remaja. Apabila berazam, berusahalah, belajar, cari lokasi dan bertawakkal kepada Allah SWT. 

Insya Allah kita bersambung kepada peluang-peluang yang lain pula.

1 comment:

Anonymous said...

Cer baca komen asri janggut

Bmf apa citer?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails