Thursday, March 26, 2020

Indeks jenayah di Kelantan turun



KOTA BHARU: Indeks jenayah di Kelantan yang melibatkan jenayah kekerasan dan harta benda turun sejak enam hari Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasa.
Timbalan Ketua Polis Kelantan SAC Abdullah Muhammad Piah berkata, jenayah kekerasan turun sebanyak tujuh daripada 13 kes berbanding sebelum itu.
“Begitu juga jenayah harta benda turun kepada 26 daripada 44 kes bagi tempoh yang sama sebelum PKP,” katanya selepas menerima kunjungan Menteri Besar Kelantan Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakub meninjau anggota polis dan tentera mengawal sekatan jalan raya di Pasir Pekan, dekat sini semalam.
Beliau juga berkata, antara sebab berlakunya penurunan itu kerana PKP yang dilaksanakan sejak enam hari lalu.
Selain itu tuan rumah banyak berada di rumah, tidak memberi peluang kepada penjenayah untuk menjalankan aktiviti pecah rumah.
HARAKAHDAILY 24/3/2020

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah. Kadar jenayah di seluruh Malaysia TURUN kerana pasukan keselamatan termasuk PDRM dan ATM mengadakan sekatan jalanraya di seluruh Malaysia untuk mencegah Covid-19.

Ini membuktikan kerajaan PN adalah kerajaan yang berkesan dan cekap mentadbir negara. Tahniah dan syabas kepada Kerajaan PN, PDRM, ATM dll.

Sebaliknya KERAjaan PH telah mengkhianati rakyat Malaysia dengan membenarkan rakyat China Komunis beramai-ramai memasuki Malaysia di waktu China Komunis dilanda wabak Covid-19 menyebabkan virus Covid-19 memasuki Malaysia dan seterusnya membiak dan merebak di Malaysia pula.

Budak kampung Selatan said...

Ciri2 walaon
Mula² puji masuk bakul angkat sendiri lpas tu kutuk orang kawkaw..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails