Tuesday, February 02, 2021

Beradabkah Tan Sri Tommy Thomas.. apa niat? -Dr Kamarul Zaman

 

Kewajaran Tommy dedah butiran titah Agong dipersoal

PADA muka surat 330 buku beliau, Tan Sri Tommy Thomas mendedahkan begini:

“Yang di-Pertuan Agong memaklumkan bahawa tiada apa-apa perkara peribadi mengenai tentangan Baginda ke atas lantikan saya sebagai Peguam Negara. Disebabkan Yang di-Pertuan Agong tidak mengenali saya, Baginda telah meminta pandangan beberapa orang peguam. Kesemua mereka memberikan pandangan negatif mengenai saya. Bila Yang di-Pertuan Agong mendedahkan nama-nama peguam yang memberikan pandangan negatif mengenai saya itu, saya menjawab bahawa terdapat permusuhan antara kami. Bidang guaman dipenuhi oleh kedengkian, dan saya adalah seorang mangsa kecemburuan.”

Wajarkah Tan Sri Tommy Thomas, sebagai seorang rakyat Malaysia, mendedahkan butiran titah peribadi Yang di-Pertuan Agong kepada beliau ini?

Tidakkah pendedahan Tan Sri Tommy Thomas ini akan menyebabkan Yang di-Pertuan Agong dipandang negatif oleh rakyat Malaysia kerana ia umpamanya boleh menyebabkan:

(1) Baginda dipandang sebagai tidak berpengetahuan luas kerana tidak mampu mengenali dan tidak mampu mempunyai pandangan sendiri terhadap seorang figura awam seperti Tan Sri Tommy Thomas?

(2) Baginda dipandang sebagai tidak bijaksana dalam membuat keputusan kerana sekadar bergantung kepada pandangan beberapa orang peguam yang dipenuhi oleh kedengkian untuk membuat keputusan?

(3) Baginda dipandang sebagai tidak boleh diharapkan kerana sanggup mendedahkan nama-nama peguam yang memberikan pandangan negatif mengenai Tan Sri Tommy Thomas kepada beliau?

Beradabkah Tan Sri Tommy Thomas bila beliau mendedahkan institusi semulia Yang di-Pertuan Agong kepada spekulasi dan cemuhan masyarakat dengan mendedahkan butiran titah yang belum tentu benar atau tidak ini? Dan apa niat Tan Sri Tommy Thomas bila beliau mendedahkan butiran titah peribadi Yang di-Pertuan Agong kepada beliau ini?

DR KAMARUL ZAMAN HAJI YUSOFF – HARAKAHDAILY 2/2/2021

1 comment:

Anonymous said...

Tommy ni satu kepala dengan maha firaun dan pm menanti. Semua kepala dah sewel. Dah patut berundur demi kesejahteraan rakyat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails