Monday, February 01, 2021

Terbaharu penyelidikan QGenAnalysts, semalam.. Muhyiddin 58%, A.Hadi 19%, Anwar 11%..

 

Muhyiddin kekal dapat sokongan majoriti rakyat

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin kekal berada dalam sokongan majoriti rakyat Malaysia sebagaimana kajian terbaharu yang dikeluarkan oleh badan penyelidikan QGenAnalysts (QGA), semalam.

Dapatan utama itu menunjukkan, Muhyiddin masih menjadi pemimpin utama pilihan rakyat meliputi pelbagai kaum, peringkat umur dan juga kategori pendapatan dari zon Pantai Timur pinggir bandar yang juga Kawasan campuran.

Diikuti kajian sama pada September di kawasan luar bandar juga bermajoriti Melayu dengan sokongan lebih tinggi apabila 94 peratus rakyat memihak kepada Perikatan Nasional, malah mahu terus kekal hingga akhir penggal.

Manakala di pinggir bandar berpenduduk seimbang Melayu dan bukan Melayu, kajian sama pada Oktober merekodkan 56.02 peratus rakyat meyakini gabungan Perikatan Nasional berbanding hanya 22.41 peratus kepada Pakatan Harapan.

Terdahulu, QGA telah menunjukkan kecenderungan dan peralihan sokongan rakyat Malaysia kepada agenda baharu untuk Malaysia dicetuskan dari Muafakat Nasional yang dimeterai PAS dan Umno pada kajian diumumkan Februari tahun lalu.

Pilihan ke atas Muhyiddin dalam kajian terkini QGA itu merekodkan jumlah sebanyak 58 peratus, diikuti Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (19%) dan Dato’ Seri Anwar Ibrahim (11%), sementara Dato’ Sri Mohd Najib Abdul Razak (6%) dan lain-lain (6%).

Manakala pilihan berdasar kaum, Muhyiddin menjadi pilihan Melayu (63%), Cina (51%) dan India (67%), diikuti Abdul Hadi menjadi pilihan 29 peratus Melayu, manakala Anwar menerima pilihan dari Cina (29%) dan India (24%).

Secara pecahan usia juga kajian mendapati empat pecahan umur iaitu 20 hingga 30 dan 31 hingga 40, serta 41 hingga 50 dan 51 ke atas, semua majoriti memilih Muhyiddin Yassin diikuti Abdul Hadi Awang dan Anwar Ibrahim.

Pilihan rakyat menurut kumpulan pendapatan isi rumah pula merekodkan B40 dan M40 konsisten memilih Muhyiddin diikuti Abdul Hadi dan Anwar, namun T40 memilih Najib selepas Muhyiddin, tetapi masih berjurang jauh.

Kajian QGA ini juga mendapati faktor banteras rasuah dan salah guna kuasa mempengaruhi rakyat dalam memilih sesebuah parti atau gabungan bersama faktor-faktor lain antaranya mengutamakan pemulihan ekonomi negara.

Juga mempertahankan keluhuran Perlembagaan Persekutuan dan memperjuangkan agama serta mengutamakan keharmonian masyarakat majmuk; baik mengikut pecahan kaum, umur mahupun kumpulan pendapatan isi rumah.

Di bawah kajian dan pecahan sama menunjukkan penolakan ke atas parti atau gabungan politik pula adalah atas faktor disabitkan dengan isu rasuah; mengganggu kedudukan Islam, Melayu dan Bumiputera.

Juga membangkitkan sentimen perkauman; gagal menunaikan manifesto; dan juga tiada hala tuju jelas, sebaliknya ciri pemimpin pilihan adalah mesra rakyat; berintegriti; berpengalaman luas; berwibawa; dan beragama.

Kajian kali ini juga dalam mendapatkan pandangan mengenai logo sesuai digunakan gabungan parti politik menunjukkan 55.95 peratus tidak pasti, 28.61 peratus memilih logo gabungan PN, MN dan PH, manakala 15.44 peratus mahu logo parti masing-masing dikekalkan. – HARAKAHDAILY 30/1/2021


Ini selari dapatan sama kajian Analisis Persepsi Kepimpinan Semasa Di Malaysia di kawasan bandar bermajoriti Melayu, di mana Perikatan Nasional diterima 82 peratus rakyat sebagai gabungan paling dipercayai pada Ogos lalu.

IHtv

12 comments:

Anonymous said...

MAHATHIR, MANUSIA YANG TAK BOLEH DIBUAT KAWAN…. KANNNN...!!!

Rasanya tidak perlu ditulis lebih lanjut lagi tentang pelbagai pendedahan mengejutkan oleh bekas Peguam Negara, Tommy Thomas berkenaan Tun Mahathir Mohamad, dalam bukunya yang baru diterbitkan, Justice In The Wilderness.

Daripada tindakan meletak jawatan, menolak permintaan Agong agar tidak berbuat demikian, mencadangkan namanya sendiri semula sebagai Perdana Menteri interim bla.. bla.. bla.. bole blahh..!!

... sesajer kopi pes dari blog Bodin Reformasi

Kesimpulan mudah ajer selagi orang tua ni idup sesapa yang jadi PM tak akan selamat dengan fitnah, adu domba lidah bercabang nya..

Elok PM yg ada tukar orang kuat pilihan si tua spt Amit Bedul dan SPRM dan AG sekarang... pasti orang tua ni mengelupor kepanasan bersama keluarganya....

haahhh sila gadoh sesama sendiri sampai kau orang mamposss...!!

haahh tepokkkkk...!!!

Anonymous said...

Pendakwah terkenal dengan pelbagai kerja kebajikan, Ustaz Ebit Lew hari ini berjaya menarik komuniti suku Bajau Laut atau Gipsi Laut di Pulau Tatagan, Semporna untuk memeluk Islam.

Menerusi perkongsian di laman Facebooknya sebentar tadi, Ustaz Ebit berkata mereka yang tinggal di dalam bot atau pondok kecil di atas laut itu tampil sukarela mengucap syahadah.

“Ya Allah, menangis saya hari ini gembira. Seramai 157 orang mengucap syahadah. Satu kampung memeluk Islam petang ini. Semuanya dengan rela tanpa paksaan memeluk Islam.

“Saya ke sana untuk beri bantuan. Dengar mereka susah dan putus bekalan makanan. Mereka susah sangat. Bajau Laut kumpulan manusia tanpa negara.

“Tengok anak kecil terus menangis. Berebut-rebut datang dekat saya. Mereka beri nama anak selepas setahun kerana risiko kematian tinggi untuk anak bawah setahun,” ceritanya.

Pemilik rangkaian pasar raya Elewsmart itu turut memberitahu beliau berasa sebak sejurus ramai daripada mereka tiba-tiba bertanyakan tentang Tuhan.

“Saya dengan penterjemah tanya, pernah tak sesiapa terangkan tentang agama. Mereka jawab tiada. Kami tidak tahu. Tolong beritahu kami. Saya terus sebak. Saya kumpulkan semua di keliling bot tadi.

“Mereka semua terus percaya. Saya ajar mereka syahadah. Inilah hari paling sedih gembira dalam hidup saya. Terima kasih Allah,” ujarnya.

Dalam masa sama, Ustaz Ebit memberi jaminan akan terus membantu menyalurkan bantuan makanan untuk seluruh masyarakat kampung di atas laut itu.

Beliau turut sedang merancang untuk membina sekolah dan mencari guru agama untuk mengajar mereka.

“Ya Allah, bantulah mudahkan diriku untuk pastikan anak-anak ini menjadi manusia berguna,” tambah Ustaz Ebit lagi.

Anonymous said...

haahhh sila gadoh sesama sendiri sampai kau orang mamposss...!!

Anonymous said...

OT95
Gadohhhh...
Sampai mampossss

Anonymous said...

Mampossss...sampai PN mamposss

Anonymous said...

Seandainya UMNO dan PPBM bergabung, sudah pasti Muhyddin akan duduk sebagai presiden “UMNO-BERSATU” (atau BERSATU-UMNO atau UMNO 3.0 ). Tetapi Muhyiddin kesuntukan masa dan mesti menjayakan rancangan ini sebelum bulan Mei. Lagi cepat Zahid berundur, lagi awal tarikh Pilihan Raya Umum ke-15. Persoalannya, bagaimanakah Muhyiddin akan meyakinkan Zahid untuk berundur dari jawaan presiden UMNO?”

Anonymous said...

Stastatik lama yang direkodkan ,adakah perlu dicamporkan dengan angka semasa untuk djadikan bahan laporan terkini????dalam kecanggihan sistem operasi pengurusan dunia moden bgaimana pula bole terjadi kelewatan laporan angka mngenai wabak ini? Dimana relevannya? sedangkn rakyat ingin tahu laporan yang tepat( angka sebenar) mengenai perkmbangan semasa wabak ini ...



atau adakah angka-angka lama ini dilonjakkan kepada angka terkini bertujuan untuk mewujudkan suasana darurat.???



malaslah pula nak ulas panjang-panjang !!!!cuma rakyat x bodoh!!!!!

Anonymous said...

Pertarohkan angka utk kekal kuasa tebuk atap.
Mamposssss

Anonymous said...

Cehh..bawah j-kom rupanya..mmg la puji melambung muhyidin.
Nk bg walaun stim..kah355x!

Anonymous said...

Bang non ditolak oleh rakyat. Ramai yg sokong bang non dari kalangan cina dap dan india pkr. Majoriti org melayu Islam tolak bang non termasuk atok kaki gaduh. Fahaman liberal dan sungkit semburit adalah antara faktor bang non bawa aliran baru dalam budaya politik dan disiplin hidup. Sekarang membawa durhaka sebagai senjata politik. Karismatiknya membahayakan aqidah dan sopan santun r/tangga.

Anonymous said...

Apa yg ko merepek ni syaitann???

Unknown said...

Assalamualaikum warahmatullah wabarokatuh.. Aku nak minta maaf pada semua yg aku kutuk/maki dalam ruangan komen ni espcially pada geng penyokong PH (atuk lim) bukan sebab aku dah sokong atuk lim, tapi aku takut Allah tanya kat akhirat nnt aku kutuk@maki kau orang sebab perbincangan dah tak jadi rasional. Tak pasal pasal pulak nnt, sudahlah kita tak kenal antara satu dengan lain, mcmmano nak carik kat masyar nnt utk minta maaf.

Cuma aku doa kita semua dapat petunjuk, inshaallah kalau kita nak kebenaran Allah akan beri, dengan syarat jangan kita sombong terima kebenaran. Dan aku pesan jugak harap kau orang jangan hina ulamak, walaupun kau orang tak setuju dlm beberapa perkara dengan dia, sbb pengorbanan ulamak pada islam jauh besar berbanding kita. Depa ada buat silap tapi ianya tak mengharumkan kita bermusuh dengan depa

Sekali lagi aku mohon maaf salah silap tulisan aku mengatakan kau orang "bodo" "bangang" "barua" "babi sakti" "otak taik" dan lain lain perkataan yg kasar

Maki hamun kau orang pada aku, aku dah maafkan

Wallahua'lam

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails