Sunday, November 03, 2019

Sakit Sakit Dulu.. 5 Jenama Terkenal Di Dunia.

Hasil carian imej untuk SEJARAH LIMA JENAMA TERKENAL KAT DUNIA BERMULA, SEMUANYA PERLU BERSUSAH DAHULU
BERAKIT-RAKIT ke hulu
berenang-renang ke tepian,
Bersakit-sakit dahulu
bersenang-senang kemudian.

Ini, 5 jenama terkenal di dunia bermula dengan bersusah payah..

1. Coca-Cola
Cola
Coca-Cola, Dr Pemberton laburkan semua wangnya untuk R&D minuman tonik… Coca-Cola merupakan produk yang telah jaya berikan rasa yang terkenal kepada dunia. Coca-Cola telah dihasilkan pada 8 Mei 1886 di Atlanta, Georgia. Minuman ini telah dihasilkan oleh Dr John Stith Pemberton. 

Selepas pengalaman dan kecederaan yang dia alami di medan perang sekitar tahun 1860-an, Dr Pemberton telah bertekad untuk mengaplikasikan segala pengetahuannya dalam bidang farmasi dan telah melaburkan semua wang miliknya untuk tujuan penyelidikan dan mencipta sejenis minuman tonik.

Pada masa tu, permintaan terhadap ubatan dan minuman tonik sedang meningkat naik seluruh Amerika Syarikat. Berbekalkan semangat kental, dia telah memulakan penjualan minuman sirap bercampur air berkarbonat yang diberi nama sebagai Coca-Cola di kaunter sebuah farmasi. Tema yang digunakan oleh Dr Pemberton juga sangat sesuai iaitu “Yang Lazat Dan Menyegarkan” sehingga berjaya tarik perhatian ramai orang untuk membelinya.
Vco
Lebih-lebih lagi pada masa tu segelas Coca-Cola hanya dijual pada harga lima sen. Dr Pemberton telah menyatakan bahawa dia sama sekali tak pernah menyangka bahawa minuman hasil ciptaannya ini berpotensi untuk berjaya dan terkenal sehinggalah ke hari ini.



2. Microsoff.
Billgatespaulallen12 620x310

Microsoft, dua sahabat pernah dipecat kerana godam komputer pejabat. Microsoft telah menduduki tempat ketiga untuk jenama terkenal antarabangsa pada tahun 2010. Bill Gates dan sahabatnya iaitu Paul Allen telah berjaya menghasilkan dan memperkenalkan Microsoft pada tahun 1975. 


Walaupun pada awalnya Bill Gates dan Paul Allen telah diberhentikan setelah mereka menggodam komputer syarikat tempat mereka bekerja namun mereka telah dipanggil semula untuk berkhidmat menyelesaikan masalah virus komputer.

Microsoft
Pada masa tu, mereka tak dibayar dengan wang akan tetapi mereka diberi kebenaran untuk mengakses komputer tanpa ada had masa sebagai pampasan. Bill Gates telah berjaya lanjutkan pelajaran di salah sebuah universiti tersohor yang terdapat di Amerika Syarikat iaitu Havard University. 

Pada tahun 1974, Paul Allen telah berjaya memujuk Bill Gates untuk keluar daripada universiti dan mengajaknya memulakan perniagaan perisian komputer bersama-sama dengannya. Bill Gates dan Paul Allen terpaksa harungi dan menghadapi pelbagai rintangan untuk majukan perniagaan. 

Akhirnya, diberi lesen sistem operasi MS DOS kepada IBM yang mana bertitik tolak daripada tu, kedua-dua jenama Microsoft dan IBM kekal bersaing secara positif dan menyandang kedudukan yang tinggi sebagai jenama ternama antarabangsa. Microsoft bernilai AS60.9 billion pada hari ini.

3. Google. 


Google, bermula dengan sesi suai kenal sampailah kena sewa garaj rumah orang… Stanford University telah jadi saksi bagaimana kisah dua pelajar Sergey Brin dan Larry Page bertemu yang mana pada asalnya hanyalah untuk sesi suai kenal sahaja dan berlanjutan sehingga tertubuhnya perniagaan yang mencecah nilai sehinga AS43.6 billion.


Kedua-dua sahabat ini adalah merupakan pelajar jurusan sains komputer dan telah berkolaborasi untuk cipta sebuah sistem enjin carian yang mereka gelarkan BackRub. Kemudian, nama tersebut telah ditukar kepada Google iaitu nama yang mereka adaptasi daripada Googol yang bermaksud nombor 1 diikuti dengan 100 kali nombor kosong pada bahagian belakangnya.

Google
Pada awalnya, Google hanya beroperasi menggunakan kemudahan universiti. Selepas setahun beroperasi, Brin dan Page terus berusaha untuk majukan Google walaupun pada masa tu banyak hadapi tekanan dan mengganggu pelajaran serta pencapaian universiti. Pada tahun 1998, mereka telah mendapat bayaran untuk berkerja memajukan Google di bahagian garaj kereta rumah salah seorang rakan mereka.
104355301 Gettyimages 524130748
Bagi mendapatkan dana, mereka telah membuat tawaran untuk menjual Google kepada syarikat yang lebih dikenali pada masa tersebut dan akhirnya pada sekitar tahun 1999, Google telah dapat tawaran dana tambahan sebanyak AS25 juta.

4. McDonald.
Mcd

Mengapa restoran mereka tiada di taman tema Disney?


Pada tahun 1940, dua orang adik beradik iaitu Richard dan Maurice McDonald telah mulakan perniagaan McDonald’s Bar-B-Que yang merupakan sebuah kafe pandu lalu. Pada masa tu, kafe mereka menyediakan terlalu banyak menu. 

Selepas lapan tahun beroperasi, mereka telah mengurangkan menu kepada hanya sembilan sahaja iaitu pelbagai jenis burger, minuman ringan, kopi, kentang goreng dan pai supaya mereka boleh memberikan servis yang lebih cepat kepada para pelanggan mereka.

Dalam tahun 1954, mereka bertemu dengan Ray Kroc yang datang ke kafe mereka untuk jual mesin campuran. Setahun selepas itu, Kroc telah beli keseluruhan McDonald kafe dan telah mengembangkan perniagaan tersebut secara agresif dengan membuka 500 buah kafe McDonald dalam masa lapan tahun sahaja. Pada hari ini, McDonald mempunyai 32,000 rangkaian restoran di seluruh dunia.

Satu fakta yang agak menarik tentang Kroc dan Walt Disney (pengasas taman tema Disney) yang berkawan sekitar tahun 1920-an ialah Kroc ingin membuka restoran McDonald di dalam taman tema Disney tetapi Walt telah mengenakan syarat supaya harga kentang goreng dinaikkan sebanyak 5% daripada harga biasa untuk diberikan kepadanya sebagai balasan.

Kroc merupakan seorang yang mempunyai etika perniagaan yang amat konsisten dan tak mahu menipu pelanggan setianya. Oleh sebab tu, sehingga ke hari ini restoran McDonald tidak dibuka di dalam taman tema Disney walaupun pada hakikatnya mereka berdua adalah kawan.

5. Nike.
Nike
Nike, perniagaan yang bermula hanya dari kereta… Amat mustahil jika korang tak pernah dengar salah satu jenama terkenal dunia iaitu jenama Nike. 

Selepas tamat pengajian di Universiti, Philip Knight telah ambil keputusan untuk menjelajah di sekitar negara Jepun. Di Jepun, Knight telah bertemu dengan pembuat kasut Onitsuka Tiger. Sebagai seorang ahli olahraga di universiti, Knight telah bersetuju untuk membeli kasut-kasut Tiger untuk dijual di Amerika Syarikat.

Untuk penuhi syarat syarikat Jepun tu, Knight telah mendaftarkan sebuah syarikat yang diberi nama sebagai Blue Ribbon Sports (BRS). Pada akhir tahun 1963, pesanan kasut yang mereka terima telah mencecah sehingga 200 pasang kasut. Dengan hati yang cekal, Knight telah mulakan perniagannya dengan melakukan jualan kasut tersebut daripada kereta 

Segala stok kasut tu pula akan disimpan di bilik bawah tanah rumah bapanya. Perniagaan yang Knight lakukan terus berkembang maju apabila Knight telah jalinkan kerjasama bersama rakan kongsinya iaitu Bill Bowerman bermula pada tahun 1964.

Mereka mula menyewa premis perniagaan pada tahun 1966 yang bolehkan para pekerja mereka jual kasut di kedai pula. Hubungan perniagaan antara BRS dan Tiger telah berakhir sekitar tahun 1971 yang mana pada ketika itu Knight dan Bowerman telah menghasilkan jenama kasut mereka sendiri iaitu Nike bersempena dengan dewi kemenangan Greek.

Sesebuah kejayaan takkan pernah menghianati kerja kerasnya… Bukan mudah sebenarnya untuk mereka semua ni sampai ke tahap seperti hari ni. Banyak masa dan tenaga yang telah mereka pertaruhkan dan perjuangkan. 


Dalam hidup ni, kita harus belajar untuk tidak mudah mengaku kalah dengan apa yang kita semua impikan dan kena yakin bahawa sesebuah kejayaan takkan pernah menghianati kerja kerasnya selama ini.


1 comment:

Susan said...

Great Article it its really informative and innovative keep us posted with new updates. its was really valuable. thanks a lot. See Instagram photos and videos from 'Deskgram'

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails