Friday, February 05, 2021

Menyedihkan.. Tun M "akhirnya terpaksa mengakui bahawa..." -Dr Kamarul Zaman

 


DAP sebenarnya parti berkuasa dalam PH

KUALA LUMPUR: Pergelutan politik antara bekas Peguam Negara, Tan Sri Tommy Thomas dan bekas Perdana Menteri Malaysia Ketujuh, Tun Dr Mahathir Mohamad membawa kepada naratif bahawa DAP adalah parti sebenar yang berkuasa di dalam kerajaan Pakatan Harapan (PH) sebelum ini.

Menurut penganalisis politik, Dr Kamarul Zaman Yusoff, pendedahan Thomas di dalam buku beliau bertajuk My Story: Justice in the Wilderness membuka kepada pelbagai persoalan dan telahan mengenai Tun Dr Mahathir.

Thomas dalam memoirnya mendakwa Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk melantik Datuk Seri Dr Wan Azizah sebagai Perdana Menteri Interim susulan peletakan jawatan Tun Dr Mahathir seperti yang diperuntukkan Perlembagaan Persekutuan.

Bagaimanapun, Dr Mahathir mencalonkan diri bagi jawatan itu, dakwa Thomas.

Ekoran dakwaan tersebut, Dr Mahathir tampil menafikan tuduhan Thomas dan menegaskan bahawa Thomas tidak mengetahui sebarang maklumat mengenai peletakan jawatannya selain mengatakan bahawa dakwaan Thomas adalah karut.

Malangnya, jawapan yang diberikan Tun Dr Mahathir mengenai tuduhan yang diterimanya amat lemah dan hanya menyentuh sebahagian kecil daripada pelbagai tuduhan Thomas terhadap beliau, kata Dr Kamarul.

Membandingkan kedua-dua tulisan itu katanya, Tun Dr Mahathir jelas gagal menjawab secara konklusif dakwaan Thomas berhubung pelantikan Wan Azizah.

Hal Ini kerana, Thomas tidak pernah menyebut di dalam buku beliau mengenai identiti orang yang menyebarkan maklumat tersebut, apa lagi menyebut nama Tun Dr Mahathir.

“Jadi premis Tun Dr Mahathir ternyata salah dan bola sekarang ini kembali ke kaki Tan Sri Tommy Thomas untuk mendedahkan identiti orang yang beritahu kepada beliau mengenainya,” ujar Dr Kamarul dalam satu hantaran Facebooknya pada Selasa.

Mengulas mengenai kegagalan Tun Dr Mahathir menubuhkan Kerajaan Perpaduan, katanya, perkara tersebut diakui bekas Perdana Menteri Malaysia itu dalam kenyataannya.

Tun Dr Mahathir menyalahkan punca kegagalan itu disebabkan oleh Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang mendakwa Tun Dr Mahathir sebagai diktator.

Kata Dr Kamarul, tindakan Tun Dr Mahathir menyalahkan Kit Siang sebagai punca kepada kegagalannya mewujudkan Kerajaan Perpaduan adalah sangat bermasalah.

Ia menunjukkan bahawa Tun Dr Mahathir tidak pernah akan mengakui kesilapan sendiri dan akan sentiasa menjadikan orang lain sebagai kambing hitam apabila beliau gagal.

Lebih parah, apabila Kit Siang dalam tempoh itu tidak mendakwa Tun Dr Mahathir mahu menjadi diktator, tetapi yang mendakwa sedemikian adalah pemimpin PAN, Khalid Samad.

“Jika dan bila Tun Dr Mahathir boleh bertukar antara Kit Siang dan Khalid Samad, maka sudah pastilah perkara yang saya pernah bangkitkan dahulu mengenai fitness beliau muncul kembali.

“Ia juga bermasalah kerana, jika dakwaan Tun Dr Mahathir ini betul, maka ia mengesahkan satu perkara penting mengenai PH yang pemimpin PH sendiri mati-matian nafikan sebelum ini.

“Perkara penting ini, seperti yang pernah saya dakwa kepada Tun Dr Mahathir dalam Wacana Sinar Harian dahulu, adalah bahawa parti yang sebenarnya berkuasa dalam PH adalah DAP.

“Apakah lagi yang lebih menyedihkan daripada Tun Dr Mahathir akhirnya terpaksa mengakui bahawa hayat politik beliau, atau hayat politik pemimpin Melayu lain, dipegang oleh DAP?” soalnya. – HARAKAHDAILY 4/2/2021

IHtv
17 subscribers

11 comments:

Sani said...

Bila professor kangkung berbicara.alahai..sudah2 lah prof.fokus on akademik,didik anak bangsa supaya jadi bangsa yg sayang pd negara.bukan jadi kangkung macam kamu.
Meluat tengok bila kamu berbicara.macam baguslah sangat.padahal hampas..

Anonymous said...

Sepanjang karier atok, ramai yg jadi tempat atok pindahkan kesalahan atok. Dlm sebutan lain jadi kambing hitam. Contoh kes memali, musa black jadi kambing hitam. Berpuluh tahun atok survive dgn cara tiada maruah. Akhirnya jadi khadam dap.

Anonymous said...

Sudahnya bang non pun sama. Jadi khadam dap. Konon bijak pandai, tapi jatuh hina di bawah tapak kaki dap.

Anonymous said...

Prof kangkung ni buat job part time jd pengulas politik..U pun tgh tutup skrg, dari dia sakit mental kemurungan, baik dia komen merapu bg walaun stim.

Aku rase dia x abis lg tercirit kes jumpa madey dlu..kahkahkah!

Anonymous said...

Kerana terlalu patuh kepada nafsu dap, rosak sudah reputasi post peguam negara. Identiti sebagai negara Islam rosak bila kerala dan semburit teraju politik. Reformasi malaysia ada perkara paling busuk buat seluruh rakyat malaysia yg bergelar bumiputera.

Anonymous said...

Profesor ada luang waktu utk kajian lebih terperinci. Pendedahan dan ulasan dari pespektif ilmuan buat yg buta kayu politik. Biar rakyat menilai. Yg kondem dan fitnah sudah ketandusan idea dan moral pun sudah down.

Anonymous said...

Lenggang....lenggang...lenggang hai lenggang kangkung.....

Anonymous said...

Pak hasim ada baca buku tommy thomas tu?

Dlm buku tu ada mengatakan Pas penah upah tommy jd peguam utk kes royalti minyak..jeng je jengggg..!

Anonymous said...

Kalau tau tommy mcm tu, pas tak upah pun. Sama macam bila tau dap tikam belakang, pas putus dgn dap. Bila tau ada semburit, pun pas putus dgn pkr. Kalu abah semburit, pas putus dgn abh.

Anonymous said...

Tengok porno Jerman...wasap lucah....tak putus pulak....jem aku puak ni

Unknown said...

Ha eleh hai itu pun tak boleh pikir ke, lantik tomy jadi peguam adakah tomy yg jadi peguam pas untuk kes royalti tu tomy boleh ubah atau dasar undang undang negara, adakah sama dengan lantik tomy jadi peguam negara.

Analogy mudahnya adakah sama ke kita pilih orang untuk beli pi beli apam balik dengan kita pilih orang jadi menantu anak kita atau kita upah orang repair kereta kita dengan lantik orang jadi penasihat kewangan kita

Apalah benda mcm tu pun tak boleh pikir, guna lah akal sikit

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails