Friday, December 13, 2019

Tahniah PDRM, Jadikan Agama Syarat Sertai Polis. I/H Setuju..




SAYA merujuk kepada kenyataan Pengarah Pengurusan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Datuk Abd Rahim Jaafar ketika menghadiri Majlis Penganugerahan Pingat Jasa Pahlawan Negara (PJPN) Peringkat Kontinjen Terengganu baru-baru ini yang mahu memastikan setiap permohonan anggota baharu PDRM perlu lulus ujian penilaian agama dan moral sebelum diterima masuk ke dalam agensi itu bermula tahun hadapan.

Saya menyokong penuh usaha PDRM ini kerana anggota yang lemah didikan agama dan penghayatan nilai-nilai murni dilihat menjadi faktor utama kemerosotan nilai integriti dalam kalangan anggota PDRM. 

Di kesempatan ini, saya juga ingin menyarankan agar PDRM turut memulakan langkah-langkah pemerkasaan aspek agama dan spiritual dalam kurikulum atau latihan kepada polis bagi mengurangkan kes-kes salah laku jenayah yang dilakukan oleh anggota PDRM. Pelaksanaan Perkhidmatan Dasar Pembinaan Mental dan Kerohanian Islam (DPMKI) di Bawah Kepimpinan Organisasi Kor Agama Angkatan Tentera (KAGAT) boleh dijadikan model untuk PDRM.

Saya percaya aspek agama dan moral dapat membantu mengurangkan salah laku polis, dan kerajaan tidak perlu bersusah payah mengeluarkan belanja yang besar untuk mewujudkan badan yang menyiasat salah laku polis seperti mana yang ingin diwujudkan di bawah Suruhanjaya Bebas Aduan dan Salah Laku Polis (IPCMC). 

Aspek agama dan kerohanian boleh menjadi benteng kepada anggota polis jika ia dilaksanakan dengan betul.
“Islam Memimpin Perpaduan”
YB HAJI AHMAD AMZAD HASHIM
Ahli Parlimen Kuala Terengganu 
11 Disember 2019/ 14 Rabi’ulakhir 1441H – HARAKAHDAILY 12/12/2019

Komen Weblog Ibnu Hasyim: Setuju!

1 comment:

Anonymous said...

Biar ustaz ustaz kaya raya macam sahabat shabat Nabi. Sahabat yang kaya raya yg banyak infaq utk islam. Masa kat madinah pun sahabat yang kaya raya jihad harta. Kalau bagi pkr dan pan kaya raya, jadi kapitalist malaysia. Dapat kat dap,lagi lingkup.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails