Tuesday, August 25, 2020

Entiti Zionis Kendali Semua Pemenang P'raya Presiden AS

Zionis pemenang utama P/Raya Presiden AS, samada Donald Trump atau Joe Biden.

WASHINGTON, 6 Muharram 1442H, Selasa – Tidak kira siapa bakal memenangi Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat (AS), sama ada Donald Trump atau Joe Biden kerana apa yang pasti Zionis akan terus berkuasa, kata seorang penganalisis.

Dalam temu bual bersama Press TV, semalam, bekas calon Senat AS, Mark Dankof meramalkan Presiden  negara republik itu akan dipilih semula walaupun ada tinjauan yang menunjukkan sebaliknya.

“Entiti Zionis mengendalikan kedua-dua calon dan parti politik utama. Hubungan Donald Trump dan Mike Pence dengan entiti Zionis sangat jelas.

"Selain itu, ia juga jelas bahawa Joe Biden dan Kamala Harris adalah pilihan Jawatankuasa Hal Ehwal Awam Israel Amerika untuk menjadi calon Demokratik.

“Pada akhirnya, Donald Trump akan mendapat kemenangan besar dengan semua masalah yang menanti negara ini, tanpa mengira siapa yang terpilih,” katanya.

Senada dengan kenyataan itu, pemerhati politik, J Michael Springmann berkata, pemerintah AS penuh dengan Zionis yang mempunyai pengaruh besar terutama di dalam media, dan mereka menyukai apa sahaja yang akan menolong Israel walau mengorbankan negara lain.

“Zionis menang tanpa mengira siapa yang memenangi pilihan raya ini, tetapi untuk isu domestik, Donald Trump akan melaksanakannya. 

“Kempennya akan mula menyerang Biden dan Harris lagi,” kata penganalisis yang berpangkalan di San Antonio itu.

Terdahulu, dalam satu temu bual dengan Fox News, Trump berkata, kempen pemilihan semula Presiden AS dilihat lebih sukar.

Bagaimanapun, Trump berkata, beliau yakin mampu mengulangi kemenangan pada 2016 selepas menewaskan pesaingnya, Hillary Clinton. – Agensi


Hibur Hibur Sikit


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails