Saturday, March 28, 2020

Bank Rakyat Umum Dividen 14 %, Memberangkan!

Bangunan Bank Rakyat. FOTO SAIFULLIZAN TAMADI.


BANK Rakyat hari ini mengumumkan dividen 14 peratus bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019 berbanding 13 peratus pada tahun sebelumnya.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Seri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, ini akan membabitkan jumlah bayaran sebanyak RM406 juta kepada semua anggotanya berjumlah 842,847 untuk tahun kewangan berakhir 31 Disember 2019.
Beliau berkata, pembayaran dividen akan dibuat pada 29 Mac ini.
Menurutnya, daripada jumlah itu, RM382 juta membabitkan pembayaran kepada 840,590 anggota individu, manakala RM24 juta akan dibayar kepada 2,257 anggota koperasi berjumlah RM24 juta.
“Bank Rakyat sentiasa prihatin terhadap keperluan anggotanya apabila 30 peratus penerima individu terdiri daripada golongan B40, manakala 20 peratus penerima anggota koperasi turut terdiri daripada golongan B40,” katanya yang mengumumkan dividen Bank Rakyat di Kuala Lumpur, hari ini.
Wan Junaidi berharap pembayaran dividen itu akan dapat membantu meringankan beban kewangan kepada anggaran 5.1 juta rakyat Malaysia (berdasarkan 4 orang seisi keluarga) pada saat negara dilanda penularan pandemik Covid-19 yang turut menjejaskan pendapatan serta ekonomi negara.
“Saya mengucapkan tahniah kepada Lembaga Pengarah, Jawatankuasa Pengurusan serta seluruh warga kerja Bank Rakyat kerana telah berjaya merekodkan kejayaan yang memberangsangkan sekali lagi,” katanya. BERNAMA

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails