Tuesday, December 10, 2019

Takziah, Seorang Permata Yang Hilang..


HALAMAN HIBURAN
Pencipta watak ‘Keluang-Man’ dan ‘Usop Sontorian’ meninggal dunia
Hasil carian imej untuk Pencipta watak ‘Keluang-Man’ dan ‘Usop Sontorian’ meninggal dunia
Tinggal Kenangan! Pencipta Usop Sontorian & Keluang Man ...

LAJNAH Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi Dewan Muslimat PAS Malaysia merakamkan ucapan takziah buat seluruh ahli keluarga pencipta watak ‘Keluang-Man’ dan ‘Usop Sontorian’, Kamaruddin Ismail atau lebih dikenali dengan nama Kamn Ismail yang meninggal dunia pada usia 63 tahun semalam, 8 Disember 2019.
Almarhum merupakan tokoh pelopor penggunaan teknologi komputer dan aplikasi digital pada 90-an melalui penerbitan animasi Usop Sontorian, seterusnya mencipta dan menerbitkan animasi Keluang Man melalui kaedah hibrid animasi 2D dan 3D.
Sebelum animasi Upin Ipin, Ejen Ali, Boboi Boy dan sebagainya, kanak-kanak era 90-an terlebih dahulu dihiburkan dengan animasi yang bersifat bersahaja namun penuh dengan mesej kemanusiaan, persahabatan dan nilai-nilai positif lain.
Hari ini negara Malaysia telah kehilangan seorang permata dalam dunia animasi, dalam masa yang sama kita yakin dan percaya sudah pasti ramai lagi generasi baru yang berbakat dalam bidang ini yang akan mengharumkan nama Malaysia di persada antarabangsa.
Terbaharu, Le’s Copaque menerusi filem Upin Ipin : Keris Siamang Tunggal Berjaya menempah nama standing filem animasi antarabangsa Frozen 2, Toy Story 4 dan lain-lain. Di samping itu, filem Ejen Ali telah berjaya mengutip 6.4 juta selama 3 hari tayangan.
Semoga Malaysia terus maju jaya dalam industri seni. Sekali lagi salam takziah buat keluarga almarhum Kamaruddin Ismail. Semoga segala usaha dan kebaikan almarhum menjadi amal jariah bekalan yang berpanjangan.
MARDHIAH HAYATI ZOLKEPLAI
Pengerusi
Lajnah Kebudayaan, Kesenian dan Rekreasi
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Disember 2019 bersamaan 11 Rabiulakhir 1441 – HARAKAHDAILY 9/12/2019
Hasil carian imej untuk Pencipta watak ‘Keluang-Man’ dan ‘Usop Sontorian’ meninggal dunia

Hibur Hibur Sikit
  1. Usop Sontorian - Bermain Rakit

    • 3 years ago
    • 21,687 views
    Usop Sontorian Kartun ini mula ditayangkan pada tahun 1993 dan merupakan siri animasi pertama buatan Malaysia.


  2. Usop Sontorian - Berkhemah

    • 3 years ago
    • 107,091 views
    Usop Sontorian is Malaysia's first locally-made half-hour-episode animated cartoon series. It aired on TV1 from 1996 to 1998.


  3. Usop Sontorian The Movie Fun Edit

    • 2 months ago
    • 4,030 views
    3 dalam 1, Dari 3 episod usop sontorian yang telah disatu padukan menjadi satu cerita yang mempunyai Kisah cinta, ...


  4. Usop Sontorian - Berkhatan

    • 3 years ago
    • 17,171 views
    Usop Sontorian is Malaysia's first locally-made half-hour-episode animated cartoon series. It aired o

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails