Saturday, November 02, 2019

‘Geng Surau’ Juara Sepak Takraw Piala Belia I-MiTs


SUKAN

KUALA TERENGGANU, 2 November - ‘Team Takraw Surau Baru’ muncul juara dalam Kejohanan Sepak Takraw Piala Belia Institut Modal Insan Terengganu Sejahtera (I-MITS) selepas menumbangkan Gabungan Sepak Takraw Teluk Paku (GASTEP) A 2-0 di Stadium Negeri, semalam.

Kejayaan itu menyaksikan skuad TTSB A mencipta sejarah apabila menjuarai pertandingan tersebut yang julung-julung kalinya diadakan.

TTSB A yang menurunkan Hasbullah Abdul Aziz sebagai tekong, Mohammad Fadhil Kamaluddin (perejam) dan Muhammad Khalil (pengumpan) menang 21-19, 21-19 ke atas regu GASTEP A yang dibarisi Azwan Nizam Ayob (tekong), Ahmad Ameerul Aizat Awang (perejam) dan Mohd Lokman Hakim Yusof (pengumpan).

Sementara itu, bagi tempat ketiga bersama menjadi milik GASTEP B dan Bukit Depu B selepas berentap hebat di peringkat separuh akhir.

Selaku juara, TTSB A  membawa pulang hadiah wang tunai RM500 berserta piala manakala Gastep A meraih RM300 dan GASTEP B serta Bukit Depu B berkongsi hadiah wang tunai RM150.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Pengerusi Kelab Peduli Kuala Terengganu Sejahtera (Peduli), Asyraf Annawawi Mohammad. (Teganukita)


Lihat Sebelum Ini..

E-Buku IH-49: Selingan..
Siri 1
Siri 2
Siri 3 
Siri 4 
            Ikuti selanjutnya..

            Lihat lagi..

            No comments:

            LinkWithin

            Related Posts with Thumbnails