Wednesday, October 30, 2019

Lot Perancangan Menguasai Dunia..

Hasil carian imej untuk Grand Chessboard, NME Robin Wright dan konflik Libya
Grand Chessboard, NME Robin Wright dan konflik Libya 
Oleh MUHAMMAD MUJAHID IR HJ MOHAMMAD FADZIL

LOT perancangan menguasai dunia 
Apabila kita melihat susur galur perjalanan perancangan Amerika yang merupakan proksi Zionis, kita akan dapati bagaimana mereka sentiasa mengupgrade perancangan- perancangan mereka. Antara yang terawal selepas Era 1947/48, ialah Yinon Plan yang muncul 1982 melalui lakaran Oded Yinon. Seterusnya pada 1983 muncul New Middle East lakaran Bernard Lewis. 


Pada 1997, Zbigniew Brzezinski yang merupakan PhD Harvard University menerbitkan buku The Grand Chessboard yang mengkaji tentang bagaimana Amerika perlu berstrategi untuk berhadapan dengan Eurasia. Pada 2006 Ralph Peters menerbitkan lakaran New Middle East yang di'update'. Seterusnya pada September 2013 munculnya Robin Wright mengupdate lagi peta Middle East yang terbaru. 

Secara umumnya, kita boleh lihat beberapa update  yang dilakukan berikutan keberjayaan dan ketidak-berjayaan perancangan mereka. Contohnya Yinon Plan dan Bernard Lewis pada 1982/83 merupakan era kemuncak Perang Dingin dan pasca Revolusi Iran. Manakala Zbigniew Brzezinski menerbitkan The Grand Chessboard pada 1997 pasca Perang Dingin yang tamat pada 1991. Iaitu ke arah 'mencari' pesaing Amerika. 

Middle East Remapping oleh Ralph Peters dilihat lebih kepada pasca 11 September 2001, apabila segarnya Islamophobia dan tempoh Amerika campur tangan politik negara-negara. Kemudian Middle East diupdate lagi oleh Robin Wright pada 2013 pasca Arab Spring 2011 sehinggalah sekarang. Semuanya meletakkan matlamat persediaan untuk berhadapan dengan dunia Islam. 

Sebelum dan selepas Perang Dunia Kedua 

Sejak kejatuhan Uthmaniah pada 1918-1924, Barat melihat ia sebagai satu kejayaan yang besar. Israel ketika itu menjadikan British sebagai kuda tunggangan untuk mendapatkan Palestin. Setahun sebelum kejatuhan Uthmaniah, pada 1917 lagi Israel sudah masuk beramai-ramai ke dalam Palestin dengan menggunakan kapal British. Setelah tamat Pax Britannica pada era tersebut, Israel memperkudakan Amerika pula di era Perang Dunia Kedua. 

Pasca Perang Dunia Kedua menyaksikan bagaimana PBB mengisytiharkan negara Israel dengan alasan majoriti rakyat Palestin di kalangan Yahudi. Hakikatnya tidak sedemikian. Israel muncul sebagai negara haram, dengan suaka yang diberikan oleh Amerika. Amerika menubuhkan beberapa badan seperti IMF, CIA dan sebagainya bagi menguasai dunia. 

Namun, Amerika tidak sedap duduk pasca Perang Dunia Kedua kerana kekuatan Soviet yang semakin mengancam. Apatah lagi pada 1979 meledaknya Revolusi Iran memaksa Amerika merancang Yinon Plan dan NME pada 1982/83, di era kemuncak Perang Dingin. Soviet yang menggabungkan negara-negara Eurasia jatuh pada 1991 membuatkan Amerika mengintai peluang di kawasan tersebut. 

Projek ini dibukukan oleh Zbigniew Brzezinski pada 1997. Di dalam 'muqaddimah buku tersebut, Brzezinski menceritakan bahawa sejak benua-benua mula berinteraksi antara satu sama lain dengan saluran politik, kira-kira lima ratus tahun yang lalu, Eurasia telah menjadi pusat kuasa dunia. Namun setelah jatuhnya soviet, kawasan Eurasia dilihat sebagai satu kerompongan untuk di'kuasai'. 

Eurasia dan Grand Chessboard 

Penguasaan Amerika terhadap Eurasia bertujuan memastikan kawasan itu 'tidak bangkit lagi' sebagai pesaing Amerika. Jadi, buku Brzezinski dikarang bagi menampakkan strategi perancangan yang sesuai bagi 'mengurus' kawasan tersebut. Bertujuan supaya tidak timbul mana-mana kuasa yang mendominasi kawasan tersebut sebagai kuasa besar seperti Soviet [Gambar 1] 

Eurasia adalah kawasan terbesar di dunia, merujuk kepada Eropah + Asia. Lokasinya boleh rujuk [Gambar 2]. Kawasan yang menggabungkan 93 buah negara ini, mempunyai keluasan 55 juta kilometer persegi dan kepadatan penduduk 5.36 billion pada Oktober 2019. Dengan kata lain, sebanyak 70 peratus manusia di dunia tinggal di Eurasia. 

Di dalam bukunya, Brzezinski menyatakan "... bagaimana Amerika menguruskan Eurasia adalah kritikal. Kuasa yang menguasai 'Eurasia' akan mengawal dua daripada tiga wilayah dunia yang paling maju dan produktif di dunia. Pandangan semata-mata di peta juga menunjukkan bahawa kawalan 'Eurasia'  hampir secara automatik melibatkan subordinasi Afrika, menjadikan Bumi Barat dan Oceania geopolitik periferal ke benua tengah dunia". 

Katanya lagi, "Kira-kira 75 peratus daripada penduduk dunia tinggal di "Eurasia", dan sebahagian besar kekayaan fizikal di dunia juga terdapat di dalam perusahaannya dan di bawah tanahnya. 'Eurasia' menyumbang kira-kira tiga perempat daripada sumber tenaga dunia yang diketahui". Kajian beliau di permulaan buku lebih merujuk betapa kawasan tersebut penting untuk dicaturkan. 

ASEM, Eurasianism dan pengaruh Turki

Mac 1996 menyaksikan bagaimana Asia-Europe Meeting (ASEM) ditubuhkan dan pertemuan diadakan 2 tahun sekali sehingga ke hari ini. Ia adalah forum dialog politik Asia-Eropah untuk meningkatkan hubungan dan pelbagai bentuk kerjasama antara rakan-rakannya. Tahun 2020 ASEM ke 13 diadakan di Kemboja yang menggabungkan sebanyak 53 buah negara Asia dan Eropah, termasuk United Kingdom. 

Dialog ini sedikit sebanyak memberi pengaruh untuk 'mengawal' negara-negara Asean dan kesatuan Eropah untuk tidak mendominasi. Walau bagaimanapun, sejak kebelakangan ini mereka berhati-hati dengan China, Rusia, Iran, Turki dan beberapa buah lagi. Jika kita meneliti sejarah, sekitar 1920an Rusia muncul dengan Idealogi Eurasianism. Ia adalah adalah sebuah gerakan politik di Rusia, yang menegaskan bahawa tamadun Rusia tidak termasuk dalam 'Eropah' mahupun 'Asia'. 

Sejak akhir 1990-an, Eurasianisme telah mempengaruhi ahli politik Aleksandr Dugin. Kemudiannya menyerap ke dalam tokoh-tokoh Nasionalis Turki. Tokoh yang paling terkenal, yang dikaitkan dengan Dugin adalah Doğu Perinçek, pemimpin Parti Patriotik. Idealogi Eurasianism di Turki menyokong pendekatananti-Barat dalam dasar luar negeri dan sentimen semangat Nasionalism dalam politik dalam negeri. 

Idealogi Eurasianism di Turki dapat dikenal pasti sebagai versi Ba'athisme (Parti Ba'th) di dunia Arab. Orang yang beridealogi seperti ini  berpendapat bahawa Turki harus meninggalkan NATO dan menamatkan tawarannya untuk menganggotai Kesatuan Eropah (EU). Mereka berpendapat bahawa kepentingan Turki terletak di luar negara Barat dan Turki sepatutnya menyertai kem'anti-imperialis' yang diketuai oleh Rusia dan China. 

Potensi Turki dan lakaran Robin Wright 2013 

Setelah berlaku beberapa tempoh pemerhatian, Barat melihat bahawa Turki ada potensi mengembangkan Eurasianism yang boleh menggugat mereka. Lantas Amerika mengacau Turki dengan geng Kurdistan sejak kebelakangan ini seperti YPG, PKK dan lain-lain. Analisis ini dikemukakan oleh Mennonite Educational Institute (MEI) pada April 2019 dengan tajuk 'The Rise of Eurasianism in Turkish Foreign Policy: Can Turkey Change its pro-Western Orientation?'

Sebab itulah sangat logik Amerika mengganggu Turki dengan isu Kurdistan. Kita boleh lihat dalam lakaran Yinon Plan 1982, New Middle East Ralph Peters 2006 dan lakaran Robin Wright pada 2013 jelas menunjukkan bahawa mereka seiringan dalam menjahanamkan negara-negara Eurasianism seperti Turki. Perancangan Robin Wright yang diterbitkan pada September 2013 boleh didapati pada nota kaki [1]. 

Kita boleh lihat bahawa lakaran Robin Wright 2013 tidak lari jauh daripada lakaran-lakaran yang lain. Selain daripada meletakkan Israel sebahagian daripada Eurasia, dan meluaskan empayar itu, mereka bertindak memporak perandakan beberapa negara atas sentimen mazhab. Robin Wright memecahkan 5 negara, menjadi 14 buah. Antara yang dilakarkan ialah negara Alawitestan, Sunnistan dan Shiitestan. 

Arab Saudi, Yaman dan Libya dikoyak-koyak atas nama sentimen mazhab. Seperti biasa pecahan-pecahan negara ini bagi menstabilkan Israel Raya yang selari dengan Yinon Plan 1982. Yinon Plan dilihat lebih agresif apabila memposisikan Libya sebagai negara yang perlu dibubarkan. Selaras dengan lakaran Robin Wright untuk 'mengerat' Libya menjadi 3 negara. 

Krisis Libya 2011 dan NME Robin Wright 2013

Apa yang terjadi di Libya? Negara yang semakin musnah sejak 2011. Setelah kematian Ghadafi konflik yang 'janji'kan selesai, rupanya semakin meruncing. Individu yang paling dicurigai pada hari ini ialah General Haftar. Beliau pada mulanya menjadi orang kuat Ghadafi dan terlibat dalam banyak siri peperangan di Libya seperti Yom Kippor pada 1973. 

Pada 1980-an, beliau dihantar berperang di Chad, dan kemudiannya ditangkap. Seterusnya pada 1990 setelah dibebaskan, beliau dihantar ke Amerika. Dendamnya terhadap Ghadafi masih tersimpan susulan peristiwa Chad. Setelah memasuki Amerika, beliau menetap lama di sana sehingga mendapat kewarganegaraan. Dikatakan beliau mendapat latihan CIA, seterusnya kembali muncul di Libya berperanan penting dalam menggulingkan Ghadafi pada 2011. 

Ketika tercetusnya konflik di Libya 2011, kita boleh saksikan bagaimana penglibatan banyak kuasa dunia dalam konflik tersebut. Pertembungan antara Blok National Transitional Council yang menggabungkan National Liberation Army dan Libyan Islamic Fighting Group yang merupakan tajaan kuasa luar, menentang Libyan Arab Jamahiriya yang terdiri daripada Libyan Armed Forces yang mempertahankan Ghadafi 

Antara kuasa luar yang terlibat dalam tajaan untuk menyerang Ghadafi ialah Qatar, Mesir, Perancis, Moldova dan Switzerland serta sokongan NATO. Setelah kejatuhan Ghadafi, adakah mereka aman? Tidak juga. Konflik berterusan dengan corak baru, bermula era 2014, hinggalah ke hari ini. Konflik dikatakan bermula apabila kerajaan House of Representatives (HoR) didakwa dipilih secara tidak adil. 

Konflik Libya Pasca NME Robin Wright 2013

Sejak 2014 negara telah dibahagikan kepada puak-puak politik dan tentera yang bersaing. Satu di Timur, yang disokong oleh Haftar yang diceritakan tadi, dan Parlimen yang didakwa dipilih secara tak sah. Manakala yang satu lagi berpusat di Tripoli (barat) dan diiktiraf oleh PBB. Haftar mengawal bahagian minyak di Timur dan Selatan Libya. 2014 juga merupakan tempoh kekacauan di Libya yang semakin meruncing hingga ke hari ini. 


Hari ini konflik bertembung empat blok, iaitu House of Representatives (HoR) sejak 2014, Government of National Accord (GNA) sejak 2016, National Salvation Government sejak  2014 hingga 2017 dan Islamic State of Iraq and the Levant (ISIL) sejak 2014. Pertubuhan-pertubuhan ini merupakan proksi kepada kuasa-kuasa besar. Contohnya HoR disokong oleh Amerika, Mesir, UAE, Perancis, Rusia, Arab Saudi, Chad, UK, Jordan dan lain-lain. 

GNA pula disokong oleh Amerika sejak 2016, UK sejak 2016, Itali, Jerman, Kesatuan Eropah, Qatar, Turki, Jordan (16-18) dan yang terbaru Ukraine. NSG pula antara 2014-16 disokong oleh Qatar, Sudan dan Turki. Seterusnya ISIL yang hakikatnya adalah kumpulan tajaan Amerika sendiri. General Haftar pada hari ini menguasai sebahagian besar Libya [Gambar 3]. 

Beliau merupakan pimpinan bagi Libyan National Army (LNA) yang merupakan sekutu HoR. PBB dan Amerika yang bersama GNA sejak 2016 hanya menguasai beberapa kawasan sahaja. Seolah-olah Libya sedang berjalan ke arah kehancuran yang dirancang dalam Yinon Plan. Yinon menyeru pembubaran Mesir, Sudan, Libya, dan seluruh wilayahnya. Manakala Robin Wright yang melakar New Middle East 2013 merancang supaya Libya dikerat menjadi 3, iaitu Fezzan, Tripolitania dan Cyrenaica. 


PENAFIAN: 

HarakahDaily tidak bertanggungjawab terhadap pandangan yang dikemukakan daripada artikel ini. Ia pandangan peribadi penulis dan tidak semestinya menggambarkan pendirian HarakahDaily mahupun pendirian rasmi PAS. Segala risiko akibat penyiaran ini menjadi tanggungjawab penulis sendiri.



Lihat sebelum ini.. 
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..
Setinggan 'Kebal' Masih Ada Di S'ngor? Ini..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails