Tuesday, August 25, 2020

Warga asing dibenar ke masjid/surau, langkah awal penyelesaian 'pendatang'..

Warga asing dibenar ke masjid, surau

KUALA LUMPUR: Warganegara asing dibenarkan untuk menunaikan solat berjemaah di masjid dan surau bermula 1 September ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata Mesyuarat Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini dan KKM juga sudah bersetuju untuk membenarkan warganegara asing berbuat demikian.

"Namun, adalah ditegaskan warga asing juga perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan sebelum ini. Kita longgarkan sikit tetapi masih lagi tegas dalam kes tertentu tidak dibenarkan berjemaah.

"Sebelum ini kita tidak membenarkan warga asing berjemaah (di masjid dan surau) selain diplomat dan duta. Kini, kita benarkan seramai mana yang boleh berdasarkan keluasan tempat.

"Kita bersetuju supaya warga asing untuk solat berjemaah mulai 1 September ini. Bagaimanapun pihak masjid boleh tentukan jika tiada ruang mencukupi," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang media hari ini di bangunan Parlimen mengenai Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) hari ke-161 dan hari ke-77 Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP). (BH)

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Pada saya (Ibnu Hasyim) warga asing dibenar ke masjid, surau seperti yang diumumkan di atas adalah suatu langkah terpuji ke arah penyelesaian mengenai apa yang disebut sebagai 'pendatang' atau 'penghijrah' di negara ini samada untuk jangka pendek, apa lagi jangka panjang.

Komen ini asalnya diangkat dari..

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Saya (Ibnu Hasyim) ingin membuka sikit perbincangan mengenai apa yang disebut sebagai 'pendatang' atau 'penghijrah'. Mereka masih ramai tersadai di negara ini, bagaimana penyelesaiannya? Tidak salah kalau kita fikir-fikir sejenak secara ringkas untuk jangka pendek atau jangka panjang umat Islam...

Sebagai Muqaddimah..

Seperti yang selalu saya sebutkan, mari kita lihat sejarah Islam. Salah satu sebab yang membantu kebangkitan Islam dari lembah Mekah menjadi kuasa besar waktu itu ialah dengan tumbangnya 2 gergasi kuasa besar Rom dan Parsi.

Iaitu pemimpinnya Muhammad bin Abdullah SAW berjaya mencantumkan 'Kumpulan Muhajirin' penghijrah dari Mekah ke Madinah dengan 'Kumpulan Ansar' penolong yang tinggal di Madinah, jadi bersaudara. Ilmu ini yang perlu ditelusuri dalam kontek masa kini, dunia tanpa sempadan hingga ke zaman Rasulullah SAW. Kerana hal itu termasuk kunci atau sumber kekuatan Islam pada masa itu.

Apalagi dalam dunia globalisasi tanpa sempadan masa kini, aktiviti ekonomi dan dakwah boleh terus merentasi sempadan negara-negara. Bagaimana? Itu yang perlu dirancang dan difikirkan. Israel/AS telah memulainya pada tahun 1948 lagi. Pendatang haram Yahudi di tempatkan di Palestin, yang akhirnya mereka mengaku hak milik mereka dan terus memperluaskan tiada henti-henti sampai sekarang.  Itu cara jahat penjajah-penjajah.

Apa yang boleh kita buat sekarang?

Di Malaysia, boleh kita mulai dengan penghijrah-penghijrah yang ada di sini. Boleh bersama-sama beraktiviti melalui kegiatan ekonomi, perkahwinan, persekolahan dan sebagainya. Di Malaysia 'kebersatuan' melalui perkahwinan agak berjalan lancar, bahkan kadang-kadang penghijrah boleh memiliki kelayakan seperti warga asal.

Di sekitar pasar besar Selayang contohnya, ramai pengusaha-pengusaha restoran dan kedai makan dimiliki oleh orang tempatan/'ansar' sedangkan pengoperasinya adalah pendatang/'penghijrah' dari negara lain. Gabungan 'ansar' dan 'muhajirin' ini amat penting diperkukuhkan, disokong oleh orang ramai, kerajaan atau NGO-NGO.

Nama buruk mereka sebagai 'pendatang haram' perlu dibersihkan kepada sebutan 'penghijrah' yang dimuliakan, seperti di zaman Rasul SAW. Sifat perkauman kenegerian, seperti yang berlaku di negara-negara bangsa di dunia kini, perlu dibuang jauh-jauh. Mereka perlu dipilih, dididik dengan penghayatan 'cara hidup Islam', walau di bumi mana mereka berada.

Saya sendiri berpengalaman menjadi perunding memberi pekerjaan kepada pekerja dalam dan luar negara yang ingin berkerja di negara-negara yang memerlukan. Seperti di Australia, New Zealand, Korea, Saudi dan negara-negara Arab, Hong Kong atau lain-lain. Ianya agak ada peluang untuk mengurangkan penghijrah-penghijrah di negara ini.

Bagaimana?

Selepas revolusi di Iran 1979, yang berjaya menghambat barua-barua Amerika Syarikat dari Iran, Iran membeli daging ternakan dari Australia. Iran mahu sembelih secara 'halal' ternakan yang dibelinya sendiri. Maka berlakulah pengambilan pekerja-pekarja dari Malaysia oleh Iran untuk berkerja di Australia. Sehingga masih wujud perkampungan dan perbandaran Melayu di sana.

(Sila lihat: Orang Melayu Katanning, Australia Barat. Bagaimana...)

Sekarang pun begitu, Australia masih tidak cukup pekerja untuk menampung keperluan perladangan di negaranya. Ertinya, 'pendatang haram' masih tetap ramai di sana. Jadi, masih ada peluang untuk menguruskan pekerjaan untuk orang yang ingin berkerja di Australia. 

Jadi apa langkah seterusnya? Sehingga menuju ke'padu'an Ansar-Muhajirin seperti zaman Nabi SAW, tetapi berlaku sekarang ini?

Insya Allah, perbincangan bersambung.


Sekian. Hanya sekadar mengajak berfikir ke arah pembangunan ummah.

12 comments:

Anonymous said...

Nacai kepala lutut semayang tapi sokong penyamun....ikut ajaran setan kot..

Anonymous said...

Tuesday, August 25, 2020
PH TIDAK PERNAH SELINDUNG PROJEK RUNDINGAN TERUS (DIRECT NEGO)



FAEZUDDIN PUAD

Dua tahun lalu, pada 13 Mac 2019 Kementerian Kewangan Malaysia telah mengeluarkan satu siaran media bertajuk: '121 BUAH PROJEK INFRASTRUKTUR BERNILAI RM13,932 JUTA DI SELURUH NEGARA YANG DITAWARKAN SECARA RUNDINGAN TERUS DAN TENDER TERHAD OLEH KERAJAAN BN AKAN DITERUSKAN SELEPAS RUNDINGAN SEMULA HARGA OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN PAKATAN HARAPAN DENGAN PENJIMATAN KOS SEBANYAK RM805.99 JUTA.'

Rujuk: https://www1.treasury.gov.my/index.php/galeri-aktiviti/siaran-media/item/5075-siaran-media-121-buah-projek-infrastruktur-bernilai-rm13,932-juta-di-seluruh-negara-yang-ditawarkan-secara-rundingan-terus-dan-tender-terhad-oleh-kerajaan-bn-akan-diteruskan-selepas-rundingan-semula-harga.html

Kemudian pada 19 September 2019, Kerajaan PH sekali lagi mengumumkan bahawa terdapat projek secara Rundingan Terus diperlukan dalam keadaan tertentu seperti melibatkan faktor-faktor kecemasan, kepakaran tertentu dalam bidang tertentu yang diperlukan ataupun sebab-sebab khas yang lain.

Sebagai contoh atas faktor keselamatan dan kepakaran bidang berkaitan, kerajaan boleh membenarkan pembelian peralatan bagi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dilakukan melalui rundingan terus jika aset terbabit dibekalkan oleh satu syarikat saja.

Contoh yang lain, penganugerahan pelbagai projek berkaitan padi secara rundingan terus kepada NAFAS adalah bagi membela dan menjaga kebajikan 920,000 ahli pertubuhan itu. Majoriti ahli pertubuhan adalah melayu Islam.

Rujuk: https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/09/608614/perolehan-secara-rundingan-terus-dibenar-dalam-keadaan-tertentu
https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/11/631379/kerajaan-berhak-tentukan-rundingan-terus-terbuka-pm

Mustahil Azmin Ali bekas Menteri Hal Ehwal Ekonomi di zaman PH tak tahu semua ini.

Oleh itu, tuduhan pihak tertentu mengatakan PH tidak bentang dalam kabinet, tidak maklum kepada umum atau menyembunyikan projek-projek rundingan terus adalah tidak benar sama sekali

Anonymous said...

101 projek nilai 6.61 bilion termasuk projek yg telah diluluskan oleh BN tapi serah kerja era PH..

Zafrul bongok...

Anonymous said...

Tu pasal zafrul menikus takut keluarkan senarai projek runding terus oleh PH...

Projek ditunjung kelantan 450 juta diluluskan oleh Najib laksana dlm era PH....

Zafrul menteri kampongan jadi budak suruhan...

Anonymous said...

SPRM wajar menyiasat menteri kewangan PH kerana kes 101 projek membabitkan nilai perolehan RM6.61 bilion secara rundingan terus tanpa melalui persetujuan kabinet.

Puak RBA meroyan histeria marah kerana skandal PH terdedah sekarang ! RBA ikut ajaran Setan kit....

Anonymous said...

Bukankah SPRM wajar menyiasat menteri kewangan PH kerana kes 101 projek membabitkan nilai perolehan RM6.61 bilion secara rundingan terus tanpa melalui persetujuan kabinet ???

Puak RBA meroyan histeria marah kerana skandal PH terdedah sekarang ! RBA ikut ajaran Setan kit....

Anonymous said...

Pembetulan Komen 1:11 AM:

Bukankah SPRM wajar menyiasat menteri kewangan PH kerana kes 101 projek membabitkan nilai perolehan RM6.61 bilion secara rundingan terus tanpa melalui persetujuan kabinet ???

Puak RBA meroyan histeria marah kerana skandal PH terdedah sekarang ! RBA ikut ajaran Setan kot....

Anonymous said...

Bukankah SPRM wajar menyiasat menteri kewangan PH kerana kes 101 projek membabitkan nilai perolehan RM6.61 bilion secara rundingan terus tanpa melalui persetujuan kabinet ???

Puak RBA meroyan histeria marah kerana skandal PH terdedah sekarang ! RBA ikut ajaran Setan kot.... Gelaplah masa harapan RBA dan bekalan dedak cap roket terputus jika gonna end menetap di Bamboo River.

Ha ha ha ha 355x ....

Anonymous said...

Pembetulan Komen 1:19 :

Puak RBA meroyan histeria marah kerana skandal PH terdedah sekarang ! RBA ikut ajaran Setan kot.... Gelaplah masa hadapan RBA dan terputuslah bekalan dedak cap roket dan kelaparanlah babi ternakan gonna end jika gonna end menetap di Bamboo River.

Ha ha ha ha 355x ....

Anonymous said...

Bab guna proxy bukan perkara baru. Takkan rundingan terus kepada umno, pastinya ke Pakatan Hancing juga. Macam atok dulu, guna proxy juga. Sikit sikit lama lama jadi bukit. Akhirnya atok jadi billionaire. Tu sebab atok suruh dedah, guna nama orang lain. 6 biliun bukan sikit untuk 22 bulan. Tahniah yb zafrul.

Anonymous said...

La..ruu355 dah jadi bahan gelak je oleh lembu ternakan Pasumno!??
So blh la lebai Mangkuk tanam si lahabau ni kat jirat cina Mca

Anonymous said...

Okay. So skrg ko blh terjun sungai klang. Syoh2

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails