Thursday, February 04, 2021

Nadia: 'Berbogel, baru lepas ke Hollywood'. Hukum apa baik kepada orang begini?

 

Nadia Brian ditawarkan watak kekasih kepada seorang pembunuh upahan, namun menolak melakonkan babak panas dalam drama 12 episod terbitan sebuah syarikat produksi Hollywood. - Foto IG Nadia Brian

HALAMAN HIBURAN

KUALA LUMPUR: Selepas hangat dengan kisah pergolakan rumah tangga yang belum berpenghujung, nama pelakon seksi, Nadia Brian, 29, meledak semula, baru-baru ini.

Namun, kali ini bukan mengenai isu peribadi, sebaliknya Nadia menolak tawaran berbogel dan beraksi panas dalam drama 12 episod terbitan sebuah produksi Hollywood.

Nadia atau nama sebenarnya, Nadia Najwa Mohamed Rashidi sepatutnya terbang ke Ireland selama enam bulan pada bulan ini terpaksa menolak tawaran yang mampu menjatuhkan maruah keluarga dan negara.

Ramai memuji tindakan Nadia, tidak kurang juga melemparkan kata cercaan dengan menggelarkan artis tempatan sebagai sampah hanya kerana tidak pernah melebarkan sayap perjuangan ke peringkat antarabangsa.

Mungkin Nadia, antara pelakon yang suka berpakaian seksi, namun wanita kacukan Melayu-Australia itu belum tergamak menggadai maruah untuk tontonan seluruh dunia demi membina nama dan populariti di luar negara.

Nadia berkata, dia menerima tawaran produksi Hollywood pada Oktober, tahun lalu.

"Sejujurnya, impian setiap pelakon pastinya mahu melangkah ke luar negara. Sejak kecil, saya memang sukakan drama barat, apatah lagi, berangan-angan menjejaki Hollywood. Saat pengurus bertanyakan mengenai tawaran ini, saya tidak fikir dua kali mahu menolak.

"Saya begitu teruja apabila dimaklumkan membawa watak kekasih kepada seorang pembunuh upahan. Bagaimanapun, apabila mengetahui cerita lebih terperinci mengenai babak dalam drama ini, saya terdiam seketika.

"Saya diberitahu ada babak bogel dan adegan ranjang dengan hero berkenaan. Bagi saya, drama Hollywood memang normal dengan babak panas, tetapi bukan di Malaysia. Biarpun drama ini akan disiarkan dalam satu platform penstriman Hollywood, tetapi sudah pasti, orang Malaysia pun akan menontonnya.

"Saya tak sanggup menggadaikan maruah diri, keluarga, agama dan negara. Saya orang Islam dan Melayu, saya masih jaga semua batasan itu. Saya anggap bukan rezeki saya apabila menolak tawaran ini. Jika ada tawaran akan mendatang, saya harus meletakkan syarat. Percayalah, jika ada rezeki tidak ke mana," katanya kepada BH Online.

Mengulas adakah tawaran diberikan berikutan impak imej seksinya, Nadia menyangkal pendapat berkenaan.

"Saya tak rasa sebab seksi saya ditawarkan watak berkenaan. Saya diberitahu, syarikat produksi Hollywood itu mencari pelakon berwajah eksotik dan boleh berlakon.

"Bagi saya, tuduhan ditawarkan watak berkenaan disebabkan seksi terlalu klise, stereotaip dan boring. Saya selesa menjadi diri sendiri, saya bukanlah seksi keterlaluan. Sebagai manusia biasa, saya juga mahu berubah ke arah kebaikan. Doakan saya berubah." (Disaring dari BH).

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Kalau kes-kes seperti di atas dianggap sebagai publisiti atau iklan diri pada seseorang wanita dan dikatakan salah, apakah hukuman yang wajar dikenakan kepada mereka?

Salah dari sudut dan peraturan mana? Tak semua hukum itu berat, atau nampak memudarat. Ada hukum agak menyenangkan yang kena hukum. 

Contohnya...

Pernah beberapa tahun lalu saya (Ibnu Hasyim) berada di bandar Guangzhou, negara China. Saya terjumpa sekumpulan rakyat China yang sedang menonton tv di bawah jejambat pada malam itu. Bila saya tanya mereka, mengapa? 

"Kami melakukan kesalahan lalu lintas, bila dihukum kami pilih hukum menonton tv, menonton kesalahan yang kami buat, kami belajar lagi. Bagi yang muda bertenaga boleh bantu kerja-kerja polis mengawasi lalu-lintas. Selamat, tak kena bayar wang denda." Jawab mereka.

Begitu juga semasa saya berada di negeri Aceh, Indonesia. Beberapa wanita di tahan pegawai keselamatan, kerana berpakaian tidak mengikut peraturan. Sebagai dendanya, sempat pula pesalah-pesalah itu mendengar ceramah nasihat, santapan rohani, untuk kebaikan bersama.

"Al-hamdulillah!" kata mereka.

Berbalik kepada hukuman seperti disebut di atas, hukuman-hukuman yang mesra rakyat begitulah yang diperlukan.

Sekian.

Polis Aceh tahan gadis pakai seluar ketat ketika menunggang, dan menasihati mereka.

1 comment:

Anonymous said...

Citer bogel lagi..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails