Sunday, December 15, 2019

Frame Normalisasi Feminisme


PERINGKAT global

(1) Trend antarabangsa hari ini menyaksikan bagaimana golongan wanita + muda cuba diikonkan. Di Sudan terkenal dengan Alaa Salah yang diikonkan sebagai Nubian Queen. 
Di Lubnan baru-baru ini muncul Malak Alaywe yang menendang bodyguard Menteri negara tersebut. Video pendek tersebut disebar dan dijelmakan dalam bentuk potret kebangkitan. 

(2) Sebelum ini saya ada menulis tentang kebangkitan emansipasi golongan wanita secara global. Menghala ke arah Feminisme. Mungkin masa depan ingin dicorakkan sedemikian. 
  • a-Bakal pencabar Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden 2020, adalah seorang perempuan muda Tulsi Galbard sudah mula memainkan isu ‘jenayah’ Trump terhadap Asia Barat. 
  • b-Antara yang terbaru, ialah Perdana Menteri Finland yang baru (10 Disember), Sanna Marine berusia 34 tahun. Beliau dibesarkan oleh pasangan perempuan (Lesbian). 
  • c- Majalah TIME Disember 2019 meletakkan Greta Thurnberg, seorang perempuan muda sebagai‘Person Of The Year’ dengan slogan ‘The Power Of Youth’ [Gambar]. 
Greta Thurnberg pernah saya tulis dalam artikel sebelum ini, dianggap sebagai aktivis muda yang menentang isu kebakaran global beberapa bulan lepas. Beliau digambarkan sebagai ‘orang yang berani’ menegur kuasa-kuasa besar yang rakus sehingga menyebabkan kebakaran hutan di seluruh dunia.

Attack rumahtangga Islam

(1) Fenomena emansipasi ini tidak harus dipandang sebelah mata. Mungkin ada satu agenda yang sedang terancang untuk mencorak masa depan dunia.
Jika kita meneliti tentang serangan Feminisme di era 1919 dengan kemunculan slogan تحرير المرأة (pembebasan kaum wanita) rata-rata dihalakan kepada negara-negara Umat Islam.

(2) Seolah-olah menggambarkan kepada dunia bahawa Islam itu mengongkong kaum wanita. Penulisan-penulisan ketika itu hakikatnya cuba meng‘attack’ sistem rumahtangga Islam.
Jelas mereka cuba merosakkan generasi Islam masa depan. Apabila kaum wanita terikut dengan agenda-agenda kebangkitan sengal, maka mereka ke arah menuntut hak kejantanan.

(3) Objektif Feminisme ialah menghancurkan rumahtangga Islam selain daripada Liberalisasi. Bertujuan supaya Umat Islam kepupusan pelapis masa depan, disebabkan pengabaian tarbiah.


Antara isu lapuk yang perlu diperhatikan ialah kekejaman Kapitalism selepas Adam Smith yang mempergunakan kaum wanita untuk bekerja atas alasan upahnya lebih rendah. Lalu muncullah Sosialism yang digagaskan oleh Karl Marx kononnya membendung gejala tersebut. Seolah-olah catur permainan ini lebih kurang sama.

Iaitu membakar semangat Feminisme bagi menyegarkan agenda Sosialism. Walaupun pergerakan catur ini tidak popular, namun perlu diletakkan percent untuk berwaspada.

Mencorak masa depan

(1) Seperti mana yang saya nyatakan di awal tadi bahawa golongan wanita di‘attack’ bagi merosakkan sistem rumahtangga Islam. Suara-suara emansipasi didendangkan.
Apabila rumahtangga Islam dirosakkan, maka Generasi Z dan Generasi Alpha akan jauh daripada cara hidup Islam. Dengan bahasa mudahnya ia bertujuan mencorakkan kekalahan Islam di masa depan.

(2) Mungkin Islamophobia yang dipotretkan sudah hampir tiba tarikh luputnya. Maka Barat perlu mencipta alternatif baru demi mengekang kebangkitan anak muda Islam.

(3) Bagaimana pula di Malaysia? Saya merasakan di tengah-tengah pertembungan team Tun vs teamAnwar, boleh jadi akan muncul generasi baru ‘perempuan + muda’ yang akan diikonkan.

Pertembungan dua blok itu bakal tamat setelah ia dilihat muak oleh generasi baru. Di saat generasi baru mencari-cari alternatif selain daripada politik sarkas, gerakan Islam perlu bangkit dengan nada baru.

  • a- Membawa agenda-agenda yang segar, matang dan profesional bagi menghadapi kerencaman masa depan. Berhujah dengan fakta bukan sentimen. 
  • b- Media-media kita perlu ‘firm’ dalam mempersembahkan fakta dan hujjah. Bukan sekadar agakan, andaian kosong atau semata-mata menimbulkan persepsi. 
Media-media cap ayam dan troll akan berkubur dan tak tahan lama. Di Barat hal ini sudah semakin terserlah. Mungkin tak lama lagi akan merebak ke Malaysia.

Persaingan gender

(1) Golongan wanita + muda akan diberi tempat untuk berdialog dan memasarkan idealogi secara terbuka. Golongan lelaki, apatah lagi orang tua, akan dilihat biasa (tidak rare).

(2) Idealogi Feminisme mengajak kepada pergaduhan antara gender. Persaingan dengan cara tak semulajadi. Seolah-olah wanita mampu melakukan apa yang dilakukan oleh orang lelaki.
Termasuk dalam memimpin negara. Template pada hari ini yang menampakkan golongan wanita ‘tiada masalah’ pun dalam menguruskan negara.

(3) Seolah-olah sedang dinormalisasikan. Golongan wanita juga dikatakan mampu bangkit dan menuntut hak mereka. Sedangkan bila masa pula hak mereka tercabul?

(4) Al-Quran menyanggah idealogi Feminisme;

وَٱلۡمُؤۡمِنُونَ وَٱلۡمُؤۡمِنَـٰتُ بَعۡضُهُمۡ أَوۡلِیَاۤءُ بَعۡضࣲۚ یَأۡمُرُونَ بِٱلۡمَعۡرُوفِ وَیَنۡهَوۡنَ عَنِ ٱلۡمُنكَرِ وَیُقِیمُونَ ٱلصَّلَوٰةَ وَیُؤۡتُونَ ٱلزَّكَ

“Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”


Islam mengajar supaya orang lelaki dan wanita saling bantu membantu dalam membina institusi kemasyarakatan. Persaingan gender hanya membuang masa.

Feminism dan Liberalism

(1) Bukan semua perbezaan itu perlu diwujudkan persaingan. Sebaliknya perbezaan itu dimanfaatkan dengan baik. Ada kelebihan yang Allah bagi kepada lelaki, ada juga pada perempuan.
Walaupun saya ada ketengahkan catur yang tidak popular iaitu Feminism bertujuan menyegarkan Sosialism, namun yang popularnya ialah Feminisme seiringan dengan Liberalism.

(2) Liberalism adalah idealogi yang berasaskan kepada kebebasan. Maka idealogi ini akan bergerak selari dengan Existentialism, Feminisme dan lain-lain.
Human Rights juga merupakan salah satu agenda mereka di peringkat global. Justeru, pergerakan Feminisme di seluruh dunia sangat selari dengan Liberalism.

(3) Perkembangan Geng Feminis dilihat senada dengan Geng Liberal dalam mengkaji semula nas-nas al-Quran, Hadis dan hukum-hakam  yang berkaitan kewanitaan.

(4) Apa yang sedang terjadi di peringkat global pada hari ini seolah-olah Feminisme itu sedang diframekan menjadi normal. Atau lebih dikenali sebagai agenda normalisasi.


Normalisasi ini apabila dilihat pada kemunculan golongan-golongan wanita memimpin negara, di‘up’kan sebagai ikon revolusi serta kebangkitan peringkat global.
– HARAKAHDAILY 13/12/2019 

SUMBERMUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL



6 comments:

Anonymous said...

ibnu,
macam ni la....

hentikan melaga2 orang/parti
bertaubatlah
PAS hanya sekadar parti bukan agama
tak ada satu ayat pun dalam al-quran atau hadis sebut pasal PAS.

jangan jadi hamba Yahudi yang melebihkan parti dari agama.

Anonymous said...

Anon December 15, 2019 at 5:17 PM adalah satu contoh orang yang pemikirannya dijajah.
Baca artikel

"Umat Islam 'Otak Dijajah' Ada 2 Pendekatan... -Presiden PAS" ...

Anonymous said...

Pas sebuah parti. Pkr pun sebuah parti. Pan pun sebuah parti. Dan dap pun sebuah parti. Adakah dap parti yg terbaik. Atau pan parti terbaik. Atau pkr parti terbaik. Bang non pun cari pengaruh. Tak cukup kuat utk pengaruhi rakyat, kerana majoriti rakyat tolak unsur songsang. Dap pulak songsang aqidah. Pan ialah jelmaan budak suruhan dap.

Anonymous said...

Dalam quran pun tak sebut pkr, pan dan dap. Jadi pilihlah yg terbaik. Tolak lgbt bawaan mamat pkr. Tolak dap bawaan guan eng. Tolak sabu jelmaan jin dap.

Anonymous said...

anon 5:30

Betullah seperti anon 5:17 kata
"JANGAN LEBIHKAN PARTI DARI AGAMA"

Dalam hidup kita
Agama kita mesti diutamakan....

Lu kena tanya tok2 imam atau ustaz untuk pencerahan

Anonymous said...

Dan jangan pilih parti yg selalu langgar agama. Kerana parasit mudah hinggap. Dan parasit itu ialah iblis setan. Bila tolak islam iblis jadi sahabat, maka dosa jadi biasa. Kunyitan jadi hiburan, agama jadi kecaman. Seperti yg berlaku pada ph, tiada belas pada agama,main belasah jer. Buru kuasa, tolak kewarasan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails