Monday, October 28, 2019

Harga Rumah Mahal: Apa Penyelesaian K'jaan S'gor

Hasil carian imej untuk Harga rumah mahal: Apa penyelesaian K'jaan S'gor
PENDEDAHAN terbaru dari akhbar Berita Harian  yang menyatakan harga rumah di Malaysia sangat tidak mampu milik mengikut piawaian antarabangsa, Bank Dunia mendesak satu penyelesaian komprehensif dari pihak kerajaan. 

Isu rumah mampu milik perlu menjadi perhatian utama pihak kerajaan sama ada  pusat atau negeri. Ia adalah tanggungjawab tertinggi pihak kerajaan terhadap kebajikan rakyat terbanyak. 

Kegagalan pihak berwajib dalam memastikan pembangunan perumahan yang menepati keperluan dan kemampuan majoriti rakyat terbanyak, memberikan kesan negatif contohnya lambakan rumah mewah. Sehingga terdesak membuat keputusan membela mereka Yang minoriti berbanding rakyat yang majoriti. 

Pihak Pemuda PAS Negeri Selangor menyarankan, syarikat-syarikat milik kerajaan (GLC) sepatutnya menjadi peneraju pasaran perumahan mampu milik. Bagi Negeri Selangor contohnya, PKNS dan MBI perlu memainkan peranan penting ini. Bukan sama-sama bersaing atau bekerjasama dengan syarikat swasta untuk membangunkan perumahan bukan mampu milik. 

Aktiviti kerjasama pembangunan antara GLC dengan pemaju swasta yang aktif untuk projek-projek pembangunan rumah yang bukan dalam julat ‘harga mampu milik’ pastinya amat meresahkan rakyat. 

Jika syarikat-syarikat GLC ini hanya terus mengfokuskan kepada keuntungan perniagaan, maka rakyat terutamanya golongan berpendapatan sederhana dan rendah pastinya kehilangan pihak yang sepatutnya menjaga kebajikan mereka. 

Dengan ini, Dewan Pemuda PAS Selangor menyeru agar pihak Kerajaan Negeri mengambil sikap prihatin membawa semula syarikat-syarikat GLC kembali kepada landasan asal yang meletakkan dasar ‘pengagihan dan pembangunan sosio-ekonomi yang adil dan berteraskan kepentingan rakyat’. Adalah suatu kegagalan besar jika rakyat terbanyak terus tidak mampu untuk memiliki rumah sendiri. 

"Demi Islam" 
"Bangkit: Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah" 

USTAZ HANAFI ZULKAPLI 
Ketua Pemuda 
Dewan Pemuda PAS Selangor 
Tarikh:  28 Safar 1441H / 27 Oktober 2019 

Facebook : https://www.facebook.com/dppns.org/?ref=bookmarks 
Twitter : https://twitter.com/DPPNSofficial?lang=en 
Instagram : https://www.instagram.com/dppns_official/?hl=en -HARAKAHDAILY 27/10/2019


Lihat Sebelum Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails