Sunday, March 22, 2020

Teknologi Dron Melawan COVID-19



PERKATAAN COVID-19 adalah satu perkataan yang tidak asing lagi bagi masyarakat Malaysia mahupun dunia. COVID-19 pada ketika ini, telah mencatatkan sebanyak 1,183 kes secara keseluruhan setakat jam 3.00 petang ini. 


Seperti negara-negara yang lain, Malaysia juga sedang bertungkus lumus dalam memerangi virus ini daripada terus tersebar. Dalam tempoh hanya beberapa bulan, COVID-19 telah mengubah cara kita berinteraksi, cara berkerja dan cara pembelajaran juga turut berubah. COVID-19 ini juga telah mengubah cara teknologi dron berfungsi. 

Seperti yang umum sedia maklum,  teknologi  dron pada saat ini, masih lagi di dalam proses perkembangan untuk digunakan demi kebaikan sejagat. Situasi COVID-19 yang berlaku, telah memaksa beberapa negara menggunakan teknologi dron ini secara maksima. Antara kegunaan tersebut adalah:
Semburan udara dan pembasmi kuman
Semburan udara dan pembasmian kuman ini bertujuan untuk membersihkan kawasan-kawasan dan juga persekitaran udara yang berkemungkinan mempunyai sisa virus yang tertinggal. Virus Corona  ini mempunyai kemampuan bertahan di dalam udara dan juga permukaan objek dalam beberapa tempoh.
Menurut Justin Gong, iaitu antara pengasas bersama XAG yang berpengkalan di Guangzhou, “Semburan dron mempunyai banyak kelebihan dari segi kecekapan dan konsistensi, berbanding dengan semburan tangan. Semburan dron dapat lima puluh kali lebih efisien daripada penyemburan orang.”
‘Transport of samples’
Menyampaikan sampel perubatan dengan dron dapat mengurangkan sentuhan manusia yang tidak perlu sepanjang kitaran pengangkutan. Ia juga boleh mempercepat maklum balas untuk ujian kritikal yang diperlukan oleh pesakit dan pekerja perubatan.
“Dalam situasi antara hidup atau mati, penggunaan pengangkutan udara ternyata dapat mengurangkan aliran orang ramai dan mengelak sentuhan fizikal yang tidak perlu justeru mempercepatkan masa penghantaran (delivery time),” kata Lv Yinxiang, Setiausaha Jawatankuasa Parti Rakyat-Rakyat Hospital.
‘Consumer drone delivery’
Dengan menggunakan konsep Amazon Prime Air’s dan Uber Air, negara seperti China juga turut menghantar makanan, ubat-ubatan dan keperluan harian yang lain untuk rakyatnya lebih-lebih lagi di kawasan yang sukar untuk diakses.
Pembesar suara bergerak
Dron juga bertindak sebagai pembesar suara bergerak yang sangat efektif. Dengan berbekalkan skrin yang disambungkan pada alat kawalan jauh dan pembesar suara pada badan dron, pilot-drone dengan mudah akan melihat sesiapa yang tidak memakai mask mahupun tidak mematuhi peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak berwajib, walaupun situasi tersebut jauh daripada pengendali dron itu. Dengan cara ini, amaran boleh dilakukan secara terus walaupun jauh. Ini disebabkan kemampuan dron untuk terbang kira-kira 3 kilometer atau lebih bermula daripada titik ‘Home Point’.
‘Thermal Imaging’
Dengan kemajuan teknologi yang sedia ada, kamera termal kini sudah boleh digandingkan bersama dron untuk memberi maklumat tepat tentang suhu sesuatu objek. Kamera termal mengesan lebih daripada sekadar haba. Kamera termal ini mampu mengesan perbezaan kecil dalam haba, walaupun sekecil 0.01 °Celcius. Maklumat ini kemudian dipaparkan dalam keadaan pelbagai warna pada paparan, dalam perisian atau aplikasi termal.
Kemampuan ini boleh diguna pakai secara praktikal di Malaysia. Dengan menerbangkan dron yang mempunyai kamera termal, ianya mampu mengesan suhu setiap seorang individu. Ini bermakna, jika situasi manusia berkumpul (mass gathering) berlaku, drone-pilot hanya perlu menerbangkan dron di kawasan tersebut dan membiarkan kamera termal membuat kerja-kerja mengimbas suhu. Dengan sistem yang tersedia canggih, sistem itu akan menghantar isyarat melalui cod warna tentang suhu luar biasa ataupun suhu yang sedikit tinggi yang terdapat pada badan manusia. Dengan itu kita akan tahu, siapakah yang berpotensi untuk positif COVID-19 ini.
Inilah beberapa idea kegunaan dron yang boleh diguna pakai untuk melawan virus COVID-19 ini lebih-lebih lagi di Malaysia.
COVID-19 ini telah membawa kepada eksperimen yang efektif dengan banyak teknologi baru, termasuk drone. Walaupun teknologi ini masih dalam fasa awal, namun tidak ada salahnya jika kita menganalisa ianya awal, supaya berguna pada masa hadapan.
Maklumat data perlu dikumpulkan dan dikongsi mengenai keberkesanan aplikasi ini supaya pihak berkuasa kesihatan boleh menilai kesannya terhadap penghantaran penyakit, sebarang penjimatan kos, dan penambahbaikan perkhidmatan untuk sistem kesihatan secara keseluruhan.
MUHAMMAD ASYRAF ZULKIFLI
21 Mac 2020 – HARAKAHDAILY 21/3/2020

1 comment:

Anonymous said...

Pemimpin-pemimpin Pee H gila kuasa masih bergaduh berebut jawatan dan sibuk berpolitik untuk agenda peribadi sendiri yang membuktikan puak Pee H ini mementingkan diri sendiri dan tidak mempedulikan wabak covid-19 dan penderitaan rakyat.

Dasar terbuka KERA-jaan Pee H Yang teramat bodoh membenarkan rakyat China Komunis bebas memasuki Msia di waktu wabak Covid sedang merebak di China telah menyebabkan virus covid-19 merebak ke Msia dan membiak Dan mengancam nyawa rakyat Msia.

Akibat kebodohan melampau Pee H, lebih 1000 rakyat Msia dijangkiti virus covid-19 dan sebilangannya telah meninggal dunia.

Ini membuktikan pemimpin-pemimpin Pee H sangat tidak layak memerintah negara.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails