Tuesday, February 02, 2021

Tawaran! Sertailah, wakaf telaga di Kemboja. Ini..

 

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang (Yayasan Amal), Zainal Abidin Mohamad (kiri, berkopiah hitam) ketika pembinaan telaga untuk masyarakat di Kemboja melalui wakaf telaga. Ihsan Yayasan Pahang.

Sindiket tipu wakaf telaga Kemboja

KUALA LUMPUR: Sikap dermawan rakyat Malaysia membantu pembinaan telaga di Kemboja bagi manfaat umat Islam di negara itu menarik perhatian pihak tidak bertanggungjawab untuk melakukan penipuan.

Pendakwah yang juga Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM), Firdaus Wong Wai Hung, mendedahkan kewujudan sindiket yang mengambil kesempatan terhadap kemurahan hati umat Islam di negara untuk 'membuat' duit.

Beliau berkata, hal itu didedahkan kepadanya ketika berada di negara berkenaan bersama beberapa aktivis dan pendakwah tempatan.

Dakwanya, meskipun sudah menerima wang sumbangan daripada rakyat Malaysia, sindiket tidak membina telaga baharu, sebaliknya hanya mengecat semula telaga sedia ada.

"Terlalu ramai dari Malaysia memberikan derma untuk membuat telaga di Kemboja. Permulaannya baik tetapi akhirnya ia menjadi lubuk buat duit.

"Sindiket ini hanya membuat perubahan kosmetik kepada telaga sedia ada dan kemudian wakil di Kemboja meletakkan logo atau nama individu yang menaja dan begitulah seterusnya.

"Gambar memberi 1,000 makna dan begitulah caranya sindiket ini membuat penipuan. Mereka ambil gambar dengan caption (keterangan) dan kemudian tertipulah orang ramai melalui mainan emosi," katanya.

Firdaus ketika dihubungi BH, hari ini, menasihatkan mereka yang mahu berinfak memilih pertubuhan bukan kerajaan (NGO) berpengalaman dalam program dakwah dan kebajikan.

"Boleh teruskan bersedekah tetapi elakkan NGO baharu yang terus meminta derma untuk program mereka," katanya.

Firdaus berkata, semakan mengenai sesuatu NGO perlu dilakukan sebaik mungkin termasuk mendapatkan pengesahan daripada pihak berkuasa.

Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang (Yayasan Amal), Zainal Abidin Mohamad (kanan, berkopiah hitam) ketika pembinaan telaga untuk masyarakat di Kemboja melalui wakaf telaga. Ihsan Yayasan Pahang.

"Benar jika niat ikhlas, kita akan diberi ganjaran oleh Allah tetapi pada masa sama perlu berusaha memastikan infak diberi tidak dieksploitasi mana-mana sindiket.

"Saranan saya, mereka yang ingin berinfak pastikan NGO dipilih ada hubungan rapat dengan intitusi agama atau kerajaan tempatan di negara mereka melakukan dakwah dan kebajikan," katanya.

Sementara itu, Timbalan Pengerusi Yayasan Amal Malaysia Pahang (Yayasan Amal), Zainal Abidin Mohamad, menyifatkan kehadiran sindiket itu akan mengganggu usaha membantu umat Islam Kemboja yang memerlukan bekalan air bersih.

Setakat ini, katanya, pertubuhan itu yang bekerjasama dengan wakil dari Kemboja sudah membina 24 telaga tiub di sekitar madrasah dan kampung masyarakat Islam di Sihanoukville dan Kampot.

Katanya, pembinaan telaga itu setiap satunya, membabitkan kos kira-kira RM1,500 bergantung kepada bentuk muka bumi sesuatu kawasan.

"Ada juga penduduk yang meminta telaga dibina di perkampungan mereka tetapi tidak dapat dipenuhi memandangkan ketiadaan sumber air di sesetengah kawasan.

"Bagi mengelakkan penyelewengan, Yayasan Amal tidak menyerahkan bantuan kepada orang tengah, sebaliknya mengunjungi terus perkampungan berkenaan ketika pembinaan telaga dilakukan," katanya.

Zainal Abidin berkata, sebahagian umat Islam di negara itu bergantung sepenuhnya dengan sumber air sungai, malah ada yang terpaksa mengeluarkan belanja untuk mendapatkan bekalan air bersih bagi kegunaan harian sedangkan pendapatan mereka tidak seberapa.

"Sikap tidak bertanggungjawab sindiket melakukan penipuan sebegini akan menyebabkan semua pertubuhan terpalit sama dan seterusnya merencatkan usaha membantu umat Islam Kemboja," katanya.

Sementara itu, jurucakap sebuah syarikat yang hanya ingin dikenali sebagai Muhamad berkata, pihaknya menawarkan lima bahagian telaga pada harga serendah RM170 setiap satu bagi umat Islam yang berminat menyertai wakaf telaga Kemboja.

Katanya, harga RM850 bagi setiap telaga itu adalah lebih murah berbanding ditawarkan NGO, memandangkan urusan pembinaan telaga berkenaan diuruskan sendiri ahli keluarganya yang berasal dari sana tanpa menggunakan orang perantaraan.

Setakat ini, katanya, syarikat itu sudah membina lebih 100 telaga di Kemboja hasil daripada sumbangan umat Islam.(BH)

IHtv
17 subscribers

2 comments:

Anonymous said...

Report polis la. Melalak kat sini xde tindakan nak buat hapa??

Sapa pgg kuasa skrg?

Anonymous said...

Bagus artikel ni. Beri kesedaran kepada penderma agar lebih berhati2 bila menderma. Sidiket sentiasa ujud. Macam bang non nak tubuh sendiket supaya semua mp pembangkang derhaka kepada YDPA.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails