Wednesday, February 19, 2020

Ini, Pelajar Bercinta Berpeluk di Bawah Pokok. Apa Patut Buat?

Sebuah video menunjukkan sepasang remaja berpelukan di bawah pokok tular di laman sosial. — Foto ihsan Twitter/Man Manjoi
Sebuah video menunjukkan sepasang remaja berpelukan di bawah pokok tular di laman sosial. — Foto ihsan Twitter/Man Manjoi
Video pelajar bercinta bawah pokok tular, tegur jangan mengaibkan
PETALING JAYA, 19 Feb — Tindakan seorang individu menegur sepasang remaja didakwa sedang bercinta di bawah sepohon pokok tular di laman sosial.
Rakaman berdurasi 30 saat itu dimuat naik pengguna Man Manjoi di Twitter menunjukkan pasangan dipercayai pelajar sekolah sedang duduk di bawah pokok sambil berpelukan.
Man Manjoi dalam catatan di video itu menyatakan lokasi terletak di Taman Palma, Taiping namun waktu dan tarikh kejadian tidak dimaklumkan.
Rakaman itu mendapat reaksi pelbagai di kalangan pengguna maya termasuk menyelar tindakan remaja terbabit.
“Astaghfirullahal’azim...mana pergi maruah kamu adik kecil woi. Kalau tak reti malu pada manusia malulah pada Allah,” tulis CChupa88.
“Buat tempat terbuka senang nak cukupkan 4 saksi ke macam mana?” sindir Nadiah Huda.
Bagaimanapun, ada pengguna media sosial yang menegur tindakan penularan video berkenaan sehingga  mengaibkan remaja terbabit.
“Pada saya tegur tu dah betul dah tapi viralkan tu perlu ke?” soal Ruby.
Setakat ini, video berkenaan 53,600 tontonan dan 1,000 ulang kicau. (https://www.projekmm.com)

3 comments:

Anonymous said...

Kalau boleh tolak bang non sebagai pm kerana ada sejarah moral yg berat mata memandang.

Anonymous said...

Marah sangat kat bebudak buat maksiat. Kalau yg buat tu orang dewasa, macam mana??? Tambah lagi yg buat tu bergelar atuk kepada cucu2???? Nak pulak dikaitkan dengan bakal pm. Sebab itu majoriti ulamak menolak demi menjamin suci dan telus. Demi menjamin agama terus terpelihara.

Anonymous said...

Kerana itulah dap sayang kat bang non. Orang ini mampu merosakkan islam dari dalam. Dia udah pun melahirkan pemimpin yang diasuhnya, iaitu bang jemin. Sekarang bang jemin dah lawan tokeh. Bang jemin pun orang dewasa juga.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails