Wednesday, February 03, 2021

Rasuah: Isa Samad dipenjara. Hasilnya, umpama telan bara api.

 

Isa Samad kena penjara 6 tahun, denda RM15.45 juta.

KUALA LUMPUR: Bekas Pengerusi FELDA, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad dijatuhi hukuman penjara enam tahun dan denda RM15.45 juta oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini, selepas didapati bersalah atas tuduhan rasuah RM3 juta berkaitan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suites di Kuching, tujuh tahun lalu.

Hakim Mohd Nazlan Mohd Ghazali menjatuhkan hukuman penjara masing-masing enam tahun bagi sembilan pertuduhan dihadapi Mohd Isa, 72, menjadikannya 54 tahun penjara, selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah dalam semua sembilan pertuduhan yang dihadapi tertuduh.

Bagaimanapun, hukuman penjara itu diarahkan berjalan serentak. Ini bermakna Mohd Isa hanya perlu menjalani hukuman enam tahun penjara.

Mahkamah turut memerintahkan tertuduh menjalani tambahan hukuman penjara masing-masing dua tahun sekiranya gagal membayar denda berkenaan.

Terdahulu, Isa Samad melalui imej pautan video dilihat tenang dan hanya mendiamkan diri di kandang tertuduh sebaik mahkamah membacakan keputusannya.

Hanya isteri dan anak lelaki beliau dibenarkan memasuki kamar mahkamah dan mengikuti prosiding itu susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Hakim Mohd Nazlan ketika membuat keputusan itu berkata hukuman dijatuhkan adalah bagi memberi peluang kepada pesalah melakukan pemulihan dan juga pengajaran untuk tertuduh dan orang lain supaya tidak melakukan kesalahan serupa.

Apa yang menarik dalam kes ini, apabila pihak tertuduh mohon mahkamah pertimbangkan bagi kurangkan denda dan jumlah penjara, rayuan itu dibantah Timbalan Pendakwa Raya, Afzainizam Abdul Aziz.  Beliau memohon dikenakan hukuman berat kerana tiada perasaan menyesal ditunjukkan oleh tertuduh, malah menyalahkan orang lain yang tidak didakwa.

"Pihak pendakwaan memohon tertuduh dikenakan hukuman penjara masing-masing 12 tahun dan denda RM15.45 juta bermula hari ini mengikut Kanun Acara Jenayah.

"Kami ingin memasukkan dalam rekod, tiada penyesalan ditunjukkan tertuduh di mahkamah, pagi ini," katanya.

Mendengar bantahan itu, Salehuddin berhujah bahawa sekiranya tertuduh mengakui menyesal, ia akan secara tidak langsung mengakui pertuduhan yang dikenakan terhadapnya ada kebenarannya.

"Adalah tidak adil untuk pihak pendakwaan menyatakan tertuduh tidak menyesal kerana ia tidak dapat dizahirkan.

"Namun saya boleh mengesahkan tertuduh berasa tertekan dengan hukuman yang bakal diterima dan menghormati segala keputusan yang dibuat oleh mahkamah," katanya.

Pada 16 Jun 2020, Mahkamah Tinggi memerintahkan Isa Samad untuk membela diri atas sembilan tuduhan rasuah selepas pihak pendakwaan berjaya membuktikan segala intipati pertuduhan.

Bagaimanapun mahkamah melepas dan membebaskan bekas Menteri Besar Negeri Sembilan itu daripada pertuduhan pecah amanah dengan meluluskan cadangan pembelian Merdeka Palace Hotel & Suit di Kuching Sarawak dengan harga RM160 juta tanpa kelulusan Ahli Lembaga Pengarah Felda.

Isa Samad memberi keterangan bela diri secara bersumpah dari kandang saksi dan pihak pembelaan memanggil seramai enam saksi sebelum menutup kes berkenaan pada 3 September 2020. (Saringan dari BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Mengenai rasuah ini, kita tertarik pandangan Naib Presiden PAS, Senator Ustaz Idris Ahmad..

Menurut beliau, PAS konsisten memerangi rasuah dan menganggap bahawa perolehan daripada rasuah itu seumpama menelan bara api.

Jelasnya, tiada individu di atas dunia sanggup menelan atau memakan bara api, apatah lagi membayangkan azab api neraka di akhirat sana. Tambah beliau, rasuah dianggap sebagai ‘ummul khabais’ ataupun ibu kepada segala kejahatan dan runtuhnya sesebuah tamadun dan bangsa.

Ujarnya, sebarang perkara yang melibatkan rasuah akan memberikan kesan yang besar sama ada dari sudut perundangan, keadilan, pentadbiran dan ekonomi.

Justeru itu, tambahnya sebagai penganut Islam, sudah tentu hanya iman yang menjadi benteng dan pendinding daripada jenayah dan gejala rasuah itu.

“Walaupun SPRM tidak berjaya tangkap kita, tetapi Allah SWT dapat tangkap kita. Allah SWT tahu apa yang kamu lakukan.

“Selalu kita ingatkan bahawasanya soal kamu makan daripada harta yang haram ini, walaupun nampak banyak, tidak ada keberkatan, lebih-lebih lagi apabila tengok apa yang terjadi kepada orang yang makan rasuah yang mengakibatkan keluarga mereka, generasi mereka, zuriat mereka, terdiri dari kalangan orang-orang yang bermasalah.

“Sebab apabila dia beri makan kepada keluarga dia, makan harta-harta yang haram, walaupun nampak hartanya banyak, tetapi kita melihat keberkatan itu diangkat oleh Allah, dia sentiasa merasa tidak cukup.

“Kemudian, orang yang dapat harta rasuah ini, kita lihat pengakhiran hayat hidup mereka, keluarga mereka porak peranda, ada harta, tapi anak-anak bergaduh dalam soal menuntut harta.

“Puncanya adalah daripada harta rasuah ini sendiri,” jelasnya panjang lebar.

Seterusnya kata Ustaz Idris, dalam usaha memerangi rasuah, pendidikan adalah elemen penting dalam mendidik anak bangsa supaya menjauhi jenayah tersebut.

Tambahnya, pelbagai pihak memainkan peranan penting termasuk para pendidik seperti guru, pensyarah, guru agama, penceramah, dan pendakwah dalam memupuk kesedaran kepada masyarakat dan anak bangsa mengenai bahaya rasuah.

Ini supaya anak bangsa dan anak muda hari ini apabila menjadi orang-orang ternama dan pemimpin negara suatu hari nanti akan menjadi insan yang berguna, katanya lagi. 

(Sedikit disunting dari HARAKAHDAILY 2/2/2021 -'Hasil rasuah umpama telan bara api.')

IHtv
17 subscribers

14 comments:

Anonymous said...

Kerala Vs Kerala: Siapa Akan Menang?

Tan Sri Thomas Thomas @ Mohan, atau Tan Sri Tommy Thomas, sangat kecewa dengan Tun Dr Mahathir Mohamad, khususnya kerana meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri secara tiba-tiba sekali gus menggulingkan Kerajaan PH, terpapar dengan jelas dalam buku beliau, malah pada muka surat 509-510 buku beliau Tan Sri Tommy menyifatkan Tun Dr Mahathir sebagai “pengkhianat sangat besar”.

#popcorntambahdantepok

Anonymous said...

Masih ada lagi pemimpin dlm parti isa somad yg sekatogeri dgnnya. Spt wak presiden. Selagi ada yg korup pimpin parti ini, selagi itu rakyat tak percaya parti ini mampu bela org melayu dan islam. Satu kerusi sudah bersih. Ada banyak lagi kerusi yg perlu dibersihkan.

Anonymous said...

Karela vs Karela rakyat ketawa guling guling terbahak bahak..

1. Dalam tulisan terbaru Tun Mahathir, dua kali beliau mengaku tiada majoriti untuk bentuk semula kerajaan. Di para 18 dan 26 jelas beliau nyatakan "Anwar peroleh 92 sokongan dan saya cuma mendapat 62 sokongan". Tun dakwa kalau 92 tu juga sokong Tun makna kata Tun dapat majority 2/3 jadi PM.

2. Maknanya, wahai Tun rakyat tak bodoh dan bangang untuk menilai. Makna kata kalu ikut demokrasi sokongan untuk Anwar yang dapat lebih daripada Tun. Anwar lah yang lebih banyak sokongan daripada Tun. Wahai Tun rakyat tak bangang untuk menilai.!!

3. Kenapa perlunya Anwar beralah dan serah jawatan PM kepada Tun?

4. Pemimpin yang ada lebih majoriti dituduh gila kuasa, manakala pemimpin yang sikit sokongan nak jadi PM kali ketiga tak gila kuasa?

5. Kalau benar ikhlas nak tubuh kerajaan semula selepas dikhianati, kenapa tak serah saja kepada Anwar? Suruh saja 62 sokongan yang Tun ada untuk menyokong Anwar. Tun boleh berhujah "Sokong Anwar bererti sokong saya." Itu kalau Tun ikhlas la. Tapi apa rakyat nampak sebaliknya.

6. Tun dah letak jawatan, kemudian nak jadi PM semula, Tun sedar tak apa Tun buat ni?

7. Cukuplah Tun. Tak tau lah nak gelak ka atau nak nangis. Haahh sila gadoh selagi nyawa dikandung badan biar rakyat jadi tukang tepok sajer.!!

Anonymous said...

Makan rasuah itu mmg ibarat mkn bara, naik merz bsedap sedapan walhal rakyat negeri miskin kedana tu mcm telan apa lak?

Anonymous said...

Yg tau nuar tk leh d jadi kn PM je yg tau knpe..

Anonymous said...

citera tolak rasuah macam DAPicgs anti rasuah.
cuma belum pandai berjuta juta senyum senyum ala billions terowong.
masih budak mentah.

Anonymous said...

lebai yg dok sokong melayu rasuah asal bukan DAP...melayu rasuah bleh TOBAT hahahahaaa

Anonymous said...

Kafirun baik macam mana pun tetap jadi bahan bakar muslim yg berdosa.

Anonymous said...

Dan juga jadi bahan bakar muslim yg suka buat fitnah dan hina ulamak.

Anonymous said...

Sapa ulamak tu?? Mortar snake? tontonwi??

Anonymous said...

Lepas ini bongkar kes saman tak jadi di England

Anonymous said...

Ringkasnya bila Tun M bersama2 pembangkang sebelum PRU 14 menentang UMNOBN yang dikata rasuah Dan menyeleweng maka kita bersangka baik padanya dan bagi dia peluang.. Malangnya dengan kuasa besar PM padanya beliau telah menghampakan.. jadi cukuplah Tun M.. Masa anda sudah berlalu, TSMY anda sedang dinilai cuma yang pastinya Masa TSMY sudah terbukti adalah yang paling teruk berbanding PM sebelum ini.. ini hakikat xkira apa alasanpun, esok lusa Kita x tahu.. yang pasti sejak Mac 2020 hingga Hari ini semua merasai keperitannya..yang x rasa mungkin menteri atau YB saja

Anonymous said...

Siapa yg fitnah mortar snake dan tontonwi juga dibakar oleh kafirun yg jadi bahan bakar.

Anonymous said...

Btl ke fitnah?? Blh jd benar..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails