Saturday, February 06, 2021

Syabas Dr Kamarul Zaman. Bongkar Hukuman LITTLE Bawah Dr M &DAESH Kini.

 

Penyokong DAESH dihukum, penyokong LTTE dilepas

SAYU rasa di hati bila membaca berita mengenai bagaimana seorang lelaki bernama Nahzatulazran A Rahman dijatuhkan:

(1) Hukuman penjara 10 tahun di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas DAESH dengan cara mengedar bendera dan kain kepada beberapa individu.

(2) Hukuman penjara 3 tahun di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas DAESH dengan cara memiliki bendera, papan, bingkai gambar, gambar dan video.

(3) Hukuman penjara 3 tahun di bawah Seksyen 130JB(1)(b) Kanun Keseksaan kerana mengedar item berkaitan kumpulan pengganas DAESH dengan cara mengedar bendera dan kain kepada beberapa individu.

Segera saya teringat kepada kenyataan Ketua Penolong Pengarah Bahagian Anti Pengganas (E8) Cawangan Khas Bukit Aman waktu itu, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay, mengenai tangkapan pada 10 Oktober 2019 ke atas ADUN N.24 Seremban Jaya merangkap Timbalan Pengerusi DAP Negeri Sembilan, YB Gunasekaren Palasamy, dan ADUN N.7 Gadek merangkap Setiausaha Organisasi DAP Melaka dan Ketua DAPSY Melaka, YB Saminathan Ganesan, kerana menghadiri program Hari Perwira LTTE di Dewan Kasturi Ayer Keroh, Taman Ayer Keroh Heights, Melaka, menyampaikan ucapan yang menyokong LTTE dan mengedar item-item yang berkaitan dengan LTTE di dalam program tersebut.

Pada 29 Oktober 2019, YB Saminathan pun didakwa di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE dan didakwa di bawah Seksyen 130JB(1)(a) Kanun Keseksaan kerana memiliki item berkaitan kumpulan pengganas LTTE manakala YB Gunasekaren pula didakwa di bawah Seksyen 130J (1)(a) Kanun Keseksaan kerana memberi sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE.

Begitupun, hasil daripada arahan untuk tidak meneruskan prosiding yang dikeluarkan oleh Peguam Negara waktu itu, Tan Sri Tommy Thomas, yang mendapat dukungan daripada Perdana Menteri waktu itu, Tun Dr Mahathir, yang menyebut secara rasmi ‘tidak ada sebab kita teruskan label LTTE sebagai terrorist’, walaupun Menteri Dalam Negeri waktu itu, Tan Sri Muhyiddin, tegas mengumumkan pada 22 Februari 2020 bahawa beliau ‘mempunyai asas yang kukuh untuk mengekalkan penyenaraian LTTE sebagai kumpulan pengganas’ dan bahawa ‘Peguam Negara tidak mempunyai apa-apa kuasa di bawah undang-undang untuk mencampuri urusan yang berada di bawah bidang kuasa Menteri Dalam Negeri’, maka:

(1) YB Gunasekaren pun dilepas dan dibebaskan pada 24 Februari 2020.
(2) YB Saminathan pula dilepas dan dibebaskan pada 25 Februari 2020.

Kedua-dua kes adalah sama, melibatkan pemberian sokongan kepada kumpulan pengganas dan/atau pemilikan item berkaitan kumpulan pengganas, satu kepada DAESH dan satu lagi kepada LTTE, malah pemberian sokongan kepada kumpulan pengganas LTTE boleh dianggap sebagai jauh lebih serius kerana ia turut melibatkan ucapan dan bukan sekadar pengedaran item sahaja seperti di dalam pemberian sokongan kepada kumpulan pengganas DAESH.

Malangnya mengapa Nahzatulazran dijatuhkan hukuman penjara tetapi YB Gunasekaren dan YB Saminathan dilepas dan dibebaskan begitu sahaja?

Apakah yang menyebabkan layanan berbeza boleh diberikan kepada Nahzatulazran berbanding layanan kepada YB Gunasekaren dan YB Saminathan? Di manakah keadilan?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 6/2/2021


Lihat sebelum ini.. 

2 comments:

Anonymous said...

Sapa pgg kuasa skrg?

Hudud sm ruu355 apa citer?

Anonymous said...

Selepas PRU 15 blh cerite

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails