Thursday, March 26, 2020

Sambil Pantau Rakyat, Polis & Askar Ini Gilir2 Solat Tepi Jalan. Al-hamdulillah!



SEPANJANG Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, pasukan polis dan tentera diberi tanggungjawab bagi melakukan kawalan serta rondaan di jalan raya.
Walaupun sibuk memantau pergerakan orang ramai, perkara itu bukan alasan untuk pasukan beruniform yang bertugas bagi menunaikan perintah sebagai hambaNya di atas muka bumi ini.
Sebaik sahaja waktu azan berkumandang, tidak lama selepas itu mereka bersiap sedia mengambil wuduk sebelum mengerjakan solat di tepi jalan secara bergilir-gilir dengan rakan setugas lain.
Beberapa keping gambar kedua-dua pasukan itu dikongsi di laman Facebook sehingga menarik perhatian warganet untuk memberikan komen.

Semoga ‘frontliners’ dalam peliharaan Allah sentiasa!


Komen Weblog Ibnu HasyimBila seseorang petugas itu takut kepada Allah Yang Sentiasa Melihat, kita yakin dia seorang yang  sensitif baik dan akan berlaku adil kepada sesama manusia.. Insya Allah!

2 comments:

Anonymous said...

Tahniah dan syabas kepada ATM, PDRM dan KKM kerana sanggup berkhidmat untuk negara dan rakyat.

Anonymous said...

Takziah kepada ph dan mentornya dap.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails